Cikgu juga insan biasa.: Tidak sehebat pendita, tiada mendiami istana, tiada juga terlepas dari dosa.
Bila Lensa Bicara: Bermakro
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
Hari ni langit cerah... nak memburung sambil tu dapat juga 'menserangga'. Tapi ini kategori tak jadi juga gambarnya... titik fokus tak berapa nak kena...
Setelah menziarahi Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama, Cikgusir ke destinasi yang seterusnya iaitu makam seorang lagi pembesar Johor Lama yang ditentukan Allah Taala akan nasib anakandanya (Bendahara Tun Habib Abdul Jalil) menyambung pemerintahan sebagai Sultan oleh kerana Sultan Mahmud II pada ketika itu dikatakan tiada meninggalkan zuriat. Merujuk buku 'Institusi bendahara permata Melayu yang hilang : dinasti bendahara Johor-Pahang' / susunan Tun Suzana Tun Hj Othman (2002), Bendahara Tun Habib Abdul Majid adalah ayahanda kepada Tun Habib Abdul Jalil yang naik takhta menggantikan Sultan Mahmud II pada tahun 1699. SEPINTAS LALU Ketika Sultan Mahmud II masih kecil, Bendahara Tun Habib Abdul Majid memangku jawatan Sultan sehingga Sultan Mahmud II dewasa dan layak memerintah. Tun Habib Abdul Majid kemudiannya mangkat pada tahun 1697 dan digantikan anakanda beliau Tun Habib Abdul Jalil. Apabila berlakunya peristiwa Sultan Mahmud II mangkat dibunuh Laksamana B...
Ada soalan-soalan yang pernah dilontarkan kepada saya bertanyakan sebab musabab saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama. Bukahkah seronok kalau hanya duduk di sekolah mengajar sahaja? Gaji pun dapat penuh. Itu pendapat mereka, bagi saya menuntut ilmu tiada batas dan sempadannya dan tiada juga batasan usia. Selagi saya mampu untuk belajar selagi itu ilmu tetap saya pelajari. Saya merasakan apa yang dipelajari di Maktab Perguruan di peringkat Sijil Asas Perguruan masih belum mencukupi bagi saya untuk menghadapi perubahan-perubahan di dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Saya perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri saya dengan pengetahuan-pengetahuan dan trend terkini alam pendidikan. Menyambung pelajaran juga merupakan satu peningkatan di dalam kerjaya, saya tidak boleh hanya berpuashati menjadi seorang guru bertaraf sijil sahaja. Bukanlah hendak memperkecilkan sesiapa, tetapi selagi ada upaya dan tiada halangan saya pasti cuba meningkatkan kedudukan...
Tak dapat dinafikan Perak adalah di antara dua atau tiga buah negeri Semenanjung yang paling terkemuka dalam sejarah Malaysia. Selain daripada Kedah, Perak adalah negeri yang tertua; kesultanan Perak dipercayai telah diasaskan pada tahun 1528. (Khoo Kay Kim, 1986) Memetik kata-kata Prof. Khoo Kay Kim di atas, Cikgusir pada kali ini berkongsi satu lagi buku yang dibeli ketika melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak pada beberapa tahun yang lepas. Buku karangan M.A FAWZI BASRI ini diterbitkan pada tahun 1986. Seperti yang dikatakan oleh Prof Khoo Kay Kim, sejarah Perak ini tidak dapat tidak harus kita ketahui kerana ia merupakan antara negeri yang tertua di dalam persekutuan Malaysia. Kulit Buku Buku ini menyentuh banyak hal sedari awalnya sejarah negeri Perak iaitu yang bersandarkan bukti-bukti arkeologi bertarikh 8000 tahun SM sehinggalah kepada kewujudan Kesultanan Perak abad ke-20. Jikalau dilihat pada keadaan buku ini, Cikgusir rasa ianya sudah lama terperam di kaunt...
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.