Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007

Teringat masa kecik-kecik

Ramadhan datang lagi. Masa kecik-kecik dulu semasa menunggu azan maghrib dari corong radio, melodi ini selalu diperdengarkan. Itu pun hanya melodi instrumental sahaja tanpa suara. Sedap juga didengar ketika senja melabuhkan tirainya. (Chewwah...) Atas sebab terkenangkan melodi inilah maka tangan ini pantas menekan butang-butang papan kekunci (keyboard) merenangi lautan maklumat internet. Menurut kata orang yang arif lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi Fairuz dari Lebanon. Walaupun melodinya sedap didengar suara penyanyinya lebih sedap lagi. Tajuknya El-Bint El-Shalabiya (kata orang yang tau bahasa arab maksudnya Si Gadis Manis)

Neil Sedaka dan kebosanan

Imej
Hari Isnin kembali lagi. Tak tau kenapa setiap Isnin bagai rasa berat nak ke sekolah. Dahulu kala aku tak percaya pada kata-kata orang yang kata sememangnya Isnin merupakan hari yang bosan bagi sesiapa yang sudah ada kerjaya. Kini aku sendiri mengalaminya. Aku mencari sebab dan musababnya. Aku temui jawapannya setelah aku bertanya diri ini. Rupa-rupanya aku bosan memandu ke tempat aku berkhidmat yang jauh tu 55km dari rumah. Harap-harap cepat la siap laluan komuter di Tanjong Malim ni. Tak lah penat nak memandu + membazirkan minyak RM80.00 seminggu. Dah la tu gaji masih lagi separuh. Untuk mengubat kebosanan ini, aku pun lusuri laman sesawang (website la) youtube. Aku terjumpa klip video lagu ni. " You Mean Everything to me " oleh Neil Sedaka . Bukan apa mula-mula aku dapat anak perempuan, aku sangat-sangat teruja. Memang aku sebelum itu pernah berdoa untuk mendapat anak perempuan setelah kelahiran anak lelaki ku. Lagu ni pulak sering aku nyanyikan sebagai dendangan buat an

Nukilan Sajak buat Sang Bapa

Imej
DOA BUAT SEORANG BAPA Oleh Datuk A. Kadir Jasin USIAMU serupa usia bapaku Engkau dan dia pernah sekutu Berjuang atas nama ibunda Demi agama, bangsa dan negara Tapi di situ persamaan terhenti Kerana engkau Mantan Perdana Menteri Yang memacu negara ke mercu tinggi Sedang bapaku kekal seorang petani. Kini engkau dan dia sama-sama tua Sudah uzur dimakan usia Namun jiwamu dan jiwanya Tetap seperti dahulu juga Padat sarat dengan perjuangan Jitu padu dengan kesedaran Bahawa padanya tiada sisa Selagi jasad dan nyawa bersama. Mindamu dan mindanya Sentiasa segar terus muda Tidak reput dimakan usia Tidak patah diuji pancaroba Tidak tawar dicaci nista Hatta oleh anak-anak didikmu sendiri Yang gila kuasa dan lupa diri Yang tiada lagi budi dan pekerti. Maka wahai bapa-bapaku Ketika engkau terlantar Hati kecilmu gementar Dengarkanlah ikrar kami Anak menyambung generasi. Bahawa legasimu tidak akan mati Kami tidak akan biarkan itu terjadi Kerana antara kami Anak-anak generasi pengganti Masih ada yang b