Berapa ramai antara kita?

Dah hampir-hampir satu minggu aku mula bertugas di sekolah baru. Ada sesuatu yang menarik perhatian. Belum pernah terjumpa oleh ku akan perkara sedemikian rupa.(chewwahh... ala-ala Munshi Abdullah gitu). Berapa ramaikah di antara ibubapa pada hari ini yang mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka? Memanjakan mungkin ramai...

Aku bangga dengan inisiatif seorang ibu yang ingin mengetahui perkembangan anaknya pada setiap hari persekolahan. Tidak ramai ibubapa yang seperti ini yang menghubungi guru bagi mengetahui perkembangan anak mereka. Ada juga ibubapa yang selalu berhubung dengan pihak sekolah akan tetapi bagi mengadu hukuman-hukuman yang dijatuhkan ke atas anak mereka. Atas apa sahaja kekurangan yang berlaku ke atas anak mereka guru jualah yang dipersalahkan tanpa diselidiki fakta-fakta yang sebenar.
Aku akui kadangkala ada juga kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh guru tanpa pertimbangan yang waras. Perkara-perkara sedemikian seharusnya dielakkan oleh warga pendidik bagi meletakkan imej yang baik bagi guru di kalangan masyarakat. Apapun inisiatif ibu seorang anak di sekolah ini telah membuatkan aku berfikir betapa pentingnya hubungan ibubapa dan guru-guru demi kepentingan kejayaan anak-anak. Foto di bawah menceritakan segala-galanya.


(klik pada gambar untuk saiz asal)

Ulasan

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak