Satu pencapaian hebat bagi seorang murid..
Suatu hari... bertarikh 24 Febuari 2009. Nun di suatu sudut, seorang murid sangat gembira dengan pencapaian yang beliau perolehi pada hari itu. Pastinya kepuasan yang amat sangat telah diperolehi atas apa yang dilakukannya membuktikan dia seorang yang serba boleh.
Di suatu sudut yang lain, seorang guru yang baru sahaja habis dua sesi pengajaran dan pembelajaran serta baru selesai bersarapan telah dihampiri oleh 2 orang murid perempuan yang dari roman wajah mereka tertera suatu kemusykilan…
BERITA RINGKAS DI SUATU PAGI…
"Assalamualaikum cikgu, kami nak bagi tau, tayar kereta cikgu memang pancit ke?." "Hah...?" aku terkedu pelik. Aku segera mendapatkan keretaku. Memang betul. Kempis terus tayar sebelah kanan hadapan. Tidak ada tindakan susulan yang aku buat hanya menunggu sehingga sesi persekolahan itu tamat untuk aku menukar roda itu dengan tayar simpanan yang ada. Tayar itu tertusuk paku atau benda yang tajam barangkali. Ku angkat pula tombol pintu kereta untuk membukanya. Maha Suci Tuhan! Tanganku pula dilekati dan diselaputi oleh gula-gula getah. Menyirap darah seketika. Sabar cikgu... sabar.. ingat Tuhan... bisik hati kecil ku...
DI KEDAI TAYAR…
"Aiyya cikgu.. you ada pukul budak ka? tanya pekerja keturunan Cina yang memeriksa tayar yang kempis itu. "Mana ada... saya baik punya cikgu la... tak suka marah punya orang..". "Kalau itu macam siapa kasi buang dia punya angin... hantu ka..." ketawa si budak Cina tu... Di fikiran ku terbayang seorang murid yang penuh rasa puas dapat menyusahkan seorang guru untuk bertungkuslumus menukar tayar yang berat itu.
TINDAKAN SUSULAN...
Semangnya sebagai manusia normal aku amat marah diperlakukan demikian rupa. Tapi Tuhan yang Maha Kaya mengurniakan kesabaran dalam diri ini yang membawa kepada keinginan ingin bersua muka dengan pelaku kegiatan yang menyusahkan orang seperti ini...
Apapun, pelakunya telah dikenal pasti atas usaha ku memainkan sentimen rasa bersalah atas saksi-saksi yang melihat pada kejadian itu dan seterusnya membawa kepada pemerolehan maklumat yang jelas terhadap manusia itu yang kini sedang bermegah-megah dengan kejayaannya. Nantikan tindakan yang seterusnya yang pastinya tidak akan menzalimi Sang Adiwira itu...
assalamualaikum..wah...ganas pelajar tu ek?
BalasPadamHmm... rasanya tak la kejam... cuma kurang akal je...
BalasPadamSaya kira itu adalah satu 'occupational hazard' yang menimpa saorang Cikgu. Bersabar jer lah Cikgu!
BalasPadamBetul la Uncle Tattibau cakap. Kena banyak sabar. Anggap sebagai 'occupational hazard' seorang guru.
BalasPadamRasanya seorang guru dapat memahami sesuatu catatan guru lain dengan baik dan berkesan.
BalasPadamsalam dari seorang cikgu juga.
Sdri. Irtiyah...
BalasPadamW'kum salam. Terima kasih kerana sudi singgah.
student oh student...
BalasPadamsoba jela.... cgu pompuan cam ciksya ni lagi la dimainkannye...
kereta ku yg x sbrape tu pun dah bercalar2 dah.... huhu sodihnye.
The student simply rebelled due to many things and unfortunately the circumstantial evidence was way too strong for him to get an acquittal. Regardless of his state of mind at the time he committed the crime we can only judge from afar as the best Judge knows best. Being a victim can surely evoke greater sense of humility as we are so fragile and largely depend on our Creator's mercy. Sometimes, painful lesson is really the best cure for us.Tsunami hit Acheh and the people there had stopped killing their brothers and sisters. Hatred diminished and vaporized in split second.May God Bless us all.
BalasPadamSebagai ex-student kat sne,sy rse b'tnggungjwb utk minta maaf kat ckg..
BalasPadam