Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

AFF SUZUKI CUP SEMI FINAL KEDUA: Malaysia vs Thailand

Imej
Apakah agaknya keputusan malam ni? Mudah-mudahan HARIMAU MALAYA tak tidur dan leka...

Merentas Denai Masa: Kota Johor Lama

Imej
Kota Johor Lama dari Google Earth Perjalanan merentas denai masa Cikgusir merangkumi kawasan ini; Kota Johor Lama . Suatu tempat di Johor Lama yang berulangkali dijadikan ibu negeri dan pusat pentadbiran. Menurut catatan pada batu penerangan Muzium Kota Johor Lama, kota ini di bina pada tahun 1540 dan ianya menjadi pusat pemerintahan sekaligus tempat merancang strategi untuk merampas kembali Melaka selepas kejatuhannya pada tahun 1511. Gerbang masuk ke Muzium Kota Johor Lama. Buyong Adil (1971) ada mencatatkan dari sumber Portugis mengenai kota ini pada tahun 1587: "Berkenaan dengan Johor Lama masa itu, dalam riwayat Portugis antara lain mengatakan: bandar Johor Lama itu ialah sebuah bandar yang cantik; terletak di atas sebuah bukit yang memanjang di tebing Sungai Johor; bandar itu berpagar sekeliling dengan kayu yang sangat kuat; tiada berapa jauh arah ke laut (ke hilir) daripada bandar itu, ada sebuah kota batu yang disebut namanya Cotabato (Kota Batu); kota it

Merentas Denai Masa: Satu catatan perjalanan melusuri sejarah Johor

Imej
Cuti sekolah hujung tahun memberi peluang Cikgusir untuk membawa keluarga bercuti. Destinasi pilihan anak-anak adalah Universal Studio Singapore; satu tempat menikmati keseronokan cara moden dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Cikgusir menggunakan peluang lawatan ke selatan tanahair ini untuk melawat tinggalan sejarah yang boleh dikatakan penting bagi pensejarahan nusantara secara umum dan Malaysia secara khususnya. Ini adalah kerana selain Melaka, Johor juga menyimpan khazanah sejarah di era pasca kejatuhan Melaka di tangan Portugis, yang menyaksikan Sultannya pada ketika itu (Sultan Mahmud Shah I) terpaksa berundur meninggalkan Melaka untuk memastikan kelangsungan warisan Kesultanan Melayu Melaka untuk terus wujud. Atas usaha itu Kesultanan Melayu Melaka diteruskan dengan munculnya empayar Johor-Riau yang kemudiannya menyaksikan bertukarnya tampuk pemerintahan dari Sultan ke Bendahara dan seterusnya Temenggong.Seperti yang ditulis oleh Buyong A

Bila Lensa Bicara: Rezeki Sang Semut

Imej
Menikmati rezeki kurniaan Ilahi... PANTUN Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. (Sumber: Kurik Kundi, Merah Saga) >> Lagi Gambar <<

Bila Lensa Bicara: Si Penari Geisha

Imej
Wak wak atau ruak ruak | White-breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus) Burung wak wak (ruak-ruak) ni sedap kalau di goreng. Masa kecik-kecik dulu pernah la jugak makan bila pakcik Cikgusir dapat tangkap.  Cuma kalau diperhatikan lama-lama cara burung ni berjalan persis PENARI GEISHA... cuba banding dengan gambar di bawah... Sama tak sama tak he he...

Bila Lensa Bicara: Helang Menyonsong Angin

Imej
Cuaca yang panas dan berangin hari ini menyaksikan sepasang helang bermain menyonsong angin. Kalaulah lebih rendah terbangnya pasti menarik. PANTUN Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Bila Lensa Bicara: Bermakro

Imej
Hari ni langit cerah... nak memburung sambil tu dapat juga 'menserangga'. Tapi ini kategori tak jadi juga gambarnya... titik fokus tak berapa nak kena...

Bila Lensa Bicara: Helang atau gagak yang cacat?

Imej
 Hari masih pagi, terdengar bunyi merbah bermain-main. Tangan menggenggam kamera untuk mencari di mana pasangan yang sedang berkicau meriah itu. Ketika mata Cikgusir melilau mencari kelibat merbah, muncul burung ini. Taklah pulak tau burung apa ni... nampak macam helang... iras2 gagak pun ada jugak? ke kacukan helang dan gagak? Kalau ada sesiapa yang tahu ini burung apa, sila beri info.. terima kasih... Helangkah? Paruhnya macam helang...   Kalau helang kenapa macam ada tabiat petik buah?     Apa yang dia cari dalam semak tu?

Bila Lensa Bicara: Kocakan air yang patuh pada ukuran

Imej
Lihatlah patuhnya titisan air itu pada hukum fizik. Mengikut ukuran tarikan graviti yang telah ditetapkan Ilahi. Maha Suci ALLAH Yang Menjadikan ketetapan ukuran-ukuran itu. Seperti di dalam firmanNya, "Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam sesuatu kekuasaanNya dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukuran dengan tepat. (Al-Furqan: 2) >> lagi gambar <<

Bila Lensa Bicara: Berapa tinggi terbang bangau

Imej
 PANTUN Orang petani membuat dangau,  Dibiar kosong tidak bekerja;  Berapa tinggi terbang bangau,  Akhirnya di belakang kerbau juga. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) PERIBAHASA Seperti bangau kasihkan kerbau. Takrif: Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) >> Lagi gambar <<

Bila Lensa Bicara: Danbo dan Tun M

Imej
Danbo dan Tun M PANTUN Kalau mencari tempat bermandi Pertama teluk kedua pantai Kalau mencari pemimpin negeri Pertama elok kedua pandai >> Lagi Gambar <<

Semalam Ular Hari Ini Burung

Imej
Bangkai anak ular yang dibunuh Shitam dan Kichap. Semalam dua ekor kucing Cikgusir nak 'tunjuk hero'. Seekor anak ular ditangkap dan diletakkan di depan pintu rumah. Bila Cikgusir balik dua-dua sibuk berebut menguis bangkai ular bagai nak tunjukkan mereka berjaya membunuh makhluk ni. PERIBAHASA Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. Takrif: Yang jahat itu tetap jahat. (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu) Burung tekukur menjadi sarapan enak di pagi Ahad. Bila Si Kichap datang mengecek, dia bawa lari ke celah pasu bunga. Kedekut dia ni. Hari ini Shitam pulak bawa balik seekor burung tekukur sebagai sarapan pagi. Diletakkan depan pintu juga. Nak tunjuk hero lagi la tu. PERIBAHASA Burung terbang dipipiskan lada. Takrif: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.  (Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)

Bila Lensa Bicara 02: Bukittinggi 02

Imej
Gunung Berapi Tandikat Di dalam penerbangan, mata melilau mencari kalau-kalau ada bentuk awan yang menarik untuk dirakam. Namun cuaca ketika penerbangan bermula tidak mengizinkan. Mata mengantuk namun tidak mahu lelap. Masih lagi melihat-lihat keluar tingkap.  Ketika pesawat memasuki ruang udara negara Indonesia atau lebih spesifiknya di ruang udara Pulau Sumatera, ditakdirkan Allah S.W.T. beberapa kepulan awan mengundur diri. Lalu tersingkap satu pemandangan indah. Maha Suci Allah. Sebuah gunung berapi diperlihatkan sedang memancutkan sedikit wap panas. Sungguh teruja dengan pemandangan ini. Kamera digapai dan 'shutter'  diketik seberapa banyak untuk merakamkannya.  Cuma ketika itu Cikgusir tidak pasti nama gunung itu. Ada juga Cikgusir bertanyakan pada seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah Cikgusir, namun dia juga tidak pasti akan nama gunung ini. Akhirnya Cikgusir ketemukan namanya dengan menggunakan perisian Google Earth. Lagi gambar di sini  

Bila Lensa Bicara: Bukit Tinggi 01

Imej
Sayap Kapal Terbang AirAsia Ketika Malaysia meraikan Hari Malaysia pada 16 September tempohari, Cikgusir menyambutnya dengan terbang ke negara jiran bersama-sama rakan-rakan yang 'pengen' ber'shopping'. Mungkin kelihatan agak tidak patriotik tetapi Cikgusir memilih untuk menyambutnya di sana kerana ingin melihat suasana masyarakat yang mungkin agak berbeza daripada tempat sendiri. LAIN PADANG LAIN BELALANG, JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN dan HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG antara ungkapan yang menggamit hati pengembara ini untuk merasai secebis pengalaman berada di negara orang dengan berbekalkan sebuah kamera dan sedikit wang saku :).

Bila Lensa Bicara: Dari kerana mata

Imej
PANTUN Apa guna pasang pelita,  Kalau tidak dengan sumbunya;  Apa guna berpandang mata,  Hati tidak dengan sungguhnya. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Bila Lensa Bicara: Dollar Sepanyol (Spanish Dollar)

Imej
Dollar Sepanyol: (depan) Tertulis: "CAROLUS IIII DEI GRATIA 1801 "/Charles IV by the Grace of God, 1801 Dollar Sepanyol: (belakang) HISPAN[IARUM] ET IND[IARUM] REX M[EXICANUS] 8 R[EALES] T H" /King of the Spains and the Indies, Apa benda ni? Nak dijadikan cerita, Cikgusir nak kira duit syiling dalam tabung yang ada dalam simpanan untuk dimasukkan ke dalam bank. Macam biasa kadang-kadang ada juga terselit duit luar negara. Yang selalunya adalah seperti duit Indonesia, Thailand atau pun India. Tapi hari ni agak pelik bila Cikgusir tengok matawang ni bertulis dengan bahasa Latin, manakala ada pula tercatat tahun 1801 pada syiling tersebut. Cikgusir syak ini adalah wang lama iaitu Dollar Sepanyol yang mana suatu ketika dulu dijadikan matawang antarabangsa seperti mana matawang Dollar Amerika Syarikat ketika ini. Maka Cikgusir pun menggunakan carian wikipedia untuk mengesahkan rasa syak itu. Perihal Dollar Sepanyol... Menurut sumber wikipedia , mata

UPSR 2012

Imej
UPSR tiba mendahului peperiksaan utama yang lain. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Bila Lensa Bicara: Terbaca tuit teringat Si Kichap

Imej
Si Kichap yang handsome. Sedang 'scroll down' 'TimeLine' twitter Cikgusir tiba-tiba terbaca tuit di bawah ni, langsung teringat pada Si Kichap dan ada rasa nak upload gambar dia ni. Tuit pasal kucing yang menyentuh perasaan Tuit di atas pada Cikgusir adalah satu teguran yang baik buat sesiapa yang membawa nama baik umat sesuatu agama, biarlah imej agama yang di bawa itu selari dengan amalan dan cara hidup kita. Jangan pula cakap tidak serupa bikin.Cikgusir pun tak faham macammana sesetengah daripada kita tergamak buat aniaya pada kucing. Cuma tengok roman wajah kucing di atas? Ada sampai hati nak tendang? ish... Lagipun perihal kucing sudah lama berkitar di dalam kehidupan masyarakat Melayu. Cikgusir pun dah banyak muat naik gambar-gambar kucing dalam blog ni. Jikalau kita gelintar laman web carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP pun, akan kita temui banyak pantun-pantun dan peribahasa yang berkaitan dengan kucing. Antaranya: PANTUN Ambil

Buai laju-laju

Imej
Mood peperiksaan sudah menjelma.

Selamat Menduduki Percubaan SPM

Imej
Percubaan SPM sedang berlangsung. Jadikan ianya sebagai penanda aras pencapaian anda.

Hari Kemerdekaan ke-55 MERDEKA!

Imej
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55  ♫ Fajar telah tiba nan menyinsing membawa harapan... tanah semenanjung...tanah semenanjung... permata nilam...♫ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!  (Bahtera Merdeka) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Kelapa Sawit itu juga Kelapa Bali

Imej
Kelapa sawit. Komoditi yang berharga. Tanda keadilan Tuhan memberi nikmat pada manusia mengikut kesesuaian iklim. PANTUN Dua tiga kelapa bali,  Papan di Jawa saya tarikkan;  Dua tiga boleh dicari,  Tidak sama semacam tuan. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) >> LAGI GAMBAR <<

Bila Lensa Bicara: Anggerik itulah Orkid

Imej
Dalam pada menghadiri program ziarah menziarahi Cikgusir terjumpa pelbagai jenis bunga ini di kawasan halaman sebuah rumah yang dikunjungi. Pasti ada juga yang boleh dipelajari dari pantun-pantun lama. PANTUN Sayang anggerik bunga di hutan,  Patah tangkai terkulai layu;  Cantik di muka nampak kelihatan,  Buruk di hati siapa tahu. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga) >> LAGI GAMBAR << P/s: Sebab bunga ni cantik barangkali orang Amerika jadikan dia watak Adiwira satu ketika dahulu..

Bila Lensa Bicara: Pengajaran dari mendekati sepohon pokok.

Imej
Cadangan berjalan-jalan... Pada suatu hari di dalam bulan Syawwal, Dak Kecik mencadangkan kami pergi ke i-City di Shah Alam. Cadangan itu diterima sebulat suara oleh seluruh ahli keluarga. Di dalam perjalanan, macam jalan agak lengang, cuma apabila tiba di kawasan plaza tol, tiba-tiba sebuah kereta memecut laju memintas kenderaan kami sedang had laju di kawasan itu ditetapkan 60km/jam yang terpampang pada PAPAN TANDA DENGAN CETAKAN YANG BESAR.  Tiba di i-City... Setiba di sana, dengan spontan setelah terlihat lampu berwarna-warni yang begemerlapan itu, tiba-tiba fikiran Cikgusir mencetuskan sesuatu untuk mengingatkan perihal satu kisah yang berlaku sangat lama dulu iaitu sebelum manusia dilantik menjadi PENGUASA di BUMI. Satu kisah yang menceritakan UNDANG-UNDANG PERTAMA yang perlu dipatuhi, namun dengan sedikit bisikan yang busuk MANUSIA kecundang dan melanggar UNDANG-UNDANG PERTAMA itu... Inilah petikan kisahnya. Suatu pohon yang cantik dengan buah dan daun yang berw