Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Cerita Anne Ngasri di pagi minggu

Imej
[Foto KOSMO!] Di suatu pagi Ahad yang mendung, sejuk lagi membosankan (sebab tak gi mana-mana); Cikgusir duduk bersantai membaca akhbar di beranda bersama Mem-nya. Ada bersama seorang lagi entiti iaitu Dak-Kecik yang sedang melukis-lukis tanpa tujuan di atas kertas kosong. Mem: Hmm... cerita Anne Ngasri lagi. Kesian, muda-muda dah kena cerai. Tapi anak dah dua pun masih lawa lagi. Cikgusir: (No response... sebab sedang baca Artikel tulisan Dr. Redhuan Tee) Mem: Yah... Cikgusir: Hmm... pe...? Mem: Awak nak tak kawin ngan Anne Ngasri ni? Cikgusir: (terbatuk di dalam jiwa... namun totap kontrol...) Mem: Napa senyap? Jawab la... Cikgusir: (ni ikhlas ke nak cari pasal ke?) Mem: He he... takut le nak jawab tu... (Tiba-tiba kedengaran satu suara halus tak jauh dari tempat kejadian... ) Dak-Kecik: Ayah kuuu kawin lagiii... Dengan cik Anne Ngasriii... Cikgusir & Mem: Huh?? Cikgusir: Ha ha... tu la lain kali cakap siang pandang-pandang... ha ha... (maka terselamatlah cikgusir dari menjawab p