Selepas gamat....

Gamat (Sea Cucumber), sejenis hidupan laut yang mempunyai bau bendalir yang busuk telah pun mendapat tempat di dalam farmaseutikal tempatan. Hari ni bila baca berita di akhbar utusan satu lagi penyelidikan akan dikomersilkan ke peringkat antara bangsa. Belangkas telah dikenalpasti sebagai suatu sumber perubatan yang unik and efektif untuk mengesan toksin, bakteria dan virus di dalam darah. Tahniah kepada saintis-saintis yang telah berjaya melakukan penyelidikan itu. Semoga pengkomersialannya akan membawa kebaikan di dalam dunia perubatan.

-----------------------
SUMBER BERITA: Utusan Malaysia Online: Isnin, 2 Julai 2007 /Dalam Negeri

Perubatan: Darah belangkas bakal dikomersialkan

KOTA BHARU 1 Julai – Darah belangkas, yang mengandungi bahan yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan, bakal dikomersialkan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof. Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin berkata haiwan itu amat bernilai daripada segi perubatan dan darahnya mencecah sehingga USD5,000 seliter di Amerika Syarikat.

“Ia haiwan unik dan mempunyai banyak potensi dalam bidang perubatan dan juga kosmetik. Pasarannya memang ada terutama di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Lagi berita...


KENALI BELANGKAS: The Horseshoe Crab
Limulus polyphemus

For many, the horseshoe crab is a childhood acquaintance, first introduced by a fierce-looking shell on a sandy beach.

For ecologists, the horseshoe is an important creature — a vastly adaptable generalist that predates most species on the planet, read more from www.horseshoecrab.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa sambung belajar?

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais