Al-Kisah Sang entiti misteri II

BABAK 2: Kasi 'explain' sikit kat dia.

Aku: Oo... tu yang ko tak puas hati ye. Aku buat macam tu sebab mereka tu semua bangsa manusia macam aku. Jadi aku kena la bagi nasihat. Macam dalam isi kandungan surah al-'Asr tu yang suruh bangsa manusia ni nasihat menasihati supaya tak rugi. Nak aku bacakan dalam versi sebenar ke?

Entiti: Muahaha... Ko ni mesti banyak tengok cerita-cerita hantu kat panggung tu kan. Bila ko baca je ayat al-Quran, hantu pun terbakar... ha haha... memang la manusia banyak yang keliru. Aku takkan terbakar dengan ayat-ayat tu. Ayat-ayat tu diturunkan untuk korang jadikan panduan. Bukannya buat masuk dalam filem ha haha...


Babak 3: Dia masih lagi tak puas hati.

Aku: Itu je ko nak bagi tau aku?

Entiti: Ada satu lagi... Dah ko nasihatkan budak-budak ko... Ko pecahkan lagi rahsia aku ye... tak payahlah ko cerita rahsia kerja aku macammana aku hasut orang-orang alim. Ko ingat tak apa yang ko dah cakap kat budak tu masa dia tanya soalan?

Aku: (teringat satu ketika ada murid bertanya. Adakah orang alim pun kena goda jugak dengan syaitan. Aku pernah jawab cara godaannya lain sebab orang-orang alim banyak ilmu agama, setakat godaan syaitan suruh mencuri, berjudi atau berzina tu senang je nak ditolak. Bagi orang alim godaan dia adalah dalam bentuk riak, ujub dan takabbur tanpa mereka sedari. Mereka yang digoda akan rasa merekalah paling suci, sebab bergelar orang alim.)

Entiti: Haa... ingat dah kan.... jadi aku nak bagi tahu, lepas ni tak payah nak bagi cerita-cerita nasihat kat budak-budak ko. Sebab ko banyak menyusahkan kerja aku. buat je kerja ko tu biasa-biasa je. Suruh baca poem kuat-kuat ke... suruh dia jawab soalan-soalan pemahaman ke... pasal moral diaorang tau la mak bapak diorang nak jaga... ada paham...

Aku: Tanggungjawab aku bukan mengajar je. Mendidik pun tanggungjawab juga.

Entiti: Ah.. malaslah aku nak cakap dengan ko ni lagi. Aku nak buat kerja aku yang tertangguh ni. Tapi ingat... lepas ni bila ko sedar, ko dah buat dosa sebenarnya .... Muahahahah...


Babak 4: Bermimpi dan berdosa.

Terdengar satu suara sayup-sayup je...

Suara: You... you... bangun you... waktu asar dah lewat ni...

Aku: (Huh... aku mimpi rupanya...) Dah lewat waktu Asar... Astaghfirullahal'azim... (bergegas pergi mandi dan solat Asar)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak