Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Hari Pertama: Ke Sekolah Islam Harapan Ibu

Imej
3 MEI 2017 (Rabu) Setiba di sana, Cikgusir dijemput oleh rakan guru (juga bekas peserta kursus yang Cikgusir pernah ajar) iaitu Imas Choirunnisa. Terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di Kost Golden Mansion bagi tujuan penginapan selama 5 hari 4 malam di Jakarta. Setelah selesai checked-in terus saya dibawa ke Sekolah Islam Harapan Ibu untuk melihat tempat dan berjumpa dengan beberapa orang guru di sana. Kost Golden Mansion Di sinilah Cikgusir menginap.Kost Golden Mansion di Jalan Haji Goden, Jakarta Selatan. Di sini pekerja seorang tu bertanya kepada Cikgusir dengan cuba mengajuk cara cakap orang Malaysia apabila dia tahu saya dari Malaysia. Begini lebih kurangnya... "Oo.. bapak dari Malaysieee... Upin Ipin di maneee... sudah makenn keee"... ha ha.. lucu pulak dengarnya... cakap Indonesia sahaja cukuplah bro.. saya faham.. he he Di bilik ini Cikgusir duduk berbual-bual dengan beberapa orang guru di sana. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan

Hari Pertama: Perjalanan

Imej
Perjalanan dimulakan dengan menaiki pesawat MALINDO AIR OD316, perjalanan pada hari itu adalah lancar dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit. Dah lama juga Cikgusir tak naik pesawat MALINDO AIR ni. Yang paling akhir dulu masa saya ke Bali. Hmm.. Hidangannya juga sedap ni... Kan dah kata.. sedap... Gin and tonic? ha ha.. nope... Pepsi and plain water Dari ketinggian 38,000 kaki (menurut pengumuman dibuat oleh juruterbang). Alhamdulillah. Selamat mendarat di lapangan terbang Sukarno-Hatta, Jakarta, Indonesia.

Kembara Jakarta-Yogyakarta 2017: Prelude III

Imej
Sehari sebelum berangkat, datang pulak 'teaser' dari tanah Jawa. Ibu guru Fitri Sukmawati menghantar gambar tempat menginap ketika di Yogyakarta nanti. 'NDALEM SOERATIN' nama guest house tersebut. Makanya keterujaan ketika ini semakin menebal... laman kecil yang nampak agak santai kaki lima yang kemas Dekorasi gaya Indische  Kemas Portal to the slumberland Teringat setting rumah dalam cerita 'Surga yang tak dirindukan'.

Sehari sebelum: Prelude II

Imej
Malam ini sesudah solat maghrib, saya berdoa agar perjalanan saya untuk kembara pada kali ini dipermudahkan dan mencapai matlamat yang dihajati. Selesai dengan doa itu, dengan niat diberikan sedikit petunjuk dari-NYA, saya mencapai al-Quran; jari memilih secara rawak mukasurat dari kitab itu... antara yang tercatat di dalamnya adalah dari surah ini Alhamdulillah. Paparan sebahagian ayat di dalam ayat ini, menyejukkan hati... "...Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." Tenang rasa hati ini yang perjalanan Cikgusir nanti direstui oleh-NYA. Amin.