FPK



Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pengikut

Jumlah Pengunjung Sejak 2005

Selasa, April 05, 2011

Di dalam mencari kebenaran jangan sampai kita tersalah arah...



JALAN SANA JALAN SINI...

Jalan sana... orang cerita kisah tu... jalan sini... orang cerita kisah tu... jenuh la Cikgusir tahan-tahan dengan bersikap ala-ala artis Malaysia ... "No comment, please... err... no comment please... I artist fofular... no comment..."

Tapi lumrah manusia... bila sampai satu tahap tu, 'no comment' jadik la pulak 'mau comment'. Err... cerita apa??? Ala... cerita video ehem-ehem tu... ha... tu la.... ramai provoke Cikgusir samaada kat Twitter ke... Pesbuk ke... mahupun ketika dalam perjalanan ke bilik ayor....

Jadi Cikgusir komen le kat blog ni... lagi pun dah lama tak update kan... jangan pulak kata Cikgusir dah masuk politik dan nak bertanding di pilihanraya negeri Sarawak... cuma suka-suka nak komen atas pertimbangan fikiran sendiri...


SEMBANG KEDAI KOPI

Dalam diam-diam mendengar sembang kedai kopi Cikgusir ada terdengar dua orang berlainan parti politik ni berdebat. Tapi yang menarik perhatian Cikgusir adalah bila satu orang ni kondem kawan debat dia tu... dia kata "TU LAH KO NI.. MERENG... BACA LAGI UTUSAN MELOYA TU... KO PATUT BACA HARAKAH BARU LA KO NAMPAK KEBENARAN... ORANG DALAM VIDEO TU BUKAN DIA LAH..."

Astaga... nak nampak kebenaran kena baca newspaper rupanya... patutnya Pemidato hebat tu kena suruh member tu belek helaian al-Quran untuk cari kebenaran.


SO .. WHAT OF THAT KEDAI KOPI THING?

Bukan le nak tunjuk pandai... cuma sebagai saudara sesama Muslim, bukan ke kita digesa "...nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (al-'Asr: 3) .... betul tak... inilah yang selalu kita baca setiap kali tamat sesuatu majlis atau pertemuan.


PENDAPAT CIKGUSIR

Cikgusir rasa perihal video tu kita biarkanlah berlalu. Dalam keghairahan kita mencari kebenaran sudah pun kita zahirkan dengan mengadakan solat-solat hajat. Jadi biarlah kebenaran muncul. Cuma bila kebenaran muncul janganlah kita tutup cahaya kebenaran itu dengan ego politik kita. Nilaikanlah dengan akal dan iman.

Apabila kebenaran muncul kita dan kita lihat kebenaran itu dengan pandangan ego serta bias maka terjelmalah apa yang disebut di dalam al-Quran...


16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk"


17. Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan tidak dapat melihat.

18.Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).


NOTA KAKI:
Rupanya ayat ke-18 itu relevan dalam banyak hal. Bukan hanya seperti yang diajar oleh cikgu matematik Cikgusir dulu-dulu. Dia kata baca ayat tu kalau nak elak dikejar anjing. "S'ummum bukmun 'um yun'fahum la yarji'un". Tapi dari pengalaman Cikgusir memang mujarab apa yang cikgu tu ajar... :-) Terima Kasih cikgu.