Catatan

Tunjukkan catatan dari 2005

Aduh Saliha Part II

1. ALHAMDULILLAH akhirnya cahaya yang hilang tempohari kembali semula. Tiada lagi kekusutan, tiada lagi kegusaran apa yang ada kini kegembiraan. Keputusan yang aku dapat semalam menceriakan semula diri ini yang sekian lamanya (sebulan je)dilitupi mega mendung. Apa ni??? Apa lagi.... C++ aku dah lulus, over dari target lagi... dapat gred C... ada orang pelik kenapa suka sangat dapat C... (kalau nak tau tengok le Aduh Saliha part I) lantak le deme nak confius ke keliru ke whatever... yang penting aku tak perlu mengulang walaupun gred jatuh... ALHAMDULILLAH...(1000x) 2. Welcome back to all my beloved friends... now we are in SEM-4. Two more semesters to go. This time we are separated very badly, very few subjects we are together. Anyway our friendship remains fresh as usual. Let us ensure our friendship will remain forever. 3. 3 Penantian - ada satu hakikat yang tidak boleh dinafikan sewaktu menuntut di Universiti pada ketika ini, iaitu 3 penantian. Yang pertama, menanti keputusan peper

Lullaby of TESL PKPG

Imej
Sebuah album sulung artis baru tempatan, Farish Boobley yang ditunggu-tunggu telah menemui peminat di pasaran. Album ini merupakan produksi sebuah syarikat rakaman tempatan iaitu SELF ENTERTAINMENT WORLD EPILOGUE LIMITED (SEWEL) . Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah sentuhan Farish Boobley sendiri yang berinspirasikan pergolakan yang sedang berlaku di dunia sekarang ini. Album ini memberikan konsep gabungan dua bahasa di dalam satu album iaitu Inggeris dan Melayu. 11 buah lagu yang dimuatkan di dalam pakej album ini adalah: Di mana Sijil Dekan ku? Epilog cinta dari Fahmi John, Johnny, Jahanam Muhasabah diri I can see the poverty B+ isn't excellent Che' Farish anak tiga Antara Vasuki dan Vasugi Taman Rashidah Pertama Seremban Kite Masih darakah Selva? ------ Album ini lahir daripada keadaan bosan penulis blog cikgusir oleh itu nama-nama dan judul tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia -----

Haaaa achooo...

Achooo..achooo..achooo... uhuk..uhuk... harghh hari ni tak sihat... sengal badan, selsema dan batuk. Tak ada mood nak tulis blog ni dalam Bahasa Inggeris. Achoo... tapi boring punya pasal, bukak jugak blog nak tulis... boring .... baru je lepas makan ubat... mata pun dah rasa mengantuk... isyarat suruh tidor le tu... suruh rehat... betul jugak... cuti ni tak rehat langsung. Sibuk dengan kelas tusyen dari Isnin sampai le ke hari Jumaat. Nak buat macammana nak cari duit, nak survive sementara nak dapat duit PTPT-pu eh ..salah achoo... PTPTN... sori... Ubat yang dimakan ni suruh tuan empunya badan ni go for relaks le... Oh... ada satu lagi.... buat kekawan TESL PKPG hari tu teman ada jumpa Mr. Yusni kat JUSCO Ipoh... dia kirim salam kat mike semua... ha jawab jangan tak jawab... WA'ALAIKUMMUSSALAM.. bagi yang bukan Islam tu terpulanglah korang nak jawab macammana... aku bukannya reti sangat... uhukk.. uhukk.. good night.... teman nak masuk tido... mudah-mudahan esok kebah le sikit sa

From One Teacher to Another

Imej
Nod if you agree... You became a teacher not by chance but by choice. At some point in your life before you became a teacher, there was a burning desire to make a difference in children's lives. You took up the challenge of managing classrooms because you love kids. You wanted to see delicate little spirits soar to heights they themselves never thought possible. You believe that teaching is a noble profession that is not afraid of change and innovation. A profession that constantly seeks solutions, experiments with possibilities and explores frontiers which even Captain Kirk and his crew have ever dreamed off! Teachers are also like snowflakes-they may look alike but each of them has their own uniqueness. Each seems to have a secret recipe for success; a bag of tricks, as it were. That is why it's been said there is no such thing as correct or best way to teach and that's why we need to listen to others and tap into their personal experiences in or

Aduh Saliha... Part I (tiada kena mengena dengan MAWI)

Imej
Persekitaranku tiba-tiba gelap. Sedari tadi adanya cahaya hilang entah ke mana. Fikiranku buntu. Kucari di mana sang ilham yang tadi berlegar-legar sekeliling kepalaku. Aku hilang kemudi,panik,berkecamuk dan entah apa lagi. Aku pasrah. Hanya satu sahaja yang boleh mengembalikan keadaan ini kepada keadaan asalku. Keputusannya kelak. Apa bendanya ni? Itulah dia Kertas Bahasa Pengaturcaraan MTS1033 (C++) yang aku duduki semalam. Susahnyaaa... kalau dapat gred D pun dah syukur yang teramat sangat bagaikan mendapat gred A. Harap-harap luluslah hendaknya. -AMIN-.

Try this at your own risk!

Imej
This is something you all should explore. When you stop at the traffic light, turn your head and look at the driver of another vehicle next to you. Look at his face attentively. Unbelievable, he will look at you too in a few seconds (like he knows that you are looking at him) eventhough he was looking forward before. I believe this is what people call "THE SIXTH SENSE". (Being a little bit superstitious I am huh..?)

The truth is out there

Imej
I have tried not to discuss this matter, not to be superstitious, not to think about it anymore but yesterday's event has something to do about it. It happened when I was attending a wedding ceremony when I was about to finish taking the delicious food at the buffet table (I was alone at that time) and all of a sudden the queue became crowded. I do not know what "term" or word can describe this superstitious feeling. I realized wherever I go, if the place is not crowded it will be crowded in a few minutes/seconds after my presence. I believe somebody who knows Feng-Shui has an explanation about it. This situation was not only happened once but many times and at many places such as banks, post-office, markets even queueing for foods at some occasions too. For you out there if you can explain this phenomenon please do so. I need your opinion. The truth is out there...but where? UNBELIEVABLE? BELIEVE IT !

A.T---TUDE

Visiting friends during Eid-ul-Fitri exposed me to some attitudes of the Malaysians. Here what I observed: Malaysians unfixed their side mirrors of their motorbikes but do not do the same thing onto their cars. Malaysians clean their interior area of their cars but do not care about their surrounding cleanliness. Malaysians hate war but love to burn firecrackers during major festivals. Malaysians love to decorate their cars with useless accessories (usually local cars). Malaysians proud to drive their national cars but at the same time replace the original logo with different brand logo. JANGAN MARAH HA ORANG MALAYSIA... SAYA PUN ORANG MALAYSIA JUGA... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

By the rivers of babylon..la .. la..la la..

Hmm... hari tu ada terdengar lagu ni kat sebuah stesen radio tempatan. Tajuknya "RIVERS OF BABYLON". (Brent Dowe & Trevor McNaughton). Liriknya lebih kurang macam nie. By the rivers of Babylon, there we sat down Ye-eah we wept, when we remembered Zion. Sebenarnya lagu ini merupakan petikan daripada kitab Bible, (PSALM:137:1) yang menceritakan ratapan orang-orang Israel yang ketika itu rumah ibadat mereka dibakar. Jadi ini seperti satu propaganda untuk menagih simpati buat mereka. Pengajarannya: Jangan jadi nyanyi lagu ini walaupun iramanya sedap dan fahamilah setiap lirik lagu yang kita minati agar kita tidak keterlaluan memuja dan tenggelam dalam keasyikan yang mana boleh menggugat keimanan kita. WAllahu alam... p/s:bagi rakan-rakan yang beragama Kristian jangan berkecil hati. Cuma saya ingin mengingatkan rakan seagama supaya menjaga "akidah" mereka. Bukan bertujuan merendah-rendahkan agama Kristian dan tidak anti Kristian. We are all the servants of THE ALMIGH

Takziah buat PM

Takziah buat PM sekeluarga atas pemergian Datin Sri Endon Mahmood ke rahmatullah.Al-Fatihah.

Mawar Putih Untuk Mama

Imej
Mawar Putih Untuk Mama ___________________________________ Kau sinaran bulan Menyerikan bintang-bintang Kaulah fajar yang menerbitkan pagi Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan tabir siang untukku Kau berikan mama Kasih sayang maha suci Betapa agungnya Tiada ternilaikan Oh mama, oh mamaku Tiada cinta yang suci Setulus cintamu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku ________________________________________ Buat ibu ku Fauziah binti Ismail (27.10.1952-15.01.1999)

Ibu ku

Al-Fatihah. Hadirnya Ramadhan kali ini genaplah 6 tahun pemergian bonda tercinta menyahut panggilan Ilahi. Bonda pergi meninggalkan kami sekeluarga pada Jumaat 27 Ramadhan tahun 1999/1419H. Belaian dan kasih sayang ibu masih aku rasai walau pemergiannya agak lama berlalu. Apapun semoga Bonda bahagia sentiasa di dalam RAHMAT-NYA. AMIN. Kami mengunjungi pusara bonda Sunyi pagi disinari suria Wangi berseri puspa kemboja Menyambut kami mewakili bonda Tegak kami di makam sepi Lalang-lalang tinggi berdiri Dua nisan terkapar mati Hanya papan dimakan bumi Dalam kenangan kami melihat Mesra kasih bonda menatap Sedang lena dalam rahap Dua tangan kaku berdakap Bibir bonda bersih lesu Pernah dulu mengucupi dahiku Kini kurasakan kasihnya lagi Meski jauh dibatasi bumi Nisan batu kami tegakkan Tiada lagi lalang memanjang Ada doa kami pohonkan Air mawar kami siramkan Senyum kemboja mengantar kami Meninggalkan makam sepi sendiri Damailah bonda dalam pengabadian Insan kerdil mengadap Tuhan Begitu bakti k

KPLI strikes back!

GURU KPLI BUKAN GOLONGAN TERDESAK SAYA terpanggil untuk membetulkan kenyataan yang kurang berasas ‘Teaching Angel’ pada 7 September lalu. Pada perenggan kelima, beliau menyatakan bahawa “golongan yang memasuki Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah golongan yang yang gagal mencari pekerjaan dengan ijazah yang diperoleh dengan memilih profesion perguruan sebagai jalan terakhir”. Kenyataan ini tidak berasas sama sekali kerana berdasarkan pengalaman saya sebagai penuntut KPLI tahun ini, rata-rata mereka yang berjaya ke KPLI adalah mereka yang sudah berpengalaman dalam dunia pekerjaan lebih tiga tahun. Ada juga yang bergaji jauh lebih tinggi tetapi memohon sebagai guru di atas kesedaran untuk mendidik anak bangsa, memilih hidup yang lebih bermakna dan memberikan kepuasan dalam kehidupan. Keinginan mendidik anak bangsa dan mencari kepuasan hidup pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Pada perenggan keenam, beliau juga menyatakan “lulusan KPLI adalah mereka yang mempunyai ijaz

What you give you get back

HUNGARY, UK ENVOYS RUFFLED BY DR M'S ROASTING BY M.K. MEGAN KUALA LUMPUR, FRIDAY Top diplomats from Britain and Hungary walked out on Tun Dr Mahathir Mohamad as he was speaking on human rights here today. At a public lecture organised by Suhakam, the Malaysian Human Rights Commission, Dr Mahathir was roasting the United States and Britain for invading Iraq, referring to their military action as "acts of terror", when the diplomats and their officers left the ballroom of the Le Meridien Hotel here. Commenting on the incident at a Press conference later, Dr Mahathir said: "I am sorry, but as much as they have the right to criticise me, I have the right to criticise them. It is their right to walk out if they want." In his speech, he had said the two nations had taken it upon themselves to invade Iraq to remove an allegedly authoritarian government. "The result of the invasion is that many more people have been killed and inju

Human rights

Imej
"Excuse me Mr. Sam and Mr. Jack, do you really know what human right is?" "Please, please use your head! Think before you talk, not talk before you think!"

What to be a teacher is... (Malaysia Context)

In Malaysia to be teacher is to be a: Gardener Advisor Driver File Keeper Function Organizer Reporter Police Officer Treasurer Debt collector (Not ALONG) Printer (do printing job) Planner Data Keeper Whatever just name it... but can the job holders mentioned above be a teacher? Think about it... "PROUD TO BE A TEACHER"

The colours of the wind

Learning theories over theories in my study made me started thinking on something great in the western civilisation. They produced a lot of great thinkers in many fields of knowledge. However, I believe there is something lack in their way of thinking, they have lost metaphysical orientation and also too depending on their invention, theories and always believe that they are the greatest among the nations in the world. These elements dragged them to cruelty, greedy, materialistic, hedonism and hunger of territory. See what they did in Iraq, they came in the name of peace and freedom, they were the liberator and they defined the dead civilians as colateral damage (ordered by a man who claimed he reads the Holy Bible every night) but have peace and freedom been installed again in Iraq? (you can answer this question by reading your daily newspapers). They believe they owned every field of knowledge and believe they are always right. Asian, African, Arabs and whatever! you name it! are ter

The Inevitable Reality

Below is a newspaper excerpt from: Berita Harian :page 12, Sept 07,2005(Wed)-Surat & E-mel. GURU HADAPI DUGAAN LANJUT PELAJARAN Saya terpanggil untuk membalas komen yang ditulis 'Wheeping Devil' mengenai guru, yang pada pendapat saya tidak benar sama sekali. Beliau menulis mengenai guru yang kononnya terlalu manja dan suka merungut. Selain itu, beliau juga mendakwa guru suka merintih dan lain-lain lagi. Saya adalah seorang guru yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama dan diberi separuh gaji sepanjang tempoh belajar. Dengan gaji yang separuh itulah, kami perlu membayar ansuran kereta, sewa rumah dan pada tahun ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak lagi memberi pinjaman kerana peminjam sebelum ini gagal membayar balik pinjaman. Dengan perbelanjaan keluarga dan pengajian, kami terpaksa menebal muka meminjam daripada suami, isteri dan sanak saudara. Demi memajukan diri, kami teruskan juga. Tetapi lain pula ceritanya b

Kegembiraan dan Kesyukuran

Imej
Gembira sebelum mendapat Ijazah? Memang benar, saya kini sangat gembira bukan hanya kerana saya kini lebih dekat dengan keluarga tersayang akan tetapi yang lebih penting adalah kesihatan saya kini telah kembali seperti sediakala. Segala puji bagi TUHAN. Dahulu saya menghidap masalah resdung (sinus) semenjak kecil lagi dan apabila ia kian buruk kekerapan hidung berair juga bertambah. Mungkin juga disebabkan itu saya juga menghidap migrain yang teruk, kadangkala kepala sering pening (terasa seperti berpusing dan loya) akan tetapi kini semua itu telah hilang dari saya. Saya kini kembali sihat. Setelah mengamalkan konsep penjagaan/rawatan kesihatan yang dinamakan terapi pembaharuan molekul (Molecule Reform Therapy)boleh dikatakan saya kini pulih sepenuhnya dari masalah kesihatan saya sebelum ini. Bagi saya nikmat kesihatan adalah segala-galanya. Inilah punca kegembiraan yang sebenarnya. Jikalau ada dikalangan pembaca yang ingin mengetahui bagaimana kesihatan boleh pulih sepenuhnya, hubung

Kenapa sambung belajar?

Ada soalan-soalan yang pernah dilontarkan kepada saya bertanyakan sebab musabab saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama. Bukahkah seronok kalau hanya duduk di sekolah mengajar sahaja? Gaji pun dapat penuh. Itu pendapat mereka, bagi saya menuntut ilmu tiada batas dan sempadannya dan tiada juga batasan usia. Selagi saya mampu untuk belajar selagi itu ilmu tetap saya pelajari. Saya merasakan apa yang dipelajari di Maktab Perguruan di peringkat Sijil Asas Perguruan masih belum mencukupi bagi saya untuk menghadapi perubahan-perubahan di dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Saya perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri saya dengan pengetahuan-pengetahuan dan trend terkini alam pendidikan. Menyambung pelajaran juga merupakan satu peningkatan di dalam kerjaya, saya tidak boleh hanya berpuashati menjadi seorang guru bertaraf sijil sahaja. Bukanlah hendak memperkecilkan sesiapa, tetapi selagi ada upaya dan tiada halangan saya pasti cuba meningkatkan kedudukan

Introducing "CIKGU SIR"

Imej
It could be a doubt for all of you about the name of this site "CIKGU SIR". What is the meaning really? "Cikgu" is a malay word that means teacher while "sir" is a respective call for masculine gender (in most of the malaysian schools they use "Sir" to call their male English teachers). There was an incident when a teacher in my former school asked one of the pupils who taught him English Language subject? He answered confidently, "Cikgu Sir" because he thought my name was SIR because they knew me by the title SIR. [Photo: When I was 4 years old]

Selamat Datang! Welcome!

Imej
Hi friends, this is my personal blog. You are free to comment on any post. My dearest PKPG friends, to send comment please provide your shortname+5 lastdigits of your matrix number. Example:farish19496 Selamat datang saya ucapkan kepada pengunjung blog saya ini. Terbitnya keinginan untuk mempunyai sebuah laman blog peribadi ini tatkala saya diminta oleh pensyarah PUBLIC SPEAKING untuk membina sebuah laman blog bagi subjek tersebut. Saya dapat merasakan bahawa laman blog agak berguna kepada saya bagi merakamkan perasaan, idea, fikiran, pendapat dan apa sahaja yang terlintas dihati seseorang individu. Jadi sebagai bekas seorang guru sekolah rendah yang kini sedang meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama, saya membina blog ini agar dapat dikongsi bersama-sama dengan sahabat dan para pembaca dari seluruh pelosok dunia. Rakan-rakan saya adalah terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, justeru laman ini akan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di dalam setiap artikel yang

Semester break

I would like to wish you all, HAPPY HOLIDAYS. Good Luck.

Merdeka Mood! (National Day is coming!)

As a Malaysian, I am proud that I am part of the country’s development instrument. I feel that I have contributed at least for six years producing human resources to fulfil the needs of the nation. Although not all of them have reached the quality needs there are still good products which are ready to be exploited for the benefits of the country in few years onwards. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! KERANAMU MALAYSIA! To my beloved country, none of the country in the world can be the same as you! I will go no where because you are my one and only homeland. I will be with you in joy or sorrow. You are me and I am you. YOU ARE MY MALAYSIA!. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! KERANAMU MALAYSIA! Negara Ku, Tanah tumpahnya darah ku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahgia tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta.