FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Ahad, Mei 20, 2012

Bila Lensa Bicara: 'Apanama' yang tersenyum.


Akhirnya berjaya 'menangkap' Mr. Apanama untuk berada di dalam rak buku di dalam rumah saya. Namun masih menanti peluang untuk bertemu secara 'in-person'.

Isnin, Mei 14, 2012

KAD UCAPAN HARI GURU 2012


Dah lama rasanya tak design Kad Ucapan Hari Guru... 
Tiba-tiba dapat idea nak guna light trail ... maka inilah hasilnya...

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU SAYA DAN JUGA RAKAN-RAKAN KEGURUAN

Ahad, Mei 06, 2012

Buku 05: Biblioholisme Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

Biblioholisme Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya
Satu Ritual...

Sememangnya menjadi kebiasaan di dalam memilih buku untuk dibaca, Cikgusir pastinya mudah kagum dan tertarik pada kulit buku. Memanglah di dalam pepatah 'Orang Putih' yang 'cliche' ada disebutkan 'Don't judge a book by its cover'. Namun ia tetap menjadi perkara pertama yang Cikgusir laksanakan sebagai 'ritual' memilih buku. Seterusnya barulah Cikgusir akan membelek-belek kandungan buku tersebut dan membuat keputusan untuk membelinya atau tidak.

Capai dan Belek...

Jadi, di Pesta Buku Antarabangsa pada tahun ini, di gerai Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM), Cikgusir mencapai buku ini untuk dibelek kerana ia bagaikan telah direkabentuk untuk tangan-tangan ghairah mencapai buku ini untuk dibelek. Mengapa? Kerana warna tulisan bagi tajuknya (hitam) yang tidak kontra dengan warna latar belakangnya (buku-buku yang berwarna-warni yang tersusun di atas rak buku). Jadi, secara otomatik, tangan ini mencapai untuk melihat dengan lebih lanjut apakah tajuk yang tercatat di dalam warna hitam itu - BIBLIOHOLISME. Nah, satu lagi yang menarik, perkataan itu juga yang membuatkan Cikgusir tertanya-tanya akan erti istilah itu, ianya terjawab seketika dengan penjelasan berwarna putih di bawah tulisan hitam itu.

Tersindir, Disindir memang ianya 'da-bomb'...

Pada Cikgusir, secara peribadinya kekuatan daya tarikan buku 106 muka surat ini terletak pada 'sindiran' nya yang menyentuh situasi sebenar yang Cikgusir lalui sebagai seorang yang digelar BIBLIOFIL. Namun ia bukanlah satu sindiran yang mencerca tetapi ianya adalah satu bentuk pujian yang menyemarakkan lagi kebanggaan menjadi seorang yang BIBLIOFIL. Pada langkah awal membuka buka ini lagi sindiran itu telah terserlah; pada lipatan kecil kulit hadapan buku ini, ianya tercatat sebagai berikut,

"Dunia pencinta buku berbeza dengan dunia pembaca buku. Mereka bukan sekadar membaca, tetapi 'lahap membaca' bahkan jauh lebih ekstrem 'ekstasi membaca'. Dalam diri mereka terkumpul harmonis sifat rakus membaca, tamak mengumpul buku, gila membeli buku, dan kesemua ini menempatkan mereka dalam sebuah dunia yang cukup mempesonakan yang dikenali sebagai BIBLIOHOLISME."

Memang terserlah, terpaku seketika... bagaimana penulis ini tahu 'tabiat buruk' Cikgusir? Memang benar  seperti apa yang beliau ungkapkan sebagai 'buku itu bernyawa' (muka surat 6). Betul... fenomena itulah Cikgusir alami cuma ianya dirasai pada peringkat belum pun membaca muka surat yang pertama.

Perihal Kandungannya...

Buku ini ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman, yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Olahan isinya ditulis di dalam bentuk BAHAGIAN. Oleh itu ianya terbahagi kepada 4 bahagian, antaranya.

  • Bahagian I: Buku dan daya pikatnya.
  • Bahagian II: Biblioholisme: Mengenal dunia pencinta buku.
  • Bahagian III: Travelog pencinta buku.
  • Bahagian IV: Sisi aneh dunia buku.
Pembahagian ini memudahkan pemahaman ke atas isi yang disampaikan, di mana setiap bahagian dipecahkan lagi kepada tajuk-tajuk kecil yang mana setiap isinya berkait rapat dengan tajuk utama bahagian itu.

Di dalam Bahagian I, penulis menyentuh tentang perihal fenomena buku yang menjadi teman rapat manusia. Ianya disulami dengan menyentuh bagaimana peradaban buku disemarakkan dengan mengutip pengalaman-pengalaman sejarah para penulis buku di zaman lampau. Diceritakan juga di dalam bab ini perihal buku memoir dan tips-tips berguna memelihara dan mejaga buku dan akhirnya bahagian ini ditutup dengan coretan khusus mengenai Komik 1Malaysia.

Bahagian II pula membawa kita mengenali dunia pencinta buku dengan melihatnya di dalam perspektif sejarah dan peradaban. Seterusnya penulis membawa pembaca mengenal ciri-ciri seseorang BIBLIOFIL secara ringkas. Diterbitkan juga persoalan samaada BIBLIOHOLISME ini juga sejenis penyakit psikologi serta kepentingan BIBLIOFIL dan bagaimana ianya menyumbang kepada budaya membaca. Beberapa pengalaman pencinta-pencinta buku juga dikumpulkan di dalam bahagian ini bagaikan ianya satu pertemuan khas diadakan untuk mereka semua. 

Hanya berdasarkan tajuknya sahaja kita boleh menjangkakan kandungan Bahagian III. Ianya dimulakan dengan keasyikan pencinta yang bernama Kamal yang mana beliau juga meminati buku-buku lama (rare books). Kekaguman terhadap lautan manuskrip perpustakaan di negara Iran yang berpunca daripada minat mengumpul bahan bacaan oleh penduduk negara itu. Selain itu disentuh juga beberapa perkara mengenai travelog, tabiat membaca di kedai buku dan keinginan kerajaan menubuhkan Kota Buku Kuala Lumpur.

Bahagian IV merupakan bahagian akhir buku ini yang mengupas tentang beberapa keanehan dunia buku. Antara yang diperihalkan adalah mengenai bagaimana buku jadi tempat mengadu, keganasan yang dilakukan terhadap buku, penyakit BIBLIOLEPTOMANIA serta cadangan buku yang perlu dibaca sebelum mati. Dua perkara terakhir yang disentuh penulis adalah bagaimana pembaca maencari buku bagi jawapan terhadap permasaalahan seks serta surat bersejarah puteri Galileo Galilei.

Antara yang menarik...

Perkara menarik yang Cikgusir temui adalah pada Bahagian II: Biblioholisme: Mengenal dunia pencinta buku, di bawah tajuk Bibliofil di Dalam Perspektif Sejarah dan Peradaban. Di dalamnya telah didedahkan perihal beberapa orang BIBLIOFIL di sepanjang garisan masa sejarah. Antaranya adalah seperti petikan berikut:

...Don Vincente, berbangsa Sepanyol, yang hidup pada tahun 1830an, sanggup mencuri buku hingga dipenjarakan; Sun Ching berbangsa Cina yang hidup pada abad ke-10M, sanggup mengikat rambutnya panjangnya pada tiang katil untuk menjaga kepalanya agar terus tegak supaya beliau dapat terus membaca; Frederick Hickles, berbangsa Belanda, sanggup menyorokkan buku di sebuah kedai buku di Amsterdam supaya orang lain tidak dapat membelinya kerana ada satu naskhah sahaja... (ingin tahu selebihnya sila beli buku ini... penat jari-jemari mulus ini nak menaip..)

Sememangnya perkara yang didedahkan di atas belum pernah Cikgusir ketahui. Memang menarik, kerana baru Cikgusir tahu kegilaan terhadap buku sebenarnya boleh mencetuskan kepada beberapa perkara yang pelik seperti yang didedahkan.


Lipatan kulit buku.
Tiba-tiba...

Setelah membaca buku ini, tiba-tiba tercetus satu persoalan yang menerjah benak Cikgusir... iaitu "Apa selepas ini? Adakah hanya berpuas hati menjadi BIBLIOFIL? Apa kata Cikgusir pula menjadi sebahagian dari pencetus BIBLIOFIL iaitu PENULIS BUKU."

Cikgusir hanya tersenyum... Mampukah ? :)

NOTA:
Ulasan ini ditulis khas bagi pertandingan mengulas buku yang dianjurkan oleh INSTITUT TERJEMAHAN DAN BUKU MALAYSIA (ITBM) sempena Pesta Buku Antarabangsa 2012 di PWTC.

---
Ulasan buku akan datang

Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (Zahari A. Rashid)

---


Buku 04: The Awesome Egyptians


BUKU YANG SANTAI...


Sudah banyak mengulas buku-buku yang agak serius kandungannya, kali ini Cikgusir mengulas tentang satu buku yang diolah dengan gaya yang santai dan berbentuk komik. Buku "The Awesome Egyptians" oleh Teary Deary dan Peter Hepplewhite ini merupakan satu daripada pelbagai tajuk mengenai pelbagai tamadun dan peristiwa-peristiwa di dalam lipatan sejarah di bawah Siri "Horrible Histories". Antara yang terdapat di dalam siri ini adalah The Savage Stone Age, The Rotten Romans, The Measly Middle Ages dan lain-lain.

Buku ini menyampaikan pengkisahan sejarah Mesir purba dengan gaya santai berbanding dengan apa yang disampaikan oleh buku-buku teks konvensional. Ilustrasi juga walaupun di dalam bentuk lakaran pena sahaja juga membantu penyampaian maklumat, disulami juga dengan unsur-unsur jenaka. Namun semua itu tidak menghalang maklumat dan fakta disampaikan dengan tepat.

ANTARA YANG MENARIK...

Sememangnya Cikgusir suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan ketamadunan silam dan perihal Mesir purba adalah satu pilihan utama.

Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, terdapat unsur yang lucu di dalam kaedah penyampaian maklumat di dalam buku ini. Berikut adalah satu petikan daripadanya...

"Warning! Someone who studies pyramids is called a pyramidologist... people who come up with crazy ideas about pyramids are called pyramydiots!"

Satu fakta lagi yang Cikgusir belum pernah tahu adalah apa yang didakwa oleh seorang lelaki bernama Bovis dari Perancis yang menemui apa yang di sebut kuasa hebat bentuk pyramid. Berikut adalah petikan mengenainya di mukasurat 33...

"Fifty years after Napoleon experienced the power of the Great Pyramid, another Frenchman called Bovis visited the great tomb. It was a mess. Other visitors had left rubbish lying around. A stray cat hand wandered in and died - it was lying amongst the rubbish, forgotten. But Bovis noticed something strange about the body of the cat. It had not rotted as you'd expect. In fact it was so well preserved it could have been a mummy... but a mummy without any wrapping or embalming. Bovis decided that only one thing could have preserved the cat in this way... the power of the pyramid."



Mukasurat 31

Pendapat Cikgusir....

Cikgusir merasakan bahawa buku-buku teks sejarah di sekolah perlu diberi nafas baru di dalam menyampaikan maklumat yang mengikut olahan yang menarik. Jikalau pun tidak mengikut cara olahan buku ini, ia harus tidak dilihat terlalu membosankan. Perlu ada unsur-unsur seperti "Did you know that.." iaitu sesuatu yang menarik di samping peristiwa-peristiwa sejarah yang disampaikan.

---
Ulasan buku akan datang


---

Khamis, Mei 03, 2012

Bila Lensa Bicara: Manzilah mutiara di langit II


"As for the moon, We have designed phases for it till it again becomes like an old dry palm balm branch"

Al-Quran : [36:39]

Bila Lensa Bicara: Manzilah mutiara di langit I


"Dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir), kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua"

Al-Quran [36: 39]