Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Perbezaan Kedudukan Bulan Pada 13 Ramadhan 1441 dan 13 Ramadhan 1440

Imej
Kedudukan Bulan Penuh pada malam 13 Ramadan 1441/6 Mei 2020 Kedudukan Bulan Penuh pada malam 13 Ramadan 1440/18 Mei 2019 PERIHAL LANGIT MALAM YANG KITA LIHAT Di dalam ilmu falak pengiraan yang tepat adalah penting. Tarikh dan waktu dihitung dgn peredaran bulan dan bintang dengan sifir dan perkiraan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli falak atau astronomi. Pada tahun 2019, Cikgusir mula membaca beberapa artikel yang menyatakan kedudukan bintang dan bulan berubah mengikut tahun. Dari situ timbul keinginan untuk melihat sendiri keagungan aturan ciptaan Allah. Langit yang kita lihat di hadapan mata kita pada setiap hari dihiasi dengan bintang-bintang. Bintang-bintang itu pula dilakarkan dengan pelbagai bentuk oleh ahli-ahli falak atau ahli-ahli astronomi dengan pelbagai nama dan bentuk. APA YANG DIPERKATAKAN DI DALAM AL-QURAN Di dalam Surah Al-Hijr, Allah SWT telah berfirman di dalam ayat 16, "Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bent