Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Satu pencapaian hebat bagi seorang murid..

Imej
Suatu hari... bertarikh 24 Febuari 2009. Nun di suatu sudut, seorang murid sangat gembira dengan pencapaian yang beliau perolehi pada hari itu. Pastinya kepuasan yang amat sangat telah diperolehi atas apa yang dilakukannya membuktikan dia seorang yang serba boleh. Di suatu sudut yang lain, seorang guru yang baru sahaja habis dua sesi pengajaran dan pembelajaran serta baru selesai bersarapan telah dihampiri oleh 2 orang murid perempuan yang dari roman wajah mereka tertera suatu kemusykilan… BERITA RINGKAS DI SUATU PAGI… "Assalamualaikum cikgu, kami nak bagi tau, tayar kereta cikgu memang pancit ke?." "Hah...?" aku terkedu pelik. Aku segera mendapatkan keretaku. Memang betul. Kempis terus tayar sebelah kanan hadapan. Tidak ada tindakan susulan yang aku buat hanya menunggu sehingga sesi persekolahan itu tamat untuk aku menukar roda itu dengan tayar simpanan yang ada. Tayar itu tertusuk paku atau benda yang tajam barangkali. Ku angkat pula tombol pintu kereta u