FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Jumaat, Februari 04, 2011

Al-Kisah Sang entiti misteri II

BABAK 2: Kasi 'explain' sikit kat dia.

Aku: Oo... tu yang ko tak puas hati ye. Aku buat macam tu sebab mereka tu semua bangsa manusia macam aku. Jadi aku kena la bagi nasihat. Macam dalam isi kandungan surah al-'Asr tu yang suruh bangsa manusia ni nasihat menasihati supaya tak rugi. Nak aku bacakan dalam versi sebenar ke?

Entiti: Muahaha... Ko ni mesti banyak tengok cerita-cerita hantu kat panggung tu kan. Bila ko baca je ayat al-Quran, hantu pun terbakar... ha haha... memang la manusia banyak yang keliru. Aku takkan terbakar dengan ayat-ayat tu. Ayat-ayat tu diturunkan untuk korang jadikan panduan. Bukannya buat masuk dalam filem ha haha...


Babak 3: Dia masih lagi tak puas hati.

Aku: Itu je ko nak bagi tau aku?

Entiti: Ada satu lagi... Dah ko nasihatkan budak-budak ko... Ko pecahkan lagi rahsia aku ye... tak payahlah ko cerita rahsia kerja aku macammana aku hasut orang-orang alim. Ko ingat tak apa yang ko dah cakap kat budak tu masa dia tanya soalan?

Aku: (teringat satu ketika ada murid bertanya. Adakah orang alim pun kena goda jugak dengan syaitan. Aku pernah jawab cara godaannya lain sebab orang-orang alim banyak ilmu agama, setakat godaan syaitan suruh mencuri, berjudi atau berzina tu senang je nak ditolak. Bagi orang alim godaan dia adalah dalam bentuk riak, ujub dan takabbur tanpa mereka sedari. Mereka yang digoda akan rasa merekalah paling suci, sebab bergelar orang alim.)

Entiti: Haa... ingat dah kan.... jadi aku nak bagi tahu, lepas ni tak payah nak bagi cerita-cerita nasihat kat budak-budak ko. Sebab ko banyak menyusahkan kerja aku. buat je kerja ko tu biasa-biasa je. Suruh baca poem kuat-kuat ke... suruh dia jawab soalan-soalan pemahaman ke... pasal moral diaorang tau la mak bapak diorang nak jaga... ada paham...

Aku: Tanggungjawab aku bukan mengajar je. Mendidik pun tanggungjawab juga.

Entiti: Ah.. malaslah aku nak cakap dengan ko ni lagi. Aku nak buat kerja aku yang tertangguh ni. Tapi ingat... lepas ni bila ko sedar, ko dah buat dosa sebenarnya .... Muahahahah...


Babak 4: Bermimpi dan berdosa.

Terdengar satu suara sayup-sayup je...

Suara: You... you... bangun you... waktu asar dah lewat ni...

Aku: (Huh... aku mimpi rupanya...) Dah lewat waktu Asar... Astaghfirullahal'azim... (bergegas pergi mandi dan solat Asar)

Al-Kisah Sang entiti misteri


BABAK 1: Entiti yang tak puas hati

Di dalam satu keadaan yang gelap gelita, aku terdengar ada satu suara yang agak kurang sopan pekik-pekik nama aku.

Entiti: Oii! Woii!!! Woii!!! Ko dengar tak?!!!

Aku: Ko panggil aku ke?

Entiti: Ye.. Nko la wahai cikgu... kenapa? pelik? muahaha.

Aku: Kenapa woii woii kan aku? Ko nak apa...

Entiti: Aku tak puas hati la dengan ko nih...

Aku: Apsal plak ? Kenal ko pun tak ...

Entiti: Lah... tak kenal? Ko ni memang la. Nama je cikgu tapi aku pun ko tak kenal.

Aku: Malaslah aku nak kenal. Tapi kan aku macam kenal jugak ko ni.. Jadi, apanya yg ko tak puas hati tu?

Entiti: Ni... aku tak puas hati sebab ko kacau kerja aku. Apasal ko cerita semua rahsia aku kat budak-budak yang belajar dengan ko tu?

Aku: ----

Entiti: Senyap pulak. Ok la.. ni aku bagi amaran ni. Jangan la ko nasihatkan budak-budak tu pasal dosa berzina tu. Diaorang tu muda lagi ... suka hati diorang la nak berzina ke apa ke... dah tua nanti diorang taubat la... yg ko sibuk-sibuk apahal? Lagipun ko bukannya ustaz nak nasihat-nasihat orang ni.

Aku:---

Entiti: Ishh diam lagi... respond la.. apa la lemau ko ni. Aku nak tambah... kalau ko mengajar 'poem' tu tak payah la nak kaitkan dengan dosa-dosa zina tu. Ko tu pun takkan lepas dari hasutan kawan-kawan aku. Ko ajar je 'poem' tu ikut kekdah biasa-biasa dah la.

Aku: Eh Pakcik... aku dah kenal dah ko ni siapa. Tapi tak nak la sebut nama ko. Tak suka. Cuma aku pelik la kenapa tak de pulak efek api kat keliling kita ni ... biasanya adala menyala-nyala sikit kan...

Entiti: Apa nak buat ... Aku sekadar boleh request je. Kalau DIA yang kat atas sana tak approve mana aku ada kuasa nak buat efek tu...


....bersambung di dalam entry yang kedua...