FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Jumaat, Jun 16, 2017

Kita adalah 'Alien'.


 Salam Jumaat 21 Ramadan 1438. 
Post hari ni tak ada apa sangat. Cuma lintasan fikiran je sebab apabila pagi ni Cikgusir scroll timeline Twitter, terbaca pula post ni... 

Langsung teringat satu ayat dari Surah al-Baqarah (ayat-30) yang menerangkan satu peristiwa sebelum manusia diciptakan. Ayat itu merakamkan interaksi Allah dan para Malaikat yang berdiskusi tentang rancangan penciptaan manusia untuk dijadikan sebagai spesis dominan di bumi (Khalifah).




Maksud ayat,

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."
---
Kita alien? Dari segi logik jawapannya adalah 'ya'. Kita dijadikan di suatu tempat lain dan kita dihantar ke bumi untuk mencipta tamadun serta memakmurkannya dengan cara yang dipandu oleh Sang Pencipta. Namun ianya hanyalah satu tugasan sementara yang mana, kita semua akan dipanggil pulang pada satu ketika yang telah ditetap dengan membawa catatan amalan masing-masing untuk di nilai.

---

Wallahu A'lamu Bissawab 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.