Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Gembirakah aku akan berita itu...?

Hmm... lama jugak laman blog ni aku tak update... (eh ... salah... kemaskini) dan dengan itu juga sudah lebih kurang lima hari pengumuman mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin. Semenjak dari pengumuman itu, di mana-mana pun aku ditanya mengenai pendapat ku. Jawapan ku hanyalah mudah..."Sudah diumum, apa guna diulas... keputusannya muktamad" walaupun di dalam hati terbit rasa kesal atas pengumuman itu. Lagipun siapalah aku di dalam dunia pendidikan untuk menentang keputusan muktamad itu. Akan tetapi, persoalan-persoalan terus aku terima bagai mendesak aku untuk memberi ulasan lebih lanjut daripada apa yang aku perkatakan di atas. Akhirnya terpaksa juga aku terjebak juga dengan memberikan beberapa hujah yang selama ini terpendam di fikiran ku. Perdebatan itu berlaku di dalam laman sosial "FACEBOOK". Aku termakan dengan komen provokasi yang dicatatkan di 'wall' peribadi salah