Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Merentas Denai Masa: Satu catatan perjalanan melusuri sejarah Johor

Imej
Cuti sekolah hujung tahun memberi peluang Cikgusir untuk membawa keluarga bercuti. Destinasi pilihan anak-anak adalah Universal Studio Singapore; satu tempat menikmati keseronokan cara moden dengan pelbagai jenis permainan yang disediakan. Cikgusir menggunakan peluang lawatan ke selatan tanahair ini untuk melawat tinggalan sejarah yang boleh dikatakan penting bagi pensejarahan nusantara secara umum dan Malaysia secara khususnya. Ini adalah kerana selain Melaka, Johor juga menyimpan khazanah sejarah di era pasca kejatuhan Melaka di tangan Portugis, yang menyaksikan Sultannya pada ketika itu (Sultan Mahmud Shah I) terpaksa berundur meninggalkan Melaka untuk memastikan kelangsungan warisan Kesultanan Melayu Melaka untuk terus wujud. Atas usaha itu Kesultanan Melayu Melaka diteruskan dengan munculnya empayar Johor-Riau yang kemudiannya menyaksikan bertukarnya tampuk pemerintahan dari Sultan ke Bendahara dan seterusnya Temenggong.Seperti yang ditulis oleh Buyong A

Bila Lensa Bicara: Rezeki Sang Semut

Imej
Menikmati rezeki kurniaan Ilahi... PANTUN Besar landak dari seberang, Naik meniti di atas batang; Kalau tidak gerakkan tulang, Rezeki mana boleh datang. (Sumber: Kurik Kundi, Merah Saga) >> Lagi Gambar <<

Bila Lensa Bicara: Si Penari Geisha

Imej
Wak wak atau ruak ruak | White-breasted Waterhen (Amaurornis phoenicurus) Burung wak wak (ruak-ruak) ni sedap kalau di goreng. Masa kecik-kecik dulu pernah la jugak makan bila pakcik Cikgusir dapat tangkap.  Cuma kalau diperhatikan lama-lama cara burung ni berjalan persis PENARI GEISHA... cuba banding dengan gambar di bawah... Sama tak sama tak he he...

Bila Lensa Bicara: Helang Menyonsong Angin

Imej
Cuaca yang panas dan berangin hari ini menyaksikan sepasang helang bermain menyonsong angin. Kalaulah lebih rendah terbangnya pasti menarik. PANTUN Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. (Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Bila Lensa Bicara: Bermakro

Imej
Hari ni langit cerah... nak memburung sambil tu dapat juga 'menserangga'. Tapi ini kategori tak jadi juga gambarnya... titik fokus tak berapa nak kena...

Bila Lensa Bicara: Helang atau gagak yang cacat?

Imej
 Hari masih pagi, terdengar bunyi merbah bermain-main. Tangan menggenggam kamera untuk mencari di mana pasangan yang sedang berkicau meriah itu. Ketika mata Cikgusir melilau mencari kelibat merbah, muncul burung ini. Taklah pulak tau burung apa ni... nampak macam helang... iras2 gagak pun ada jugak? ke kacukan helang dan gagak? Kalau ada sesiapa yang tahu ini burung apa, sila beri info.. terima kasih... Helangkah? Paruhnya macam helang...   Kalau helang kenapa macam ada tabiat petik buah?     Apa yang dia cari dalam semak tu?

Bila Lensa Bicara: Kocakan air yang patuh pada ukuran

Imej
Lihatlah patuhnya titisan air itu pada hukum fizik. Mengikut ukuran tarikan graviti yang telah ditetapkan Ilahi. Maha Suci ALLAH Yang Menjadikan ketetapan ukuran-ukuran itu. Seperti di dalam firmanNya, "Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam sesuatu kekuasaanNya dan Dia menciptakan segala sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukuran dengan tepat. (Al-Furqan: 2) >> lagi gambar <<