FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Isnin, April 09, 2007

Iklan Si Aiman

Pernah dengar tak promo tentang pesakit HIV yang mana watak seorang kanak-kanak bercerita tentang kawannya yang HIV positif bernama Arif. Bagus iklan tu.. Tapi ada pulak seorang penyampai radio SINAR.FM yang agak kreatif telah "meng-alter" iklan tu. Aku terbaca kisah yang diubahsuai tu. Dari kisah HIV jadik pulak kisah Suami-Isteri. Kisah ni di tulis oleh penyampai radio ABBY FANA. Cayalah Abby... memang keless lawak tu.. camner le Si Abby ni boleh terfikir nak tulis kisah baru dari kisah Si Aiman tu.

Aku rasa cikgu-cikgu boleh implementkan skill ni bagi pengajaran dalam kelas. Kalau dalam subjek Bahasa Inggeris misalannya boleh guna untuk "Creative Writing". Cari satu kisah dan suruh murid-murid tulis kisah tu mengikut kreativiti masing-masing. Buat satu cerita rekaan. Tapi aku rasa skill ni sesuai untuk "advance learner".

KISAH AIMAN YANG DI UBAHSUAI...
Kak Aina Tak Kisah

Akak ada sorang suami, dia lebih berumur dari akak, dia kecik aje, badan kecik, gaji pun kecik tapi dia jarang fikir posi....positip. tiap2 hari, dia asyik sebut nak kahwin 4, akak tak kisah, akak tau dia memang suka main-main...bila akak tak layan, dia mula lain macam, akak tak kisah, dia marah akak, akak tau kalau akak kisah, teruk dia akak belasah, jadi lebih baik akak tak kisah.
JIKA ISTERI SEPERTI KAK AINA TIDAK MENG'AISKRIMKASI', MENGAPA PERLU ANDA MEN-AISKRIM DAN MENGKARIPAPKASI-KAN SUAMI ANDA!!! .......pesanan itu tadi dibawakan oleh khidmat pesanan pisang2 goreng seMalaya.

Abg Leman Tak Kisah

Abg ada sorang isteri, dia nampak dah berumur, abg memang kecik ati dgn dia, tapi abg tak kisah, abg main2 aje cakap nak kahwin 4, tapi dia tak posi...positip langsung! abg tak kisah kalau dia main-main aje, tapi dia marah betul2. dia sorokkan tayar kete abg, mana boleh buat tak kisah. kalau abg tak kisah, mana gayanya abg nak pi keje. tolong lah abg pujuk dia. abg main2 jer tapi dia ye ye o percaya, abg kisah dan abg resah, tau!!!
KALAU SUAMI SEPERTI ABG LEMAN TIDAK MEN'DISPENSARI', MENGAPA PERLU ANDA MEN'DISPENSARI'KAN ISTERI SENDIRI..SABAR AJE SUDAHLAH. ......pesanan itu tadi dibawakan oleh khidmat suami TSB (Terlebih Sayang Bini) Semenanjung.

Kisah ini di tulis oleh Abby Fana, penyampai Sinar.FM