Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Kebesaran Ilahi di dalam Ilmu Sastera.

Imej
MESEJ YANG DITURUNKAN: Kembali lagi mengemaskini blog. Hari ini 17 Ramadan 1434. Beberapa negeri di Malaysia bercuti umum sempena cuti Nuzul al-Quran. Nuzul adalah perkataan Arab yang membawa maksud 'turun' maka hari yang disambut pada hari ini adalah sempena turunnya al-Quran. Tarikh turunnya al-Quran adalah pada 17 Ramadan (6 Ogos 610M) . Ini membawa maksud usia al-Quran adalah lebih kurang 1403 tahun. Wahyu yang pertama diturunkan adalah ayat di dalam Surah al-'Alaq iaitu satu mesej yang bermula dengan gesaan untuk membaca iaitu 'Iqra'' . Turunnya ayat inilah memberi petanda bahawa dengan membaca manusia akan mengembangkan ilmu. MESEJ YANG KEDUA: Indahnya 'runtun konsonan' dan 'palindrom'. Di dalam mengimbau kembali sejarah turunnya wahyu kepada Nabi akhir zaman itu, Cikgusir kali ini terpesona dengan wahyu yang kedua. Seperti yang tercatat di dalam buku-buku sejarah, masyarakat Arab sebelum Islam merupakan masyarakat yang h