Neil Sedaka dan kebosanan
Hari Isnin kembali lagi. Tak tau kenapa setiap Isnin bagai rasa berat nak ke sekolah. Dahulu kala aku tak percaya pada kata-kata orang yang kata sememangnya Isnin merupakan hari yang bosan bagi sesiapa yang sudah ada kerjaya. Kini aku sendiri mengalaminya. Aku mencari sebab dan musababnya. Aku temui jawapannya setelah aku bertanya diri ini. Rupa-rupanya aku bosan memandu ke tempat aku berkhidmat yang jauh tu 55km dari rumah. Harap-harap cepat la siap laluan komuter di Tanjong Malim ni. Tak lah penat nak memandu + membazirkan minyak RM80.00 seminggu. Dah la tu gaji masih lagi separuh.
Untuk mengubat kebosanan ini, aku pun lusuri laman sesawang (website la) youtube. Aku terjumpa klip video lagu ni. "You Mean Everything to me" oleh Neil Sedaka. Bukan apa mula-mula aku dapat anak perempuan, aku sangat-sangat teruja. Memang aku sebelum itu pernah berdoa untuk mendapat anak perempuan setelah kelahiran anak lelaki ku. Lagu ni pulak sering aku nyanyikan sebagai dendangan buat anak perempuanku semasa aku menidurbuaikannya (betul ke istilah ni). Lagu ni melambangkan bahawa dia adalah sesuatu yang bererti dan istimewa bagiku.

Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.