Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Hari Kemerdekaan ke-55 MERDEKA!

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55  ♫ Fajar telah tiba nan menyinsing membawa harapan... tanah semenanjung...tanah semenanjung... permata nilam...♫ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!  (Bahtera Merdeka) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Kelapa Sawit itu juga Kelapa Bali

Imej
Kelapa sawit. Komoditi yang berharga. Tanda keadilan Tuhan memberi nikmat pada manusia mengikut kesesuaian iklim. PANTUN Dua tiga kelapa bali,  Papan di Jawa saya tarikkan;  Dua tiga boleh dicari,  Tidak sama semacam tuan. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Anggerik itulah Orkid

Imej
Dalam pada menghadiri program ziarah menziarahi Cikgusir terjumpa pelbagai jenis bunga ini di kawasan halaman sebuah rumah yang dikunjungi. Pasti ada juga yang boleh dipelajari dari pantun-pantun lama. PANTUN Sayang anggerik bunga di hutan,  Patah tangkai terkulai layu;  Cantik di muka nampak kelihatan,  Buruk di hati siapa tahu. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) >> LAGI GAMBAR << P/s: Sebab bunga ni cantik barangkali orang Amerika jadikan dia watak Adiwira satu ketika dahulu..

Bila Lensa Bicara: Pengajaran dari mendekati sepohon pokok.

Imej
Cadangan berjalan-jalan... Pada suatu hari di dalam bulan Syawwal, Dak Kecik mencadangkan kami pergi ke i-City di Shah Alam. Cadangan itu diterima sebulat suara oleh seluruh ahli keluarga. Di dalam perjalanan, macam jalan agak lengang, cuma apabila tiba di kawasan plaza tol, tiba-tiba sebuah kereta memecut laju memintas kenderaan kami sedang had laju di kawasan itu ditetapkan 60km/jam yang terpampang pada PAPAN TANDA DENGAN CETAKAN YANG BESAR.  Tiba di i-City... Setiba di sana, dengan spontan setelah terlihat lampu berwarna-warni yang begemerlapan itu, tiba-tiba fikiran Cikgusir mencetuskan sesuatu untuk mengingatkan perihal satu kisah yang berlaku sangat lama dulu iaitu sebelum manusia dilantik menjadi PENGUASA di BUMI. Satu kisah yang menceritakan UNDANG-UNDANG PERTAMA yang perlu dipatuhi, namun dengan sedikit bisikan yang busuk MANUSIA kecundang dan melanggar UNDANG-UNDANG PERTAMA itu... Inilah petikan kisahnya. Suatu pohon yang cantik dengan buah dan daun yang berw

Bila Lensa Bicara: Lalat

Imej
Di hari-hari perayaan begini memang boleh didapati peningkatan kemunculan makhluk yang 'annoying' ni. Mungkin sebab longgokan sampah yang sudah lama tidak dipungut. PANTUN Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang. (Sumber:Kurik Kundi Merah Saga) PERIBAHASA Bagai lalat cari puru. Takrif: Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.   (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Berubah untuk survival

Imej
Sedang membaca akhbar di tepi balkoni, mata teralih kepada satu tompok kecil di atas daun. Setelah diteliti, ia telah ditinggalkan kosong. Ya, tuan punyanya kini telah berhijrah menjadi sesuatu yang baru. Mungkin lebih cantik. Mari kita lihat apa orang dulu-dulu perihalkan perkara ini... PANTUN Mari kita menebang buluh  Di dalam buluh ada ulat;  Bukan senang mengenal tubuh,  Di dalam tubuh ada sifat. Apa guna padi hampa,  Padi hampa dimakan ulat;  Apa kurang kepada hamba,  Kapal di laut gedung di darat. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) PERIBAHASA Bagai ulat lupakan daun Takrif:Lupa akan budi baik orang. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Enjet-enjet semut...

Imej
PANTUN Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. PERIBAHASA "Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi." Bermaksud: Sesuatu yang mustahil dilakukan. ( Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP ) LAGI GAMBAR

Salam Lebaran

Imej
Blog Cikgusir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni tak berapa nak beraya rasanya sebab majoriti dalam rumah ni kena 'chicken pox'.

Bila Lensa Bicara: Colisa Lalia

Imej
Inilah dia Colisa Lalia. Nama saintifik bagi penghuni baru akuarium Cikgusir. IKAN SEPAT. Tenang bila melihat penghuni baru ini berenang perlahan-lahan mengelilingi batu dan bermain di celah-celah rumpai. ( Lagi gambar... ) PANTUN Ikan sepat mudik ke hulu,  Lumba-lumba mudik berkawan;  Saya berhajat dari dahulu,  Hendak berlumba denganmu tuan. Anak sepat anak sembilai,  Anak tengkarung di dalam padi;  Dari jauh sengek dan kulai,  Senyum serong haram tak jadi. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) PERIBAHASA Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas. Takrif: Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)