Buku 04: The Awesome Egyptians


BUKU YANG SANTAI...


Sudah banyak mengulas buku-buku yang agak serius kandungannya, kali ini Cikgusir mengulas tentang satu buku yang diolah dengan gaya yang santai dan berbentuk komik. Buku "The Awesome Egyptians" oleh Teary Deary dan Peter Hepplewhite ini merupakan satu daripada pelbagai tajuk mengenai pelbagai tamadun dan peristiwa-peristiwa di dalam lipatan sejarah di bawah Siri "Horrible Histories". Antara yang terdapat di dalam siri ini adalah The Savage Stone Age, The Rotten Romans, The Measly Middle Ages dan lain-lain.

Buku ini menyampaikan pengkisahan sejarah Mesir purba dengan gaya santai berbanding dengan apa yang disampaikan oleh buku-buku teks konvensional. Ilustrasi juga walaupun di dalam bentuk lakaran pena sahaja juga membantu penyampaian maklumat, disulami juga dengan unsur-unsur jenaka. Namun semua itu tidak menghalang maklumat dan fakta disampaikan dengan tepat.

ANTARA YANG MENARIK...

Sememangnya Cikgusir suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan ketamadunan silam dan perihal Mesir purba adalah satu pilihan utama.

Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, terdapat unsur yang lucu di dalam kaedah penyampaian maklumat di dalam buku ini. Berikut adalah satu petikan daripadanya...

"Warning! Someone who studies pyramids is called a pyramidologist... people who come up with crazy ideas about pyramids are called pyramydiots!"

Satu fakta lagi yang Cikgusir belum pernah tahu adalah apa yang didakwa oleh seorang lelaki bernama Bovis dari Perancis yang menemui apa yang di sebut kuasa hebat bentuk pyramid. Berikut adalah petikan mengenainya di mukasurat 33...

"Fifty years after Napoleon experienced the power of the Great Pyramid, another Frenchman called Bovis visited the great tomb. It was a mess. Other visitors had left rubbish lying around. A stray cat hand wandered in and died - it was lying amongst the rubbish, forgotten. But Bovis noticed something strange about the body of the cat. It had not rotted as you'd expect. In fact it was so well preserved it could have been a mummy... but a mummy without any wrapping or embalming. Bovis decided that only one thing could have preserved the cat in this way... the power of the pyramid."



Mukasurat 31

Pendapat Cikgusir....

Cikgusir merasakan bahawa buku-buku teks sejarah di sekolah perlu diberi nafas baru di dalam menyampaikan maklumat yang mengikut olahan yang menarik. Jikalau pun tidak mengikut cara olahan buku ini, ia harus tidak dilihat terlalu membosankan. Perlu ada unsur-unsur seperti "Did you know that.." iaitu sesuatu yang menarik di samping peristiwa-peristiwa sejarah yang disampaikan.

---
Ulasan buku akan datang


---

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Selingkar Kisah...Antara Shakespeare & Ahmad Jais