Aduh Saliha... Part I (tiada kena mengena dengan MAWI)
Persekitaranku tiba-tiba gelap. Sedari tadi adanya cahaya hilang entah ke mana. Fikiranku buntu. Kucari di mana sang ilham yang tadi berlegar-legar sekeliling kepalaku. Aku hilang kemudi,panik,berkecamuk dan entah apa lagi. Aku pasrah. Hanya satu sahaja yang boleh mengembalikan keadaan ini kepada keadaan asalku. Keputusannya kelak. Apa bendanya ni? Itulah dia Kertas Bahasa Pengaturcaraan MTS1033 (C++) yang aku duduki semalam. Susahnyaaa... kalau dapat gred D pun dah syukur yang teramat sangat bagaikan mendapat gred A. Harap-harap luluslah hendaknya. -AMIN-.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.