Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Kepulangannya di jendela

Imej
KETIKA ENAK DIBUAI MIMPI Di suatu hari, kelihatan kucing hitam itu tidur bersama-sama seekor lagi kucing belang. Kekenyangan selepas menikmati sarapan pagi pada subuh sebelum tuan mereka pergi kerja. Namun ancaman yang terdahulu masih segar diingatan mereka bedua. Seekor kusing gemuk berloceng dileher, entah siapa punya sering menyerang mereka tanpa sebab. Cemburu barangkali, oleh layanan mereka berdua terima di rumah itu. Kali ini mereka disergah lagi, Shitam dicakar dan dikejar sehingga ke dalam belukar. Si kicap melarikan diri ke dalam longkang. Kebetulan tuan mereka tiba di rumah, terus menghalau kucing jahat itu. Namun, hari-hari yang berlalu meresahkan tuan mereka itu tatkala kelibat mereka berdua tidak kelihatan selama hampir 2 MINGGU. SATU KEPULANGAN... Di suatu pagi .... "ayah! Shitam dah balik.." maka bergegaslah Cikgusir ke arah suara itu... lega rasa rindu melihat kelibat Shitam dijendela dengan wajah yang masih ada riak trauma. Maka S

Macam tak caya je...

Imej
Summary Jumlah Pelawat/Pembaca Blog Cikgusir Dah lama tak tengok 'summary' pelawat blog Cikgusir. Bila Cikgusir buka, macam pelik je dengan 'summary' tu. Pelawat dari U.S. paling tinggi. Macam tak percaya je. Netherland (Belanda) pulak yang kedua. Haishh... bertambah pelik. Agak-agak siapa la yg baca blog ni ye... Cikgusir syak hackers... Boleh ke syak gitu? 

Baca buku di Google Tambah

Imej
Baca Dan Tulis Adalah Kunci Ilmu Pengetahuan 1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. 2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. 3. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. 4. Yang mengajar manusia dengan pena. 5. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq: 1-5) Buku... Dari dahulu hingga sekarang Cikgusir memang suka membaca sejak dari kecil lagi. Namun zaman berubah, bentuk sumber-sumber bacaan juga berubah seiring dengan perubahan zaman. Dari membaca coretan-coretan di atas batu yang di tulis dengan 'qalam' (stylus) seperti yang dimulakan di Sumeria hinggalah pada masa kini yang mana kita boleh membaca buku dengan mengguna tablet-tablet elektronik.  Google Books Yang terkini ... (ataupun Cikgusir yang baru tahu?) Google+  Sememangnya Cikgusir sudah sedia ada akaun email Google (Gmail). Baru-baru ini Cikgusir dapat tahu yang Google ni dah ada Google+ pulak. Belek punya belek, cuba punya cuba ... Cikgus

Bodohkah Si Pandir?

Imej
Di suatu pagi yang dingin. Hujan masih renyai bersama kabus menyelimuti persekitaran sebuah arena menuntut ilmu. Pagi itu setelah selesai satu ritual setiap pagi Jumaat bagi tujuan kerohanian, Sang Mahaguru itu mencapai pembesar suara untuk menyampaikan satu amanat. (sebelum itu telah ada mukadimah yang diberikan... agak panjang mukadimahnya untuk dicatat diruangan ini) Mahaguru:  Kamu semua kena ingat... peperiksaan itu penting. Kamu kenalah beri perhatian pada apa yang guru kamu ajar. Kalau tak lulus periksa, kamu jadi orang yang BODOH! Kamu mahu jadi orang yang BODOH? Tak lulus periksa tu BODOH lah namanya tu... (maka seterusnya berhamburanlah perkataan BODOH itu bagai butir peluru di  medan sasar) Cikgusir: (Di dalam hati bagai ingin mencapai pembesar suara itu untuk dimatikan suisnya....)  ---------- B.O.D.O.H - Biarlah menjadi lapuk di dalam kamus. Sesungguhnya peristiwa ini mengingatkan diri Cikgusir sendiri agar tidak mudah melabelkan bodoh