FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Isnin, Oktober 24, 2005

By the rivers of babylon..la .. la..la la..

Hmm... hari tu ada terdengar lagu ni kat sebuah stesen radio tempatan. Tajuknya "RIVERS OF BABYLON". (Brent Dowe & Trevor McNaughton).

Liriknya lebih kurang macam nie.By the rivers of Babylon, there we sat down
Ye-eah we wept, when we remembered Zion. Sebenarnya lagu ini merupakan petikan daripada kitab Bible, (PSALM:137:1) yang menceritakan ratapan orang-orang Israel yang ketika itu rumah ibadat mereka dibakar. Jadi ini seperti satu propaganda untuk menagih simpati buat mereka.

Pengajarannya: Jangan jadi nyanyi lagu ini walaupun iramanya sedap dan fahamilah setiap lirik lagu yang kita minati agar kita tidak keterlaluan memuja dan tenggelam dalam keasyikan yang mana boleh menggugat keimanan kita. WAllahu alam...

p/s:bagi rakan-rakan yang beragama Kristian jangan berkecil hati. Cuma saya ingin mengingatkan rakan seagama supaya menjaga "akidah" mereka. Bukan bertujuan merendah-rendahkan agama Kristian dan tidak anti Kristian. We are all the servants of THE ALMIGHTY ONE.

Sabtu, Oktober 22, 2005

Takziah buat PM

Takziah buat PM sekeluarga atas pemergian Datin Sri Endon Mahmood ke rahmatullah.Al-Fatihah.

Isnin, Oktober 17, 2005

Mawar Putih Untuk Mama


Mawar Putih Untuk Mama
___________________________________
Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
________________________________________
Buat ibu ku Fauziah binti Ismail
(27.10.1952-15.01.1999)

Ahad, Oktober 16, 2005

Ibu ku

Al-Fatihah. Hadirnya Ramadhan kali ini genaplah 6 tahun pemergian bonda tercinta menyahut panggilan Ilahi. Bonda pergi meninggalkan kami sekeluarga pada Jumaat 27 Ramadhan tahun 1999/1419H. Belaian dan kasih sayang ibu masih aku rasai walau pemergiannya agak lama berlalu. Apapun semoga Bonda bahagia sentiasa di dalam RAHMAT-NYA. AMIN.


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

(Sajak:Usman Awang, Ke Makam Bonda)
-------------------------------------------------

Dari:Anakanda yang merindui...