Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Bila Lensa Bicara: Sketsa Raya

Imej
Den tak kigho den nak jugak kueh samprit tu... Cubo koba  an mano kau lotak kueh tu... Buek bodoh pulak... nanti la den kobaan kek Tok Pengulu tau la kau

Bersediakah? Jangan risau PTPTN kan adoo..

Imej
Ada seorang kawan pernah beritahu Cikgusir, kalau nak belajar berenang mestilah masuk ke dalam air. Kalau tidak sampai bila-bila pun tak akan pandai berenang. Maka dengan itu Cikgusir dah letakkan hujung kaki sebelah pada gigi air. Harap-harap berjayalah hendaknya.  Amin. Benda ni kalau tak sendiri mulakan mana nak gerak ye tak... teringat pada satu syair Arab dalam buku karangan Za'ba yang berbunyi... Tidak ada yang boleh menggaru gatal kulitmu Sama seperti kuku tanganmu sendiri; Sebab itu buatlah olehmu sendiri Segala kerja tanggungan dirimu. Maka tanamkan dalam diri... TIADA MASA LAGI UNTUK BERMAIN-MAIN... MASA UNTUK SERIUS! (Serius ke.. he he)

Melawat Melaka 02: Kemusnahan A'Famosa akibat 'VANDALISM' Inggeris.

Imej
A'Famosa atau Porta De Santiago? Tinggalkan dahulu kisah Sultan Hussein Shah Sultan Singapura yang mana riwayat hidup baginda penuh ranjau diperdaya Inggeris. Cikgusir teruskan mencatat tentang suatu struktur yang ada dicatatkan di dalam 'Hikayat Abdullah' Gambar di atas adalah 'Porta de Santiago' iaitu salah satu pintu gerbang Kota Melaka atau di dalam bahasa Portugisnya disebut A'Famosa; bermaksud "Yang Masyhur". Namun kini setelah dimusnahkan Inggeris dengan susah payah, hanya cebisan di atas sahaja yang tinggal. Cebisan gerbang kota itulah yang sering dianggap sebagai A'Famosa. Sedangkan A'Famosa yang sebenarnya amatlah luas mengelilingi bandar Melaka. Pelan Kota Melaka 1744 Di dalam 'Hikayat Abdullah' Bab V, dicatatkan tajuk 'Darihal Kota Melaka'. Di dalam bab ini Abdullah menyatakan kekesalan beliau atas tindakan pemerintah Inggeris ketika itu yang tidak pandai menghargai nilai sejarah sesuatu sen

Sajak: Seruan Pertama Itu

Aku kembali membaca Ayat pertama itu Diturunkan dengan memaksa untuk membaca Ku fahami denyut nadi Sang Utusan Terpilih itu Kaku... tiada mengerti... apa yang harus dibacanya Di dalam dakapan makhluk asalnya cahaya Satu dakapan di dalam seruan Ku mengerti akan suasana itu... Hening... Dinginnya keringat... Apa yang harus dibaca...? Bacalah...  Bagaimana harus ku baca? ...dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Siapakah Dia? Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Apa lagi seruan Mu? Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Siapakah Dia? Yang mengajar (manusia) dengan pena. Apakah yang diajarnya? Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Lalu ku mengerti Membaca itu kunci ruangnya ilmu Banyak yang harus ku bongkar Ku mohon  Moga diri dipandukan Melalui jalan yang lurus Bukan jalan yang menyesatkan (Sajak yang terinspirasi dari Surah al-'Alaq | 04 Ogos )

Kebesaran Ilahi di dalam Ilmu Sastera.

Imej
MESEJ YANG DITURUNKAN: Kembali lagi mengemaskini blog. Hari ini 17 Ramadan 1434. Beberapa negeri di Malaysia bercuti umum sempena cuti Nuzul al-Quran. Nuzul adalah perkataan Arab yang membawa maksud 'turun' maka hari yang disambut pada hari ini adalah sempena turunnya al-Quran. Tarikh turunnya al-Quran adalah pada 17 Ramadan (6 Ogos 610M) . Ini membawa maksud usia al-Quran adalah lebih kurang 1403 tahun. Wahyu yang pertama diturunkan adalah ayat di dalam Surah al-'Alaq iaitu satu mesej yang bermula dengan gesaan untuk membaca iaitu 'Iqra'' . Turunnya ayat inilah memberi petanda bahawa dengan membaca manusia akan mengembangkan ilmu. MESEJ YANG KEDUA: Indahnya 'runtun konsonan' dan 'palindrom'. Di dalam mengimbau kembali sejarah turunnya wahyu kepada Nabi akhir zaman itu, Cikgusir kali ini terpesona dengan wahyu yang kedua. Seperti yang tercatat di dalam buku-buku sejarah, masyarakat Arab sebelum Islam merupakan masyarakat yang h

Bahawasanya sahaya salah

Imej
Petikan buku "Hikayat Abdullah" NAK SAMBUNG TULIS, LAIN YANG DAPAT... Terasa ingin menyambung menulis tentang Sultan Hussin Syah. Makanya Cikgusir pun membacalah semula ceritanya yang lebih panjang di dalam buku "Hikayat Abdullah"; beberapa bab telah dibaca dengan sekali lalu dan mata pulak terhenti pada ... "Bab VI: Darihal Raja Farquhar". Tiba-tiba terasa ingin tahu adakah nama Farquhar itu sememangnnya nama keturunan bangsa Inggeris?... kerana Cikgusir rasa macam dah tak ada lagi nama macam tu digunakan pada masa kini. Cikgusir pun beralihlah pulak kepada 'Mr. Google" untuk carian... Mengikut Hikayat Abdullah beliau digelar "Raja Farquhar". Sumber gambar: https://en.wikipedia.org/wiki/William_Farquhar FAR-KOO-HAR? Dalam buku itu, memang 'watak' beliau ini sentiasa ada. Paling penting ketika menceritakan sejarah Singapura dan Melaka. Selama belajar sejarah, Cikgusir sebut namanya sebagai FAR-KOO-HAR. Akibat da

Melawat Melaka 01: Masjid Tengkera dan Almarhum Sultan Hussin Shah.

Imej
Menara Masjid Tengkera MAKLUMAT RINGKAS... Berdasarkan catatan pada gerbang masjid, masjid ini pertama kali dibina pada tahun 1728. Kemudian dikatakan berlaku kerosakan yang besar sehingga hanya tinggal menaranya sahaja seperti yang terdapat di dalam gambar di atas. Ia kembali dibina pada tahun 1780. Berdasarkan tarikh ini ianya dianggap sebagai masjid yang tertua di negeri Melaka. Rekabentuk menaranya merupakan rekabentuk Pagoda China. Manakala binaan asal adalah daripada kayu, namun pada tahun 1890 ia dibina semula dengan bahan konkrit (The Encyclopedia of Malaysia: Architecture). CATATAN MENURUT BUKU... Buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI telah memetik satu peristiwa di dalam Hikayat Abdullah iaitu peristiwa pengebumian Sultan Husin Syah yang mangkat pada tahun 1835; iaitu telah berlaku 178 tahun yang lampau. Mengikut catatan buku tersebut, ianya dilakukan dengan penuh istiadat di Raja; selayaknya untuk seorang Sultan. Pembesar-pembesar Inggeris turut hadir di dal

Buku 06: Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (berserta lawatan)

Imej
ULASAN BUKU DAN KUNJUNGAN  KE MELAKA Ulasan buku kali ini Cikgusir buat secara catatan 'field-study' dengan mengikut serta merujuk beberapa bahagian di dalam buku KENANG-KENANGAN ABDULLAH MUNSYI . Atas sebab itu Melaka adalah destinasi yang ditujui tambahan pula cuti sekolah sudah bermula. Dalam banyak-banyak tempat memang Cikgusir suka pergi ke Melaka. Tidak berapa pasti mengapa ia destinasi pilihan. Mungkin sejarahnya yang mencoret banyak peristiwa-peristiwa silam yang bercampur-baur kerana setiap peristiwa yang berlaku itu kini mengalir kekal di dalam garis masa serta meninggalkan kesan-kesan yang masih jelas hingga sekarang. Walaupun tempat-tempat utama seperti kawasan Banda Hilir telah banyak kali dilawati, namun Cikgusir rasa masih banyak lagi rahsia yang tersimpan yang masih belum diteroka. Porta Da Santiago, sebahagian tinggalan kota mahsyur A'Famosa. MELAKA DAN HOBI... Apabila berkunjung ke Melaka, tempat yang pertama dikunjungi adalah Muzium Setem Mel

Bila Lensa Bicara: Sudah beraksi diberinya ekor...

Imej
"Moment" yang tak jadi... dia dah beraksi banyak, yang 'last' dia bagi ekor je... >> lagi gambar <<

Bila Lensa Bicara: Puss Among Books

Imej
Tak tahu dari mana datangnya; nak cari buku tiba-tiba sepasang mata merenung diri ini dari dalam rak buku. Tak mau lari, maka sempat lensa dicapai untuk mengambil foto SEEKOR KUCING BERSAMA BUKU . Sekian...