Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Rutin Telefon Bimbit ku di Hari Guru...

Imej
Kesian pun ada pada Si telefon bimbit ku yang jenamanya macam jenama kereta + minuman bergas itu. Setiap minit ianya menerima pesanan-pesanan teks yang mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat tuannya... di bawah adalah pesanan-pesanan yang telah diterima... A good teacher is like a lighthouse. It doesn't ring bells or fire guns to call attention to its luminance. It simply shines. HAPPY TEACHER'S DAY Selvakumar Selvarajan God has given EYES: to look at you. HANDS: to pray for you. MIND: to remember you. HEART: to think of you and MOUTH to wish you HAPPY TEACHER'S DAY! Robert Collins Bertaring tidak mengerkah, berkuku tidak mencakar, berkuasa tidak memaksa, berpengetahuan tidak membodohkan, berpangkat tidak menghembat, berani tidak melesi, berakal tidak menjual, berharta tidak aniaya, tinggi tidak menimpa, besar tidak meledan, bertaji tidak memupur. Guru Pembina Negara Bangsa... SELAMAT HARI GURU 2009 Shamsudin Adnan Dulu dia pegang rotan kau kata dia garang, Bila dia lambat masu

Ku Tanyakan Pada Sang Guru...

Imej
Ku Tanyakan Pada Sang Guru Wahai guru ku, ceritalah apa asal mu... Hai anak... Aku juga insan seperti mu dulu Mentah tiada haluan namun terima bimbingan Oleh Sang Guru seperti ku Pelbagai nasihat sebagai iringan Wahai guru ku, katakanlah apa pinta mu... Hai anak... Hadiahkanlah aku sebutir bintang kejayaan Cukup bagi ku untuk dibawa sebagai kepuasan Bagi mu ia kejayaan Bagi ku ia anugerah sepanjang zaman Wahai guru ku, ceritalah apa rahsia mu Hai anak... Terpikul atas ku tanggungjawab maha berat Tugas mendidik sebagai amanat Akan dihisab di Hari Akhirat Wahai guru ku, berikanlah aku satu amanat... Hai anak... Gunakanlah segala ajar ku Untuk bekal diri mu Agar tiada susah menghurungi mu Terpakailah ia sebagai ilmu Wahai guru ku, Terima kasih atas luangan waktu mu buat diriku... mendidik dan memimpin ku agar terdidik jiwa bersamanya berkembang ilmu mampu bersaing sebagai insan dan khalifah ALLAH di bumi warisan nenek moyang ku... Nukilan, Cikgu Faisal Farish 16 Mei 2009 Sempena Sambutan