Catatan

Tunjukkan catatan dari 2009

Pabila Ikan Misteri Menelefon Papa Kucing jam 1 pagi...

Imej
SECEBIS KISAH... Di suatu malam Jumaat yang sejuk disirami hujan. Anak-anak Papa Kucing merengek-rengek untuk dibelai sebelum lena tidur. Mama kucing sudah lama nyenyak tidur disebabkan sakit kepala selepas menghadiri kursus kucing-kucing soleh dan solehah. Maka Papa Kucing pun membelailah anak-anak supaya tidur... Lantas.... Papa Kucing turut terlena dibuai mimpi yang tiada tajuknya itu.. Zzzz.... Tiba-tiba Papa Kucing terjaga... telefon selularnya berbunyi... dilihatnya pada skrin tertera nombor yang tidak dikenali... 0179516*** lalu ditekannya kekunci menjawab panggilan... Papa Kucing: Hello... (dengan suara kemalas-malasan) 0179516***: click... (panggilan ditamatkan) (beberapa saat kemudian...) satu mesej teks diterima ----------------- SESI BERTUKAR-TUKAR MESEJ--------------- [kali ini 0179516*** bertukar menjadi iKaN0179516***] iKaN0179516***: [ mesej kosong ] @0:54 iKaN0179516***: boleh berkenalan? @0:56 Papa Kucing : siapa ni? @0:57 iKaN0179516***: iKaN E****** .... bol

Hasilan Terkini Fotografi : Wajah-wajah ceria

Imej
Hobi fotografi ku diteruskan. Kali ini gambar-gambar yang bertemakan wajah-wajah ceria ketika Program Gotong Royong Perdana 2009 di SMK Gedangsa menjadi subjek pilihan. Untuk melihat koleksi gambar-gambar sila klik di sini ( facebook ) atau di sini ( Flickr )

Gembirakah aku akan berita itu...?

Hmm... lama jugak laman blog ni aku tak update... (eh ... salah... kemaskini) dan dengan itu juga sudah lebih kurang lima hari pengumuman mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin. Semenjak dari pengumuman itu, di mana-mana pun aku ditanya mengenai pendapat ku. Jawapan ku hanyalah mudah..."Sudah diumum, apa guna diulas... keputusannya muktamad" walaupun di dalam hati terbit rasa kesal atas pengumuman itu. Lagipun siapalah aku di dalam dunia pendidikan untuk menentang keputusan muktamad itu. Akan tetapi, persoalan-persoalan terus aku terima bagai mendesak aku untuk memberi ulasan lebih lanjut daripada apa yang aku perkatakan di atas. Akhirnya terpaksa juga aku terjebak juga dengan memberikan beberapa hujah yang selama ini terpendam di fikiran ku. Perdebatan itu berlaku di dalam laman sosial "FACEBOOK". Aku termakan dengan komen provokasi yang dicatatkan di 'wall' peribadi salah

Rutin Telefon Bimbit ku di Hari Guru...

Imej
Kesian pun ada pada Si telefon bimbit ku yang jenamanya macam jenama kereta + minuman bergas itu. Setiap minit ianya menerima pesanan-pesanan teks yang mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat tuannya... di bawah adalah pesanan-pesanan yang telah diterima... A good teacher is like a lighthouse. It doesn't ring bells or fire guns to call attention to its luminance. It simply shines. HAPPY TEACHER'S DAY Selvakumar Selvarajan God has given EYES: to look at you. HANDS: to pray for you. MIND: to remember you. HEART: to think of you and MOUTH to wish you HAPPY TEACHER'S DAY! Robert Collins Bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghembat, berani tidak melesi, berakal tidak menjual, berharta tidak aniaya, tinggi tidak menimpa, besar tidak meledan, bertaji tidak memupur. Guru Pembina Negara Bangsa... SELAMAT HARI GURU 2009 Shamsudin Adnan Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang, Bila dia lambat masu

Ku Tanyakan Pada Sang Guru...

Imej
Ku Tanyakan Pada Sang Guru Wahai guru ku, ceritalah apa asal mu... Hai anak... Aku juga insan seperti mu dulu Mentah tiada haluan namun terima bimbingan Oleh Sang Guru seperti ku Pelbagai nasihat sebagai iringan Wahai guru ku, katakanlah apa pinta mu... Hai anak... Hadiahkanlah aku sebutir bintang kejayaan Cukup bagi ku untuk dibawa sebagai kepuasan Bagi mu ia kejayaan Bagi ku ia anugerah sepanjang zaman Wahai guru ku, ceritalah apa rahsia mu Hai anak... Terpikul atas ku tanggungjawab maha berat Tugas mendidik sebagai amanat Akan dihisab di Hari Akhirat Wahai guru ku, berikanlah aku satu amanat... Hai anak... Gunakanlah segala ajar ku Untuk bekal diri mu Agar tiada susah menghurungi mu Terpakailah ia sebagai ilmu Wahai guru ku, Terima kasih atas luangan waktu mu buat diriku... mendidik dan memimpin ku agar terdidik jiwa bersamanya berkembang ilmu mampu bersaing sebagai insan dan khalifah ALLAH di bumi warisan nenek moyang ku... Nukilan, Cikgu Faisal Farish 16 Mei 2009 Sempena Sambutan

Terpesonalah akan ku pada naskhah lama itu...

Imej
Angin Purba... Di suatu sudut sebuah Khutub Khanah, Sang Guru menunggu tibanya naskhah akhbar harian yang selalu dibacanya. Namun pada ketika itu masih tiada naskhah terkini yang tiba. Dilanda kebosanan menunggu, lalu dicapainya sebuah buku di atas rak yang berdekatan dengan tempat duduknya. Dibukanya helaian buku itu satu persatu. Terpesonalah akan dia dengan gaya bahasa lama yang diguna oleh Sang penulis naskhah buku warisan itu. Naluri bahasanya bergelodak maka bertiuplah angin purba melanda diri Sang Guru itu dan terus-terusan dibacanya setiap helaian hinggalah ke halaman bernombor 104. Di halaman itu Sang Guru terpaku sejenak dengan menyedari betapa cendekianya Sang penulis naskhah warisan itu. Abdullah Munsyi, gelaran bagi Sang penulis itu. Cendekiawan Memberi Nasihat: Syarat menjadi guru.... Lama juga aku membaca 'Hikayat Abdullah' itu. Suatu ketika dahulu pernah juga aku membaca, tapi tidak pula aku dapat merasakan perasaan seperti ini. Aku bagai tersedar betapa karang

PPSMI: Pencetus idea memberi reaksi

http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/186

Satu pencapaian hebat bagi seorang murid..

Imej
Suatu hari... bertarikh 24 Febuari 2009. Nun di suatu sudut, seorang murid sangat gembira dengan pencapaian yang beliau perolehi pada hari itu. Pastinya kepuasan yang amat sangat telah diperolehi atas apa yang dilakukannya membuktikan dia seorang yang serba boleh. Di suatu sudut yang lain, seorang guru yang baru sahaja habis dua sesi pengajaran dan pembelajaran serta baru selesai bersarapan telah dihampiri oleh 2 orang murid perempuan yang dari roman wajah mereka tertera suatu kemusykilan… BERITA RINGKAS DI SUATU PAGI… "Assalamualaikum cikgu, kami nak bagi tau, tayar kereta cikgu memang pancit ke?." "Hah...?" aku terkedu pelik. Aku segera mendapatkan keretaku. Memang betul. Kempis terus tayar sebelah kanan hadapan. Tidak ada tindakan susulan yang aku buat hanya menunggu sehingga sesi persekolahan itu tamat untuk aku menukar roda itu dengan tayar simpanan yang ada. Tayar itu tertusuk paku atau benda yang tajam barangkali. Ku angkat pula tombol pintu kereta u

Baru download windows live…

Imej
Ini satu percubaan menggunakan Windows Live untuk mengemaskini blog… mari kita lihat sejauh mana bagusnya perisian ini …. 1… 2…. 3!!!  

KAEDAH SHICIDA

Imej
Sesuatu dari kotak emel yang ingin aku kongsikan di sini bersama para pembaca blog... ------------------------------------------------------ SHICIDA METHODS – JADIKAN ANAK PANDAI BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak .Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini bol

Menghilangkan rasa letih...

Imej
Aduhh... letih jugak hari ni. Kuliah hari ni walaupun tak banyak, memang memenatkan kerana subjeknya agak berat. Sampai ke rumah agak lewat. Selepas mandi segarkan badan dan tidur sekejap, kamera seketul tu jugak aku capai. Destinasi kali ni, .... rumah nenek lagiii... saja nak jenguk dia... sambil-sambil tu berlegar sekitar rumah nenek dan snap! snap! snap!... ni antara yang dapat hari ni.... yang lain-lain ada kat sini... My Flickr Photostream

Mengapa manusia tiada belas...?

Imej
  Sedang aku menatap akhbar Mingguan Malaysia hari ini, mata ku terhenti dan tertumpu pada gambar di atas selepas satu demi satu mukasurat diselak. Terus dalam diri aku ada perasaan bercampur baur dengan sedih, kecewa, marah, geram dan apa sahaja perasaan yang berkaitan dengannya. Manusia yang normal pasti akan beras begitu apabila menatap gambar di atas. Satu komentar telah ditulis oleh penulis ruangan itu, Awang Selamat yang berbunyi... "MUKA depan Utusan Malaysia siaran Rabu, 7 Januari lalu menyiarkan gambar mayat kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala di sebalik runtuhan rumahnya yang musnah dibedil tentera Israel. Gambar bersaiz besar yang menyayat hati itu mendapat banyak reaksi simpati daripada para pembaca tidak kira agama, kaum mahupun usia. Salah seorang bapa menghubungi Awang dan kemudian menyerahkan talian kepada anak perempuannya berusia 12 tahun bernama Ros. Menurut si bapa, anaknya itu mahu meluahkan perasaan kerana terlalu sedih dan terganggu dengan apa ya

Kena Tag, Di tag, Ter Tag... Argghh... TAG

Imej
Aku dah kena tag lama dah datangnya dari Tera , rakan blogger yang baru dikenali yang mempunyai blog " LEPIDOPTERA ". Dia seorang guru dari sebuah sekolah menengah teknik di Melaka. Baru hari ni le ada masa nak jawab. Peraturan untuk menerima award tag ini ialah: 1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda. 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. 3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag). 4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda. 5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Cikgu Farish untuk mendapatkan award anda". ------------------- Ni 10 fakta tentang aku yang diminta untuk dijawab 1. Seorang guru bahasa Inggeris. 2. Mudah terpesona dengan gubahan kata-kata puitis. 3. Suka ambil dan su

Selamat kembali ke sekolah

Imej
Saya ucapkan "Selamat Kembali ke Sekolah" kepada semua para pelajar dan rakan keguruan.