Jumaat, Februari 10, 2012

Si Kicap yang terlena

Si Kicap yang terlena selepas makan
Alhamdulillah selesai berkursus selama 3 hari di English Language Training Centre, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Sempat juga bersolat jumaat. Sampai sahaja di rumah CIKGUSIR terus diterpa SI Kicap yang nampaknya macam lapar betul. Mungkin selama 2 hari lepas dia ni tak makan sebab anak-anak dan orang rumah sibuk menguruskan hal anak sulung kami yang selesai mendaftar di MRSM Kampus Tun Abdul Razak Trolak. Jadi bila CIKGUSIR beri dia makan terus je dia sambar. Lepas tu dia minum dan terus baring dan terlena. Letih betul nampaknya tu.

Jumaat, Januari 13, 2012

Selasa, Januari 10, 2012

Sabtu, Disember 03, 2011

Hitam Metalik

AL-KISAH:
Adalah suatu kisah apabila satu orang dalam ceramah politik menyebut dan menggelar satu orang lain dengan nama HITAM METALIK. Sambil itu disahut dengan gelak ketawa para hadirin yang bersama-sama mendengar ceramah itu.


"Kucing HITAM METALIK Cikgusir. Baik budaknya... Sopan... boleh buat menantu"

Ha ha ha... bestnya ketawakan... ha ha ha... ketawakan lagi ... HITAM METALIK nya dia ... ketawakan lagi.... !!!

Ha ha ha... dah puas ketawa? So, apa dapat? dapat pahala? Entah.. Cikgusir tak ada jawapan samaada dapat pahala atau tidak kerana urusan itu bukan Cikgusir yang punya... itu DIA DI ATAS SANA punya urusan.

MARI KITA FIKIR SEJENAK:
Ok. Mula-mula kita pegang dagu... kemudian pandang ke atas... Hmm... Ya Rabbi... Rupanya kita dah ketawakan orang yang seagama dan seaqidah dengan kita. Apa dosa dia pada kita ya...? Yang mengutuk tu pulak bukan seagama dan seaqidah dengan kita. Tapi kita merelakan saudara kita diejek sedemikian rupa. Indah sungguh perilaku kita. Bukankah umat ISLAM itu BERSAUDARA?

Kita yang duduk dengar ceramah tu, selalu kita kata kita ikut sunnah RASULULLAH S.A.W. Kita bela janggut, kita pakai serban, kita berpoligami... semua itu sunnah... kita ikut... TAPI KENAPA YE, akhlak RASULULLAH kita tidak ikut?

Hmm... barangkali kita terlupa agaknya... tak apalah... kalau lupa kita dah sedar, kita bertaubatlah...

Mari.... sama-sama kita beristighfar... ASTAGHFIRULLAH ALAZIM...

Amin... Mudah-mudahan kita diampunkan dan TALI PERSAUDARAAN sesama kita dieratkan. AMIN-AMIN YA- RABB AL-A'LAMIN.

Perihal Beri Hitam, Blogger dan Tumblr

Bentuk baru Blogger.Com


Dah lama jugak Cikgusir tidak menekan-nekan kekunci 'keyboard' pada ruangan Blogger.Com ni. Tiada alasan lainlah yang Cikgusir boleh beri. SIBUK. Dalam pada itu rupa-rupanya dah ada ciri-ciri baru di sini. Bila ada pembaharuan tu, faham-faham saja lah. Kena la pulak membiasakan diri dengan rekabentuk baru ni. Jadi ambil masa la jugak.



Dalam pada itu Cikgusir agak terpesona dengan TUMBLR.COM. Sebab apa? Rekabentuknya agak simple dan mudah di akses melalui khadam Cikgusir - "Si Beri Hitam".

Khadam sedang diulit tangan anak bujang sulung Cikgusir.

Blogger.com buat masa ni belum ada ciri-ciri untuk Blackberry Smartphone. Jadi buat masa ni Cikgusir mempunyai kecondongan ke arah menggunakan TUMBLR.COM. Sehinggalah Blogger.Com menjadi mesra kepada spesis bangsa khadam Cikgusir "Si Beri Hitam'. TUMBLR Cikgusir boleh di akses di :



Rabu, November 23, 2011

Beri hitam

Saja je cikgusir nak cuba pakai beri hitam untuk update blog.

Sabtu, November 12, 2011

kerja waktu pejabat

Tahun depan nampaknya ada perkara baru buat guru-guru selain daripada perlaksanaan MBMMBI. Cikgu-cikgu dari beberapa sekolah rintis akan mula kerja waktu pejabat. Ada sumber-sumber yang kata perkara ini disebabkan cikgu-cikgu tidak lagi dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang tidak relevan.

(Baca berita di sini: UTUSAN MALAYSIA ONLINE)
Guru kerja 9 jam mulai tahun 2012?

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Jumaat, Oktober 14, 2011