FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Ahad, Disember 14, 2008

Storan sekunder dan pendaftaran program sarjana...

Semalam aku mendaftar untuk Program Sarjana (Master) di UPSI. Satu langkah menyambung pelajaran selepas memperoleh ijazah pertama di dalam bidang pengajaran bahasa kedua. Kali ini aku menyambung di dalam bidang yang sama dengan harapan, dengan memperoleh tambahan ilmu di dalam bidang ini dan aku akan terus menyumbang tenaga di dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Bertemu kawan-kawan baru juga satu kegembiraan di hari pendaftaran. Namun ada satu lagi perkara yang menarik perhatian; iaitu cenderamata yang diberikan kepada setiap pelajar. Kebiasaan yang pernah aku dapat adalah sekaki payung, sebuah beg dan sebatang pen berimej korporat. Pada kali ini set yang diberikan mengandungi sebuah beg yang di dalamnya ada sebuah buku rujukan APA, Tag dan juga pemacu flash (flashdrive). Memang berlainan betul; akan tetapi semua barang-barang tadi amat berguna buat seorang pelajar. Terima Kasih buat Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris...

Lagi catatan boleh dibaca di sini: klik
-----

Koleksi 'flashdrive' yang aku ada. Yang paling bawah tu yang diterima dari UPSI. Macam-macam saiz ada. Yang baru diterima tu bersaiz 2 gigabait.

Beberapa tahun sebelum 'flashdrive' dicipta, disket persegi bersaiz 1.44mb inilah yang diguna untuk simpan data. Sekarang penggunaannya walaupun ada, sudah berkurangan. Pasti beberapa tahun lagi penggunaannya dan pengeluarannya akan dihentikan.

-----