FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Sabtu, Oktober 27, 2012

Bila Lensa Bicara: Berapa tinggi terbang bangau

 PANTUN
Orang petani membuat dangau, 
Dibiar kosong tidak bekerja; 
Berapa tinggi terbang bangau, 
Akhirnya di belakang kerbau juga.

(Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

PERIBAHASA

Seperti bangau kasihkan kerbau.
Takrif: Bersahabat kerana ada kepentingan diri sendiri.

(Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)



Khamis, Oktober 11, 2012

Bila Lensa Bicara: Danbo dan Tun M

Danbo dan Tun M
PANTUN

Kalau mencari tempat bermandi
Pertama teluk kedua pantai
Kalau mencari pemimpin negeri
Pertama elok kedua pandai

>>Lagi Gambar<<

Ahad, Oktober 07, 2012

Semalam Ular Hari Ini Burung

Bangkai anak ular yang dibunuh Shitam dan Kichap.
Semalam dua ekor kucing Cikgusir nak 'tunjuk hero'. Seekor anak ular ditangkap dan diletakkan di depan pintu rumah. Bila Cikgusir balik dua-dua sibuk berebut menguis bangkai ular bagai nak tunjukkan mereka berjaya membunuh makhluk ni.

PERIBAHASA

Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut.

Takrif: Yang jahat itu tetap jahat.

(Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)


Burung tekukur menjadi sarapan enak di pagi Ahad.
Bila Si Kichap datang mengecek, dia bawa lari ke celah pasu bunga. Kedekut dia ni.

Hari ini Shitam pulak bawa balik seekor burung tekukur sebagai sarapan pagi. Diletakkan depan pintu juga. Nak tunjuk hero lagi la tu.

PERIBAHASA

Burung terbang dipipiskan lada.

Takrif: Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. 

(Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu)


Selasa, Oktober 02, 2012

Bila Lensa Bicara 02: Bukittinggi 02

Gunung Berapi Tandikat
Di dalam penerbangan, mata melilau mencari kalau-kalau ada bentuk awan yang menarik untuk dirakam. Namun cuaca ketika penerbangan bermula tidak mengizinkan. Mata mengantuk namun tidak mahu lelap. Masih lagi melihat-lihat keluar tingkap. 

Ketika pesawat memasuki ruang udara negara Indonesia atau lebih spesifiknya di ruang udara Pulau Sumatera, ditakdirkan Allah S.W.T. beberapa kepulan awan mengundur diri. Lalu tersingkap satu pemandangan indah. Maha Suci Allah. Sebuah gunung berapi diperlihatkan sedang memancutkan sedikit wap panas. Sungguh teruja dengan pemandangan ini. Kamera digapai dan 'shutter'  diketik seberapa banyak untuk merakamkannya. 

Cuma ketika itu Cikgusir tidak pasti nama gunung itu. Ada juga Cikgusir bertanyakan pada seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah Cikgusir, namun dia juga tidak pasti akan nama gunung ini. Akhirnya Cikgusir ketemukan namanya dengan menggunakan perisian Google Earth.


Sebuah pulau
Tidak pasti ini pulau apa namun, Sumatera itu sendiri adalah sebuah pulau yang besar. Suatu ketika adalah tempat lahirnya sebuah kerajaan Melayu awal yang kuat iaitu kerajaan Srivijaya. Pulau ini dirakam ketika pesawat sedang berlegar di ruang udara kota Padang.

PANTUN PULAU

Pulau Bentan Pulau Daik,
Mercu bertaut nampak berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
Terbuang ke laut menjadi pulau.

(Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Pemandangan kota Padang dari udara. Kepadatan penduduk agak terserlah di situ.
Di saat pesawat berlegar-legar sebelum mendarat, ianya telah memberi peluang untuk Cikgusir merakamkan pemandangan kota itu dari udara. Kelihatan di dalam gambar menganjur satu sungai yang agak besar dan panjang.


Bila Lensa Bicara: Bukit Tinggi 01

Sayap Kapal Terbang AirAsia
Ketika Malaysia meraikan Hari Malaysia pada 16 September tempohari, Cikgusir menyambutnya dengan terbang ke negara jiran bersama-sama rakan-rakan yang 'pengen' ber'shopping'.

Mungkin kelihatan agak tidak patriotik tetapi Cikgusir memilih untuk menyambutnya di sana kerana ingin melihat suasana masyarakat yang mungkin agak berbeza daripada tempat sendiri.

LAIN PADANG LAIN BELALANG, JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN dan HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG antara ungkapan yang menggamit hati pengembara ini untuk merasai secebis pengalaman berada di negara orang dengan berbekalkan sebuah kamera dan sedikit wang saku :).

Isnin, Oktober 01, 2012

Bila Lensa Bicara: Dari kerana mata

PANTUN
Apa guna pasang pelita, 
Kalau tidak dengan sumbunya; 
Apa guna berpandang mata, 
Hati tidak dengan sungguhnya.

(Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Bila Lensa Bicara: Dollar Sepanyol (Spanish Dollar)

Dollar Sepanyol: (depan)
Tertulis: "CAROLUS IIII DEI GRATIA 1801 "/Charles IV by the Grace of God, 1801

Dollar Sepanyol: (belakang)
HISPAN[IARUM] ET IND[IARUM] REX M[EXICANUS] 8 R[EALES] T H"
/King of the Spains and the Indies,

Apa benda ni?
Nak dijadikan cerita, Cikgusir nak kira duit syiling dalam tabung yang ada dalam simpanan untuk dimasukkan ke dalam bank. Macam biasa kadang-kadang ada juga terselit duit luar negara. Yang selalunya adalah seperti duit Indonesia, Thailand atau pun India. Tapi hari ni agak pelik bila Cikgusir tengok matawang ni bertulis dengan bahasa Latin, manakala ada pula tercatat tahun 1801 pada syiling tersebut. Cikgusir syak ini adalah wang lama iaitu Dollar Sepanyol yang mana suatu ketika dulu dijadikan matawang antarabangsa seperti mana matawang Dollar Amerika Syarikat ketika ini. Maka Cikgusir pun menggunakan carian wikipedia untuk mengesahkan rasa syak itu.

Perihal Dollar Sepanyol...
Menurut sumber wikipedia, matawang ini merupakan matawang antarabangsa yang digunakan sebelum Amerika Syarikat melalui United States Mint mengeluarkan U.S Silver Dollar pada tahun 1794. Menurut sumber yang sama juga matawang di atas adalah siri yang terakhir sebelum Dollar Amerika Syarikat mengambil alih peranannya.

Matawang ini adalah matawang logam perak yang tulen. Ianya dikeluarkan dengan nilai pecahan ½, 1, 2, 4 dan 8 reales. Cikgusir juga pernah terbaca di dalam buku-buku sejarah terutama di dalam rentetan sejarah Johor-Riau di mana matawang ini banyak digunakan di dalam urusan perniagaan dan pembayaran pampasan; di dalam pembayaran gaji Sultan Hussein Singapura misalannya ada disebutkan nilainya dibayar dengan matawang Dollar Sepanyol.

Mengetahui akan kisah matawang ini, Cikgusir rasa sangat bertuah memilikinya dengan cara yang tidak disengajakan. Entah macammana boleh ada dalam tabung pun tak tahulah. Bertuah memilikinya kerana ia pernah tercatat penggunaannya di dalam banyak peristiwa-peristiwa sejarah di nusantara ini. Barangkali ia pernah menyimpan banyak rahsia perniagaan, konflik mahupun rasuah...