Kenapa sambung belajar?
Ada soalan-soalan yang pernah dilontarkan kepada saya bertanyakan sebab musabab saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama. Bukahkah seronok kalau hanya duduk di sekolah mengajar sahaja? Gaji pun dapat penuh.
Itu pendapat mereka, bagi saya menuntut ilmu tiada batas dan sempadannya dan tiada juga batasan usia. Selagi saya mampu untuk belajar selagi itu ilmu tetap saya pelajari. Saya merasakan apa yang dipelajari di Maktab Perguruan di peringkat Sijil Asas Perguruan masih belum mencukupi bagi saya untuk menghadapi perubahan-perubahan di dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Saya perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri saya dengan pengetahuan-pengetahuan dan trend terkini alam pendidikan. Menyambung pelajaran juga merupakan satu peningkatan di dalam kerjaya, saya tidak boleh hanya berpuashati menjadi seorang guru bertaraf sijil sahaja. Bukanlah hendak memperkecilkan sesiapa, tetapi selagi ada upaya dan tiada halangan saya pasti cuba meningkatkan kedudukan saya di dalam kerjaya saya. Saya perlu mempunyai wawasan dan matlamat.
Ada juga yang bertanya kenapa saya memilih PKPG sedangkan sekarang ini telah ada OUM? Bukankah senang, tidak perlu bergaji separuh seperti sekarang ini?. Pada saya, saya lebih rela untuk bersusah seketika selama lebih kurang 3 tahun daripada saya melakukan 2 kerja pada satu-satu masa. Jikalau saya berbuat demikian konsentrasi saya pada kerja dan pelajaran pasti akan berkurangan. Di manakah masa untuk membuat rujukan tambahan bagi sesuatu subjek jika kita juga perlu melibatkan diri di dalam aktiviti di sekolah? Di dalam sesuatu subjek kita tidak boleh hanya berharap kepada nota-nota yang diberikan pensyarah sahaja(itupun kalau ada)rujukan tambahan juga perlu dilakukan. Bak kata pepatah "yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran".Lagipun dengan Pendidikan Jarak Jauh, interaksi dengan pensyarah adalah kurang. Dari itu secara logik juga pemerolehan ilmu adalah kurang. Menuntut ilmu bukanlah hanya untuk mendapat segulung Ijazah sahaja akan tetapi ilmu yang diperoleh itulah sepatutnya menjadi target dan perlu dipraktikkan di dalam kerjaya sebagai seorang pendidik. Menyentuh peningkatan di dalam kerjaya tidak dinafikan kenaikan tangga gaji juga menjadi matlamat saya. Saya memikirkan bahawa saya perlu menyediakan kemudahan untuk anak-anak melanjutkan pengajian mereka sekarang ini. Saya perlu menabung untuk mereka. Saya tidak mahu mereka merasa susah seperti saya sekarang ini yang terpaksa membuat pinjaman melalui PTPTN. Semoga kemusykilan yang bertanya terjawab dengan penjelasan saya ini.

Memang kata saudara itu. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai guru untuk mempertingkatkan diri kita sebaik mungkin. Bukankah kita telah diajar bahawa jika diwajibkan belajar selagi hayat dikandung badan? Jika kita sebagai guru malas hendak belajar dan memberi pelbagai alasan untuk menyambung pengajian maka kita sememangnya tidak layak bergelar guru yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa. Meminjam kata saudara Johnny Anothai Sandoval Aznan bin Jasa, Actually... We must study to improve ourselves, not only because it will enable us to get better pay but also to prove that we are not second class teachers...
BalasPadamSekian Terima Kasih....