Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

He-Tam the Cat

Imej
He-Tam the Cat Originally uploaded by Faisal Farish Dah lama bela dia ni baru le saya tau dia ni spesis yang dinamakan ' BOMBAY CAT '. Selama ni ingat black cat je...

Stesen Usang

Imej
Stesen Usang Originally uploaded by Faisal Farish Antara naskhah hasil foto di Kuala Kubu Bharu

Flickr

Imej
This is a test post from , a fancy photo sharing thing.

Anda tanya, saya dah lama nak jawab. Tapi...

Imej
Susahnya jadi cikgu... Menjadi guru bukanlah mudah. Pelajar sering menganggap guru adalah serba tahu. Hakikatnya guru juga sebenarnya masih belajar, perlu belajar dan terus belajar. Banyak persoalan-persoalan umum kadangkala ditanya oleh pelajar membuatkan guru agak kaget untuk menjawab. Saya sebagai seorang guru juga tidak terkecuali. Sebagai contoh bukan sekali saya ditanya tentang mengapa perlu umat Islam tidak membenarkan penganut Kristian di Malaysia (Ya .kerana yang beria-ia benar nak gunakannya adalah di Malaysia...) menggunakan perkataan ALLAH ? Ditanyakan juga apa bezanya ALLAH yang disembah oleh umat Islam dan Kristian? Berat juga hendak menjawabkan? Sudah lama juga ingin saya menulis mengenai isu ini iaitu semenjak ia mula dibincangkan secara umum. Namun saya pendamkan sahaja kerana pada fikiran saya masyarakat adalah matang untuk berfikir. Blog saya pun adalah berkonsep santai dan pengkisahan peribadi. Namun kali ini saya gagal untuk kekal pada konsep asal blog saya. Maafk

Should I write about....: Should I say Ben Bradshaw has created a phenomenon...

Should I write about....: Should I say Ben Bradshaw has created a phenomenon... : "Ben Bradshaw@Gigi Putih I would say Ben Bradshaw has attracted lots of fans who are impressed upon his ability to speak Bahasa Melayu. I ..."

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBESARAN UMAT ISLAM YANG DIWARISI DARI PENGORBANAN IKHLAS RASUL MULIA IBRAHIM 'ALAIHISALAM

Sikap tidak peduli...

Apakah mungkin sebabnya telah dipengaruhi hedonism?

Mencari Sapi Betina (Part 1)

Cik Aji: Lama tak nampak cikgu? Cikgusir: (Senyum)... saya ada je Ji, cuma dah lama tak ke mari. Cik AJi: Nak order apa cikgu? Cikgusir: Bagi la saya teh tarik kurang manis satu dengan roti kosong satu. (bila makanan dah sampai Cik Aji duduk dengan Cikgusir berbual-bual) ... tiba-tiba Cik Aji cuba umpan Cikgusir dengan satu isu politik... Cik Aji: apa pendapat Cikgu dengan kisah !@##% yang dituduh meliwat ni? Cikgusir: (Ishh... aji ni... nasib dah nak abis roti ni, ada ke bawak isu ni time orang sedang makan) "Tak mau komen lah Ji..." Cik Aji: (cuba pancing lagi)... ala... teringin juga nak tau apa kata seorang guru... asyik dengar cakap-cakap orang politik je. Cikgusir: (...............) biarlah Ji... kita tunggu dan lihat je... kita pun bukan tau dia buat atau tidak... Cik Aji: Komen la sikit cikgu... Pak Aji nak tau jugak apa fikiran cikgu... Cikgusir: Disebabkan roti canai ni sedap, saya komen la sikit... tapi aji terima je la apa saya nak kata... jangan pulak tersinggung

Gonna be bright sunshiny day ahead for us all

Saya tujukan lagu ini buat anak2 didik saya yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM dan Peperiksaan PMR. Dengan ucapan 'Undilah Saya!' Eh.. salah... dengan ucapan 'Semoga Kejayaan Milik Anda!' ... Semangat!!!! I can see clearly now, the rain is gone, I can see all obstacles in my way Gone are the dark clouds that had me blind It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day. I think I can make it now, the pain is gone All of the bad feelings have disappeared Here is the rainbow I've been praying for It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day. Look all around, there's nothing but blue skies Look straight ahead, nothing but blue skies I can see clearly now, the rain is gone, I can see all obstacles in my way Gone are the dark clouds that had me blind It's gonna be a bright (bright), bright (bright) Sun-Shiny day.

Taqabbal minna du'a ana...

Imej
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang empunya segala perbendaharaan ilmu. Ku pohonkan dari Mu ya Rabbi, keampunan atas diriku dan para pelajar ku. Berikanlah para pelajar ku keputusan yang cemerlang dan kemuliaan akhlak yang terbilang. Sekiranya tiada layak bagi mereka, berikanlah apa yang patut dan baik untuk diri mereka Ya Allah. Perkenankanlah doa hamba Mu ini Ya Allah. AMIN YA RABB AL-'ALAMIN"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Imej
Buat semua pengunjung blog ini yang beragama Islam

aL-KisaH Note RM10

Imej
Tersebutlah kisah di suatu hari, di hujung minggu di bulan Ramadan. Cikgusir bersama-sama keluarga keluar ke pekan untuk membeli beberapa bahan-bahan untuk membuat biskut. Setelah keluar dari kereta, telefon bimbit berdering, lalu telefon dikeluarkan dari poket seluar. Namun ketika telefon itu dikeluarkan, terikut keluar bersamanya sekeping not RM10.00 lalu terjatuh ke dalam longkang yang berhampiran. "Wahai not RM10.00... dirimu amatlah berharga..." kata Cikgusir dengan penuh emosinya. Maka dengan rela tak rela Cikgusir capaikan juga not RM10 itu dan diletakkan di atas lantai tempat duduk hadapan kereta. Di dalam hati apabila tiba di rumah nanti akan dibasuh dan dikeringkanlah akan not RM10 itu. Setelah selesai urusan dan tiba di rumah segala barang yang dibeli di bawa masuk. Malangnya not RM10 itu tidak dibawa masuk bersama. Maka tinggallah ia sepanjang hari di dalam kereta. Pabila tiba hari Isnin selepas pulang dari kerja maka teringatlah Cikgusir akan not RM10 itu. Bergeg

Cerita Anne Ngasri di pagi minggu

Imej
[Foto KOSMO!] Di suatu pagi Ahad yang mendung, sejuk lagi membosankan (sebab tak gi mana-mana); Cikgusir duduk bersantai membaca akhbar di beranda bersama Mem-nya. Ada bersama seorang lagi entiti iaitu Dak-Kecik yang sedang melukis-lukis tanpa tujuan di atas kertas kosong. Mem: Hmm... cerita Anne Ngasri lagi. Kesian, muda-muda dah kena cerai. Tapi anak dah dua pun masih lawa lagi. Cikgusir: (No response... sebab sedang baca Artikel tulisan Dr. Redhuan Tee) Mem: Yah... Cikgusir: Hmm... pe...? Mem: Awak nak tak kawin ngan Anne Ngasri ni? Cikgusir: (terbatuk di dalam jiwa... namun totap kontrol...) Mem: Napa senyap? Jawab la... Cikgusir: (ni ikhlas ke nak cari pasal ke?) Mem: He he... takut le nak jawab tu... (Tiba-tiba kedengaran satu suara halus tak jauh dari tempat kejadian... ) Dak-Kecik: Ayah kuuu kawin lagiii... Dengan cik Anne Ngasriii... Cikgusir & Mem: Huh?? Cikgusir: Ha ha... tu la lain kali cakap siang pandang-pandang... ha ha... (maka terselamatlah cikgusir dari menjawab p

Cuba dipancing... Nice try bro!

Imej
Lokasi: Pasaraya Besar Macam Gergasi Bakal-bakal Mangsa: Cikgusir dan Mem Pengetahuan Sedia Ada Mangsa: Pengalaman melihat rakan ditipu Pernah dihampiri ajen-ajen gores dan menang Pernah membaca banyak buku psikologi Kronologi kejadian: Babak 01 : Gurau-gurauan Cikgusir: (sedang menunggu untuk membayar) Mat Auta 01: Akak, mari kak ... duduk sekejap saja ... 5 minit, dengar saja la. Sementara abang bayar dikaunter Mem: ( menerima pelawaan sebab malas nak berdiri serta mendengar dengan penuh khusyuk lagi tawadduk) Babak 02: Masuk Jarum Mat Auta 01 : Abang mari duduk dulu la dengar... tak perlu beli... saja mau kasi free gift... lain kali kalau ada wang dan minat boleh beli.. Cikgusir: (tumpang mendengar sambil memasang perisai anti-auta) Mem: (tersengih2 sambil mendengar auta) Mat Auta 01: (bercerita tentang keistimewaan produknya... lepas tu berhenti) Mat Auta 01: Nah abang buka kupon itu.. kita sama2 tengok apa abang dapat on the spot ni... Cikgusir: (mengaktifkan

Walaupun gua rempit... Dalam hati gua ada taman bro!

Imej
Memetik kata-kata Adnan Sempit "Walaupun gua rempit... Muka gua ganas.... Dalam hati gua ada taman bro!" Hari ni hati Cikgusir dah tersentuh la pulak... tak terkata... gambar di atas menceritakan segala-galanya... Pada Nur Afiqah... serius ni... memang Cikgu tak cam sangat sebab dah lama sangat. Memori karat sikit. Sabiha tu pun ada dalam memori sebab muka dia tak berubah... cenggituuuu je... Apapun moga Nur Afiqah sentiasa cemerlang...

Nak jadi cikgu... nak jadi cikgu....

Imej
Di dalam sebuah kelas yang tak ramai murid. Yang murid-muridnya nampak macam santai sahaja walaupun S.P.M. semakin dekat dan semakin dekat. Di hadapan kelas itu kelihatan Cikgusir sedang membebel tentang pentingnya membuat persiapan awal untuk kejayaan selepas S.P.M. Termasuklah pula ke dalam topik kerjaya. Minah Excited: Cikgu. Dari apa yang cikgu cakap tadi saya dah buat keputusan nak jadi guru lah. Cikgusir: Aikk... cepatnya buat keputusan. Minah Excited: Ya cikgu. Confirm. Saya memang nak jadi cikgu. Cikgusir: Tak payah lah... Minah Excited: Kenapa cikgu? Cikgusir: Kesian... Minah Excited: Apa yang kesiannya cikgu...? Cikgusir: Keshiannn.... (ko tau tak susah jadi cikgu ni) Minah Excited: Apa cikgu ni ... saya excited nak jadi cikgu ni... Cikgusir: Keshiann.. (tak payah la cik oii... ko belum rasa) Minah Excited: Hishh... cikgu ni ... saja la tu nak bagi saya putus semangat. (Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggg...... ) Cikgusir: Baiklah kelas... itu sahaja perbincangan kita

Bual bicara di Stadium Proton City

Imej
Gambar 1: Arena lompat tinggi yang berlatar belakangkan banjaran Titiwangsa Gambar 2: Acara Trek sedang berlangsung Hari ini hari kedua Cikgu Sir bertugas di bahagian arena lompat tinggi MSSD Olahraga Hulu Selangor. Bersama-sama dengan beberapa orang guru yang lain, ada juga beberapa orang yang membantu. Dalam pada itu ada beberapa bual bicara sesama mereka yang menarik perhatian Cikgu Sir... Bual 1: Boy A: Panas jugak kan kita bertugas kat sini... Boy B: Abis ko ingat ni musim salji ke? Boy A: Tak la... bukan apa takde ke yang terfikir nak buat tiang tu otomatik? Boy B: Huh... Macammana? Boy A: Ye la... kan senang kalau palang tu jatuh dia naik sendiri ... macam kat bowling tu... pin disusun sendiri... lepas tu ketinggian pun dia otomatik naik sendiri... Boy B: Abis tu nanti apa pulak tugas kita... tak de la nak merasa ikut sambil tengok Olahraga ni... apa la... Boy A: Ye tak ye jugak... Cikgu Sir: (kreatif jugak budak sorang tu... boleh jadi engineer Proton masa depan kot) Bual 2: Bo