FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Isnin, September 10, 2012

UPSR 2012

UPSR tiba mendahului peperiksaan utama yang lain. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

Isnin, September 03, 2012

Bila Lensa Bicara: Terbaca tuit teringat Si Kichap

Si Kichap yang handsome.


Sedang 'scroll down' 'TimeLine' twitter Cikgusir tiba-tiba terbaca tuit di bawah ni, langsung teringat pada Si Kichap dan ada rasa nak upload gambar dia ni.

Tuit pasal kucing yang menyentuh perasaan

Tuit di atas pada Cikgusir adalah satu teguran yang baik buat sesiapa yang membawa nama baik umat sesuatu agama, biarlah imej agama yang di bawa itu selari dengan amalan dan cara hidup kita. Jangan pula cakap tidak serupa bikin.Cikgusir pun tak faham macammana sesetengah daripada kita tergamak buat aniaya pada kucing. Cuma tengok roman wajah kucing di atas? Ada sampai hati nak tendang? ish...

Lagipun perihal kucing sudah lama berkitar di dalam kehidupan masyarakat Melayu. Cikgusir pun dah banyak muat naik gambar-gambar kucing dalam blog ni. Jikalau kita gelintar laman web carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP pun, akan kita temui banyak pantun-pantun dan peribahasa yang berkaitan dengan kucing. Antaranya:

PANTUN
Ambil limau di tepi beting, 
Beting ada di kebun limau; 
Kalau rimau gurunya kucing, 
Kenapa kucing takutkan rimau?

(Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

PERIBAHASA

Memukul kucing di dapur.
 
Takrif: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai).
 
(Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)