Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Terjumpa pulak...

Madah berbunga alun suara Terdengar merdu hanya dendangan Wajah yang indah ditatap saja Hati yang satu di gadai jangan Sedang teman mengketik-ketik butang mouse kat laman sesawang YouTube, terjumpa la pulak klip video ni. Kalau deme ada pernah membaca post yang teman buat bertajuk "Selingkar Kisah" pada tahun 2006 bulan 11 dulu, mesti deme rasa ada kaitannya klip video ni dengan apa yang teman dah tulis dulu.... kalau nak refer, refer kat sini... " Selingkar Kisah "

Teringat masa kecik-kecik

Ramadhan datang lagi. Masa kecik-kecik dulu semasa menunggu azan maghrib dari corong radio, melodi ini selalu diperdengarkan. Itu pun hanya melodi instrumental sahaja tanpa suara. Sedap juga didengar ketika senja melabuhkan tirainya. (Chewwah...) Atas sebab terkenangkan melodi inilah maka tangan ini pantas menekan butang-butang papan kekunci (keyboard) merenangi lautan maklumat internet. Menurut kata orang yang arif lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi Fairuz dari Lebanon. Walaupun melodinya sedap didengar suara penyanyinya lebih sedap lagi. Tajuknya El-Bint El-Shalabiya (kata orang yang tau bahasa arab maksudnya Si Gadis Manis)

Neil Sedaka dan kebosanan

Imej
Hari Isnin kembali lagi. Tak tau kenapa setiap Isnin bagai rasa berat nak ke sekolah. Dahulu kala aku tak percaya pada kata-kata orang yang kata sememangnya Isnin merupakan hari yang bosan bagi sesiapa yang sudah ada kerjaya. Kini aku sendiri mengalaminya. Aku mencari sebab dan musababnya. Aku temui jawapannya setelah aku bertanya diri ini. Rupa-rupanya aku bosan memandu ke tempat aku berkhidmat yang jauh tu 55km dari rumah. Harap-harap cepat la siap laluan komuter di Tanjong Malim ni. Tak lah penat nak memandu + membazirkan minyak RM80.00 seminggu. Dah la tu gaji masih lagi separuh. Untuk mengubat kebosanan ini, aku pun lusuri laman sesawang (website la) youtube. Aku terjumpa klip video lagu ni. " You Mean Everything to me " oleh Neil Sedaka . Bukan apa mula-mula aku dapat anak perempuan, aku sangat-sangat teruja. Memang aku sebelum itu pernah berdoa untuk mendapat anak perempuan setelah kelahiran anak lelaki ku. Lagu ni pulak sering aku nyanyikan sebagai dendangan buat an

Nukilan Sajak buat Sang Bapa

Imej
DOA BUAT SEORANG BAPA Oleh Datuk A. Kadir Jasin USIAMU serupa usia bapaku Engkau dan dia pernah sekutu Berjuang atas nama ibunda Demi agama, bangsa dan negara Tapi di situ persamaan terhenti Kerana engkau Mantan Perdana Menteri Yang memacu negara ke mercu tinggi Sedang bapaku kekal seorang petani. Kini engkau dan dia sama-sama tua Sudah uzur dimakan usia Namun jiwamu dan jiwanya Tetap seperti dahulu juga Padat sarat dengan perjuangan Jitu padu dengan kesedaran Bahawa padanya tiada sisa Selagi jasad dan nyawa bersama. Mindamu dan mindanya Sentiasa segar terus muda Tidak reput dimakan usia Tidak patah diuji pancaroba Tidak tawar dicaci nista Hatta oleh anak-anak didikmu sendiri Yang gila kuasa dan lupa diri Yang tiada lagi budi dan pekerti. Maka wahai bapa-bapaku Ketika engkau terlantar Hati kecilmu gementar Dengarkanlah ikrar kami Anak menyambung generasi. Bahawa legasimu tidak akan mati Kami tidak akan biarkan itu terjadi Kerana antara kami Anak-anak generasi pengganti Masih ada yang b

The New Seven Wonders

These are the new seven wonders of the world as elected online at http://www.new7wonders.com Chichén Itzá, Mexico Christ Redeemer, Brazil The Great Wall, China Machu Picchu, Peru Petra, Jordan The Roman Colloseum, Italy The Taj Mahal, India How about the Great Pyramid of Giza? Below is the statement from the website: After careful consideration, the New7Wonders Foundation designates the Pyramids of Giza—the only remaining of the 7 Ancient Wonders of the World—as an Honorary New7Wonders Candidate. Therefore, you cannot vote for the Pyramids of Giza as part of the New7Wonders campaign. This decision has also taken into account the views of the Supreme Council of Antiquities of Egypt and the Egyptian Ministry of Culture. The Pyramids are a shared world culture and heritage site and deserve their special status as the only Honorary Candidate of the New7Wonders of the World campaign.

Selepas gamat....

Imej
Gamat ( Sea Cucumber ), sejenis hidupan laut yang mempunyai bau bendalir yang busuk telah pun mendapat tempat di dalam farmaseutikal tempatan. Hari ni bila baca berita di akhbar utusan satu lagi penyelidikan akan dikomersilkan ke peringkat antara bangsa. Belangkas telah dikenalpasti sebagai suatu sumber perubatan yang unik and efektif untuk mengesan toksin, bakteria dan virus di dalam darah. Tahniah kepada saintis-saintis yang telah berjaya melakukan penyelidikan itu. Semoga pengkomersialannya akan membawa kebaikan di dalam dunia perubatan. ----------------------- SUMBER BERITA: Utusan Malaysia Online: Isnin, 2 Julai 2007 /Dalam Negeri Perubatan: Darah belangkas bakal dikomersialkan KOTA BHARU 1 Julai – Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan, bakal dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) P

Testing of video post

Jangan sesekali menggoncang bayi...

Bayi adalah modal insan utama, jadi jangan di goncang-goncang... ( baca lanjut )

Testing uploading video for class blogging purpose

Video: elephant I am testing the ability of my video storage online so that I can use this feature for my class blogging session.

Berapa ramai antara kita?

Imej
Dah hampir-hampir satu minggu aku mula bertugas di sekolah baru. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Belum pernah terjumpa oleh ku akan perkara sedemikian rupa.(chewwahh... ala-ala Munshi Abdullah gitu). Berapa ramaikah di antara ibubapa pada hari ini yang mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka? Memanjakan mungkin ramai... Aku bangga dengan inisiatif seorang ibu yang ingin mengetahui perkembangan anaknya pada setiap hari persekolahan. Tidak ramai ibubapa yang seperti ini yang menghubungi guru bagi mengetahui perkembangan anak mereka. Ada juga ibubapa yang selalu berhubung dengan pihak sekolah akan tetapi bagi mengadu hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas anak mereka. Atas apa sahaja kekurangan yang berlaku ke atas anak mereka guru jualah yang dipersalahkan tanpa diselidiki fakta-fakta yang sebenar. Aku akui kadangkala ada juga kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh guru tanpa pertimbangan yang waras. Perkara-perkara sedemikian seharusnya dielakkan oleh warga pendidik ba

How to accept an invitation from a blogger admin

Imej
I have received some requests from our friends to contribute something for my blog. To do so send me your yahoo e-mail address to my e-mail at cikgusir@yahoo.com.my , check your mail box for the invitation and follow these steps... (Click the images for bigger view...) Step01: Click the link Step02: Click the create new account if you are not a blogger. Step03: Fill in the particulars (follow the instructions) Step04: Fill in the particulars as shown in the image above Step05: Click new post to start contributing. (for further explanation on posting your post click here )

Die bukannye cewek gue....

Imej
Aku yang menang ( lagi gambar )

Iklan Si Aiman

Pernah dengar tak promo tentang pesakit HIV yang mana watak seorang kanak-kanak bercerita tentang kawannya yang HIV positif bernama Arif. Bagus iklan tu.. Tapi ada pulak seorang penyampai radio SINAR.FM yang agak kreatif telah "meng-alter" iklan tu. Aku terbaca kisah yang diubahsuai tu. Dari kisah HIV jadik pulak kisah Suami-Isteri. Kisah ni di tulis oleh penyampai radio ABBY FANA. Cayalah Abby... memang keless lawak tu.. camner le Si Abby ni boleh terfikir nak tulis kisah baru dari kisah Si Aiman tu. Aku rasa cikgu-cikgu boleh implementkan skill ni bagi pengajaran dalam kelas. Kalau dalam subjek Bahasa Inggeris misalannya boleh guna untuk "Creative Writing". Cari satu kisah dan suruh murid-murid tulis kisah tu mengikut kreativiti masing-masing. Buat satu cerita rekaan. Tapi aku rasa skill ni sesuai untuk "advance learner". KISAH AIMAN YANG DI UBAHSUAI... Kak Aina Tak Kisah Akak ada sorang suami, dia lebih berumur dari akak, dia kecik aje, badan kecik,

Ada dua bini

Imej
Lama jugak tak update blog ni. Sekarang baru aku tau perasaan dan keadaannya orang yang ada dua isteri. Begitu susahnya nak menciptakan keadilan bagi keduanya. Kenapa aku tulis pasal poligami ni? Bukannya aku ada niat nak berpoligami, tapi mempunyai 2 blog sudah cukup untuk aku rasa susah untuk 'berlaku adil' kepada blog-blog yang aku ada. Tambahan pulak kekeringan idea dan sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Project Paper yang ala-ala tesis tu. Kesian aku kat bini tua ni (cikgusir.blogspot.com) aku banyak pulak menghabiskan masa kat bini muda (myedutalk.blogspot.com). Apapun sekurang-kurangnya blogging ni memberi amaran yang mana betapa susahnya berpoligami. Sedap tetapi sengsara...

Here comes the New Year

SMS (Short Message Service) has been a popular medium of communication nowadays. It is so flexible where it can be dangerous, funny, benefited, commercial and preaching tools or just a medium of for the sake of doing something when you have nothing to do. I had received several messages dedicated to me during the eve till the noon of 1st January 2007. Here I would like to share several of them after I had done some censorship works: • The year has gone but one has to remain strong.The path is still long, walk it with a song.There may be fears and tears, instead look for reasons for cheers. • Before the end of 2006, before the memories fade, before the networks get jammed and before I get drunk and loose my phone, I am wishing you a very happy 2007. • Wishing you 12 months of happiness, 52 weeks of fun, 365 days of blessing, 8760 hour full with love, 5256000 minutes of joy, 3153600 seconds of success.Happy New Year 2007. • Everything that happened has a purpose. Every purpose is sculpte