FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Sabtu, Mac 24, 2007

Ada dua bini


Lama jugak tak update blog ni. Sekarang baru aku tau perasaan dan keadaannya orang yang ada dua isteri. Begitu susahnya nak menciptakan keadilan bagi keduanya. Kenapa aku tulis pasal poligami ni? Bukannya aku ada niat nak berpoligami, tapi mempunyai 2 blog sudah cukup untuk aku rasa susah untuk 'berlaku adil' kepada blog-blog yang aku ada. Tambahan pulak kekeringan idea dan sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Project Paper yang ala-ala tesis tu. Kesian aku kat bini tua ni (cikgusir.blogspot.com) aku banyak pulak menghabiskan masa kat bini muda (myedutalk.blogspot.com). Apapun sekurang-kurangnya blogging ni memberi amaran yang mana betapa susahnya berpoligami. Sedap tetapi sengsara...