Bila Lensa Bicara: Pengajaran dari mendekati sepohon pokok.

Cadangan berjalan-jalan...
Pada suatu hari di dalam bulan Syawwal, Dak Kecik mencadangkan kami pergi ke i-City di Shah Alam. Cadangan itu diterima sebulat suara oleh seluruh ahli keluarga. Di dalam perjalanan, macam jalan agak lengang, cuma apabila tiba di kawasan plaza tol, tiba-tiba sebuah kereta memecut laju memintas kenderaan kami sedang had laju di kawasan itu ditetapkan 60km/jam yang terpampang pada PAPAN TANDA DENGAN CETAKAN YANG BESAR. 

Tiba di i-City...
Setiba di sana, dengan spontan setelah terlihat lampu berwarna-warni yang begemerlapan itu, tiba-tiba fikiran Cikgusir mencetuskan sesuatu untuk mengingatkan perihal satu kisah yang berlaku sangat lama dulu iaitu sebelum manusia dilantik menjadi PENGUASA di BUMI. Satu kisah yang menceritakan UNDANG-UNDANG PERTAMA yang perlu dipatuhi, namun dengan sedikit bisikan yang busuk MANUSIA kecundang dan melanggar UNDANG-UNDANG PERTAMA itu... Inilah petikan kisahnya.


Suatu pohon yang cantik dengan buah dan daun yang berwarna-warni.

(Dan Allah Berfirman): "Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu berdua sukai. Dan Janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, jika tidak jadilah kamu berdua termasuk orang yang zalim.(7:19)
Oh... Siapakah di sana...?
Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka, iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhanmu hanya melarang kamu berdua mendekati pohon ini, agar kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga). (7:20)
Waspadalah dengan diriku...
 Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: "Sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat kepada kamu berdua." (7:21)
Buah yang ranum...
Hati-Hati... tercekik nanti...
 Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah pohon kayu itu, tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan keduanya mulalah menutupnya dengan daun-daun dari syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru kepada mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua daripada pohon kayu itu dan Aku telah mengatakan bahawa sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (7:23)
Keriangan bermain ditemani sinaran bulan sabit.

 Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami! Kami telah menganiayai diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang yang rugi. (7:23)

Allah berfirman: "Turunlah kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan. (7:24)
 ---
Kesimpulan:
Begitulah secebis kisah yang menerpa ke dalam fikiran Cikgusir ketika melunaskan kehendak anak-anak untuk bermain cahaya di i-City. Bagi mereka kemeriahan cahaya itu amat menarik dan indah. Bagi Cikgusir pula, ia sememangnya keindahan yang dijana oleh fikiran kreatif manusia; yang mana barangkali cuma meniru sekelumit halus keindahan syurga. Jadi, Perlanggaran KETETAPAN peraturan yang dinyatakan di awal nukilan ini tadi sebenarnya mennerbitkan satu fikiran kepada Cikgusir tentang bagaimana pertama kali makhluk bernama MANUSIA telah melanggar satu PERATURAN MUDAH yang telah ditetapkan... Akibatnya adalah, hukuman yang setimpal.....

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak