Hari Pertama: Ke Sekolah Islam Harapan Ibu
3 MEI 2017 (Rabu)
Setiba di sana, Cikgusir dijemput oleh rakan guru (juga bekas peserta kursus yang Cikgusir pernah ajar) iaitu Imas Choirunnisa. Terus dibawa ke tempat penginapan iaitu di Kost Golden Mansion bagi tujuan penginapan selama 5 hari 4 malam di Jakarta. Setelah selesai checked-in terus saya dibawa ke Sekolah Islam Harapan Ibu untuk melihat tempat dan berjumpa dengan beberapa orang guru di sana.

Kost Golden Mansion |
Di sinilah Cikgusir menginap.Kost Golden Mansion di Jalan Haji Goden, Jakarta Selatan. Di sini pekerja seorang tu bertanya kepada Cikgusir dengan cuba mengajuk cara cakap orang Malaysia apabila dia tahu saya dari Malaysia. Begini lebih kurangnya...
"Oo.. bapak dari Malaysieee... Upin Ipin di maneee... sudah makenn keee"... ha ha.. lucu pulak dengarnya... cakap Indonesia sahaja cukuplah bro.. saya faham.. he he
Di bilik ini Cikgusir duduk berbual-bual dengan beberapa orang guru di sana. Dapatlah juga bertukar-tukar pandangan dan berkenal-kenalan dengan guru-guru di sana. Antaranya Pak Ariffin dan Pak Habshi. Di sini juga saya baru dapat tahu bahawa pasukan Pengakap disebut 'Pramuka'.
Perpustakaan Sekolah Islam Harapan Ibu. Mengingatkan Cikgusir pada sekolah-sekolah yang paling uzur di Malaysia. |
Antara buku-buku yang ada kebanyakannya di dalam Bahasa Indonesia. |
Setelah selesai... masa untuk berehat di tempat penginapan... I was so tired... 'kecapean' dalam bahasa Indonesianya.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.