Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Beri hitam

Saja je cikgusir nak cuba pakai beri hitam untuk update blog.

kerja waktu pejabat

Tahun depan nampaknya ada perkara baru buat guru-guru selain daripada perlaksanaan MBMMBI. Cikgu-cikgu dari beberapa sekolah rintis akan mula kerja waktu pejabat. Ada sumber-sumber yang kata perkara ini disebabkan cikgu-cikgu tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang tidak relevan. (Baca berita di sini: UTUSAN MALAYSIA ONLINE ) Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012? Oleh JAMLIAH ABDULLAH pengarang@utusan.com.my ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.