Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Storan sekunder dan pendaftaran program sarjana...

Imej
Semalam aku mendaftar untuk Program Sarjana (Master) di UPSI. Satu langkah menyambung pelajaran selepas memperoleh ijazah pertama di dalam bidang pengajaran bahasa kedua. Kali ini aku menyambung di dalam bidang yang sama dengan harapan, dengan memperoleh tambahan ilmu di dalam bidang ini dan aku akan terus menyumbang tenaga di dalam bidang pendidikan di Malaysia. Bertemu kawan-kawan baru juga satu kegembiraan di hari pendaftaran. Namun ada satu lagi perkara yang menarik perhatian; iaitu cenderamata yang diberikan kepada setiap pelajar. Kebiasaan yang pernah aku dapat adalah sekaki payung, sebuah beg dan sebatang pen berimej korporat. Pada kali ini set yang diberikan mengandungi sebuah beg yang di dalamnya ada sebuah buku rujukan APA, Tag dan juga pemacu flash (flashdrive). Memang berlainan betul; akan tetapi semua barang-barang tadi amat berguna buat seorang pelajar. Terima Kasih buat Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris... Lagi catatan boleh dibaca di sini:

Bukan bunuh diri... Walaupun musim

Imej
Hari ni aku pergi daftar ke tempat kerja baru. Bagaikan sirih pulang ke gaganglah kata orang tua-tua sebab memang dari kecil aku membesar di sana dengan nenek ku. NENEK ... orangnya masih gagah lagi... pernah aku tanya umurnya... sekejap 40 tahun sekejap 60 tahun... lantaklah malas nak tengok IC dia...(Tapi aku rasa dah menjangkau 80-an). Antara aktiviti -aktiviti yang boleh dilakukannya seorang diri adalah pergi ke Kuala Lumpur dan menaiki tren komuter dan LRT ke rumah anaknya. Tapi hari ni memang lagi hebat. Selepas selesai urusan lapor diri, aku singgah sebentar di rumah nenek ku yang tak jauh dari lokasi tempat bertugas. Kelihatan laman bagai baru dibersihkan (disapu dan daun-daun kering dan separa lembab telah dibakar). Aku terus ke pintu rumah. Eh.. Berkunci... "Assalamualaikum Nek.. oo... nek...! Ada kat dalam ke?" agak lama tiada jawapan. Pada fikiranku barangkali nenek pergi ke rumah makcik Kiah sebelah rumah... ku ulang salam yang ku jeritkan tadi... "Uiii....

Food Close-Up

Close-up gambar-gambar ni di ambil ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali di SMK Serendah

Lumut dalam pasu...

Dapat hobi baru kali ni. Fotografi close-up (super-micro mode). Untuk paparan pertama terimalah keindahan alam lumut di dalam sepasu pokok palma di rumah ku. Arahan: Klik pada ikon 'play' dahulu. Untuk gambar besar, klik pada ikon 'full-screen'. Untuk keterangan gambar, klik pada gambar tersebut dalam mod 'full-screen'.

Satu Puisi Yang membuatkan kita berfikir...

RATU ANJING; YANG MELENGKING ITU - (Panggak Binasa Terlajak Kata) I Ratu anjing itu pun melengking, menyalak galak mengasah taring, setelah lepas tersepit pengancing, lalu keluar dari akal yang sinting, munci; Wajah yang sering berpaling dan sanggah yang polang-poling menunjuk telunjuk berkait kelinking. Makhluk juga; Takdirnya dia ... anjing tabiat 'bagai melihat bayang di air yang bening'. II Masyarakat anjing itu pun riuh menyambut pulang seorang tokoh dari paksina kedaksina gamat gemuruh menggoncang tulang-tulang tanpa roh pameo pusaka dari benua jauh, panggak yang terlanjur angkuh, alibi 'telur tembelang' di hari ketujuh, telah jatuh ke wajah ratu yang selingkuh menggadaikan kabilah mudah diperbodoh III Suci suatu subuh itu terganggu, salak anjing antara azan yang syahdu melihat kelibat siluman dan hantu, tawakal muazin menuju nawaitu tertip titipan taqwa pada yang satu biarkan ratu anjing itu menyalak waktu, bukit bukau tetap jitu gunung-ganang tetap padu, manusia

Masuk politik la sekejap... kejap je tau...

Imej
Sumber gambar, Utusan Malaysia, 26 September 2008, Jumaat, Muka hadapan Tengah aku duk belek-belek surat khabar Utusan Malaysia hari ni, belum pun buka muka surat dua, mata aku otomatik tertumpu pada gambar mamat sorang ni. Bukan sebab dia handsome ke pa ke, cuma tertarik dengan kenyataan bahawa dia disekat daripada berjumpa ahli-ahli di dalam parti politiknya. La... itu pun nak cerita ke bang oi? Itulah yang dinamakan cabaran di dalam berpolitik terutamanya bila berkempen untuk rebut sesuatu posisi di dalam parti, kalau takut dan tak sanggup, buat apa tawarkan diri bertanding. Kenyataan mamat ni jugak mengingatkan aku pada kisah mantan PM Malaysia yang ke-4. Dia pun pernah kena sekat jugak daripada berjumpa dengan ahli-ahli parti dia walaupun dia paling banyak berjasa kepada negara.. (tengah pikir-pikir apa jasa mamat dalam gambar ni pada negara..), agak-agak siapa lah yang punya kerja menyekat mantan PM ni ye... Kesimpulannya, tak perlulah nak dihairankan kalau awak pun kena sekat...

Set catur+Kamera Digital= Ekspresi Rasa Bosan

Imej
Apa benda ni? Ada pertandingan catur ke? Nak tau klik sinilah...

Hari Persandingan Rakan SeFakulti

Imej
Hari ini aku menghadiri majlis persandingan rakan se Fakulti ketika menuntut di UPSI. Persandingan Muhammad Faisal bin Abdul Jalal dan pasangannya Siti Munirah. Bagi rakan-rakan yang tidak berkesempatan hadir, di sini aku bingkiskan foto-foto dan video pendek yang sempat aku rakamkan. ------------------------- Gambar 01: Pasangan pengantin diarak menuju ke pelamin sambil diiringi paluan kompang. Gambar 02: Pengantin Bersanding. Bagai merpati dua sejoli gituu... Cayalah zal... Very the Jinggo... Gambar 03: Gambar yang ni aku tak tengok pengantin. Aku tengok air yang warna pink tu... Gambar 04: Aku Sang empunya blog dan Selvakumar sedang menyibuk bergambar. Pengantin sebenarnya lapar nak makan tu... Nasib korang la... Gambar 05: Kereta V.I.P yang hadir. Korang bacalah sendiri catatan kat plat kereta tu. Video Pendek Sekitar persandingan Faisal dan Yanee ENGLISH VERSION

Lama gak tunggu.. akhirnya

Imej
Dari tahun 2004 aku membelainya. Datangnya bukanlah dari luar negara. Tetapi namanya persis nama orang-orang atas angin. Ketika aku berurusan di Kuala Lumpur isteriku menghubungi ku menceritakan hadirnya beberapa 'butir-butir' sulung Si Artocarpus Altilis. Gembira jugak mendengarkannya... ( Baca lebih lanjut )

Suatu monolog... penyesalan atau... ?

Benarlah sebagaimana digambarkan orang-orang terdahulu di dalam puisi-puisi dan bahasa-bahasa yang indah bahawa hidup di dunia ini merupakan satu perjalanan yang penuh dengan keindahan yang dapat kita kecapi melalui pengalaman dan ujian. Walaupun apa yang dilalui di sepanjang lebuh kehidupan dunia ini sepanjangnya hanyalah kedukaan, kepahitan, kesengsaraan namun kemanisan atas tiap pengalaman-pengalaman tadi tetap ada kemanisannya. Kemanisan itu hadir di dalam kematangan kita menilai salah laku dan tindakan kita di dalam meniti suratan hidup. Melihat takdir yang telah berlaku juga merupakan saat indah untuk dikenang. Betapa DIA yang MAHA PENGASIH, membiarkan sahaja kita melakukan dosa tanpa menghukum ketika kemungkaran kita lakukan. Akhirnya kesedaran ditimbulkan juga oleh-NYA agar kita tidak terus-menerus bergelumang dengan kemungkaran. Untuk keluar dari kenikmatan yang mungkar amatlah pedih dan pahit untuk dihadapi. Akan tetapi pedih dan pahit itu kemudiannya menjadi indah dan nikmat

Mencuba teknologi morphing....

MyHeritage : Family tree - Genealogy - Celebrity