FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Rabu, Mac 24, 2010

Bual bicara di Stadium Proton City

Gambar 1: Arena lompat tinggi yang berlatar belakangkan banjaran Titiwangsa

Gambar 2: Acara Trek sedang berlangsung


Hari ini hari kedua Cikgu Sir bertugas di bahagian arena lompat tinggi MSSD Olahraga Hulu Selangor. Bersama-sama dengan beberapa orang guru yang lain, ada juga beberapa orang yang membantu. Dalam pada itu ada beberapa bual bicara sesama mereka yang menarik perhatian Cikgu Sir...

Bual 1:
Boy A: Panas jugak kan kita bertugas kat sini...
Boy B: Abis ko ingat ni musim salji ke?
Boy A: Tak la... bukan apa takde ke yang terfikir nak buat tiang tu otomatik?
Boy B: Huh... Macammana?
Boy A: Ye la... kan senang kalau palang tu jatuh dia naik sendiri ... macam kat bowling tu... pin disusun sendiri... lepas tu ketinggian pun dia otomatik naik sendiri...
Boy B: Abis tu nanti apa pulak tugas kita... tak de la nak merasa ikut sambil tengok Olahraga ni... apa la...
Boy A: Ye tak ye jugak...
Cikgu Sir: (kreatif jugak budak sorang tu... boleh jadi engineer Proton masa depan kot)

Bual 2:
Boy B: Aku pelik la...
Boy A: Pelik apanya?
Boy B: Proton City ni kat Tanjong Malim kan?
Boy A: Ye la.. ko ingat kat London ke?
Boy B: Tak la... aku pelik, kita kan MSSD Hulu Selangor, kenapa pulak buat kat Perak...
Boy A: Ye tak ye jugak kan... kenapa tak buat kat Stadium Shah Alam ke... hmm..
Cikgu Sir: (Macam-macam la kamu orang ni...)