Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Cuba dipancing... Nice try bro!

Imej
Lokasi: Pasaraya Besar Macam Gergasi Bakal-bakal Mangsa: Cikgusir dan Mem Pengetahuan Sedia Ada Mangsa: Pengalaman melihat rakan ditipu Pernah dihampiri ajen-ajen gores dan menang Pernah membaca banyak buku psikologi Kronologi kejadian: Babak 01 : Gurau-gurauan Cikgusir: (sedang menunggu untuk membayar) Mat Auta 01: Akak, mari kak ... duduk sekejap saja ... 5 minit, dengar saja la. Sementara abang bayar dikaunter Mem: ( menerima pelawaan sebab malas nak berdiri serta mendengar dengan penuh khusyuk lagi tawadduk) Babak 02: Masuk Jarum Mat Auta 01 : Abang mari duduk dulu la dengar... tak perlu beli... saja mau kasi free gift... lain kali kalau ada wang dan minat boleh beli.. Cikgusir: (tumpang mendengar sambil memasang perisai anti-auta) Mem: (tersengih2 sambil mendengar auta) Mat Auta 01: (bercerita tentang keistimewaan produknya... lepas tu berhenti) Mat Auta 01: Nah abang buka kupon itu.. kita sama2 tengok apa abang dapat on the spot ni... Cikgusir: (mengaktifkan

Walaupun gua rempit... Dalam hati gua ada taman bro!

Imej
Memetik kata-kata Adnan Sempit "Walaupun gua rempit... Muka gua ganas.... Dalam hati gua ada taman bro!" Hari ni hati Cikgusir dah tersentuh la pulak... tak terkata... gambar di atas menceritakan segala-galanya... Pada Nur Afiqah... serius ni... memang Cikgu tak cam sangat sebab dah lama sangat. Memori karat sikit. Sabiha tu pun ada dalam memori sebab muka dia tak berubah... cenggituuuu je... Apapun moga Nur Afiqah sentiasa cemerlang...

Nak jadi cikgu... nak jadi cikgu....

Imej
Di dalam sebuah kelas yang tak ramai murid. Yang murid-muridnya nampak macam santai sahaja walaupun S.P.M. semakin dekat dan semakin dekat. Di hadapan kelas itu kelihatan Cikgusir sedang membebel tentang pentingnya membuat persiapan awal untuk kejayaan selepas S.P.M. Termasuklah pula ke dalam topik kerjaya. Minah Excited: Cikgu. Dari apa yang cikgu cakap tadi saya dah buat keputusan nak jadi guru lah. Cikgusir: Aikk... cepatnya buat keputusan. Minah Excited: Ya cikgu. Confirm. Saya memang nak jadi cikgu. Cikgusir: Tak payah lah... Minah Excited: Kenapa cikgu? Cikgusir: Kesian... Minah Excited: Apa yang kesiannya cikgu...? Cikgusir: Keshiannn.... (ko tau tak susah jadi cikgu ni) Minah Excited: Apa cikgu ni ... saya excited nak jadi cikgu ni... Cikgusir: Keshiann.. (tak payah la cik oii... ko belum rasa) Minah Excited: Hishh... cikgu ni ... saja la tu nak bagi saya putus semangat. (Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggg...... ) Cikgusir: Baiklah kelas... itu sahaja perbincangan kita