Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Imej
Setelah menziarahi Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama, Cikgusir ke destinasi yang seterusnya iaitu makam seorang lagi pembesar Johor Lama yang ditentukan Allah Taala akan nasib anakandanya (Bendahara Tun Habib Abdul Jalil) menyambung pemerintahan sebagai Sultan oleh kerana Sultan Mahmud II pada ketika itu dikatakan tiada meninggalkan zuriat. Merujuk buku 'Institusi bendahara permata Melayu yang hilang : dinasti bendahara Johor-Pahang' / susunan Tun Suzana Tun Hj Othman (2002), Bendahara Tun Habib Abdul Majid adalah ayahanda kepada Tun Habib Abdul Jalil yang naik takhta menggantikan Sultan Mahmud II pada tahun 1699. SEPINTAS LALU Ketika Sultan Mahmud II masih kecil, Bendahara Tun Habib Abdul Majid memangku jawatan Sultan sehingga Sultan Mahmud II dewasa dan layak memerintah. Tun Habib Abdul Majid kemudiannya mangkat pada tahun 1697 dan digantikan anakanda beliau Tun Habib Abdul Jalil. Apabila berlakunya peristiwa Sultan Mahmud II mangkat dibunuh Laksamana B

Hari Kebangsaan Ke-59: Sehati Sejiwa

Imej
Sesungguhnya NEGARA ini masih muda. Terbinanya dari pecahan-pecahan rumpun nusantara akibat dari tangan-tangan asing yang rakus menakluk bagai serigala. Apapun yang telah terjadi, sudah tersurat dan tersimpan di dalam lipatan sejarah untuk kita teladani sebagai panduan memacu NEGARA ini ke arah masa depan yang cemerlang. Di dalam menuju hari depan, sekali-sekala perlu juga menoleh ke belakang agar kesilapan tidak lagi berulang. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-59 #SEHATISEJIWA DIRGAHAYU TANAHAIR KU

Merentas Denai Masa: Makam Laksamana Bentan

Imej
Catatan ini merupakan sambungan siri catatan 'Merentas Denai Masa' yang memaparkan perjalanan singgah di tempat-tempat bersejarah di Kota Tinggi pada tahun 2012. Selepas catatan kedua iaitu ' MERENTAS DENAI MASA: KOTA JOHOR LAMA ', Cikgusir dilanda kesibukan yang membataskan masa untuk mencatat perihal tempat-tempat yang seterusnya. Hari ini ada sedikit waktu untuk Cikgusir kembali menulis berkenaan tempat yang seterusnya bertempat di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor. SEPINTAS LALU... Gambar: Lokasi berlaku kisah tragis pembunuhan Sultan Mahmud II oleh pembesar baginda yang bergelar Laksamana Bentan. Di sinilah pada tahun 1699 berlaku satu tragedi yang memutuskan jalur terakhir zuriat Kesultanan Melayu Melaka dan menyaksikan Bendahara naik menjadi Sultan mengikut hukum dan adat Melayu. Mangkatnya Sultan Mahmud II di tangan Laksamana Megat Seri Rama (atau juga dikenali sebagai Laksamana Bentan) tanpa meninggalkan zuriat telah menyebabkan Bendahara Tun Ha

Pra-Penulisan Catatan Perjalanan ke Kampung Gelam

Imej
Dalam tahun ini Cikgusir sudah berjaya menunaikan hasrat untuk melawat Pusat Warisan Melayu (Singapura). Hasrat tersebut timbul ketika melawat Makam Sultan Husain Shah di Tengkera, Melaka. Tapi jari jemari ni masih belum ada semangat hendak menulis. Ilham juga belum timbul. Apa yang mampu, Cikgusir guna THINGLINK untuk bina satu persembahan berdasarkan gambar di hadapan bangunan Istana Kampung Gelam.

How much do know about English Idioms?

How much do you know about English Idioms? Test your knowledge here.