Cikgu juga insan biasa.: Tidak sehebat pendita, tiada mendiami istana, tiada juga terlepas dari dosa.
Bila Lensa Bicara: Manzilah mutiara di langit I
Dapatkan pautan
Facebook
Twitter
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
"Dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan sehingga (setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir), kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua"
Setelah menziarahi Makam Laksamana Bentan Megat Seri Rama, Cikgusir ke destinasi yang seterusnya iaitu makam seorang lagi pembesar Johor Lama yang ditentukan Allah Taala akan nasib anakandanya (Bendahara Tun Habib Abdul Jalil) menyambung pemerintahan sebagai Sultan oleh kerana Sultan Mahmud II pada ketika itu dikatakan tiada meninggalkan zuriat. Merujuk buku 'Institusi bendahara permata Melayu yang hilang : dinasti bendahara Johor-Pahang' / susunan Tun Suzana Tun Hj Othman (2002), Bendahara Tun Habib Abdul Majid adalah ayahanda kepada Tun Habib Abdul Jalil yang naik takhta menggantikan Sultan Mahmud II pada tahun 1699. SEPINTAS LALU Ketika Sultan Mahmud II masih kecil, Bendahara Tun Habib Abdul Majid memangku jawatan Sultan sehingga Sultan Mahmud II dewasa dan layak memerintah. Tun Habib Abdul Majid kemudiannya mangkat pada tahun 1697 dan digantikan anakanda beliau Tun Habib Abdul Jalil. Apabila berlakunya peristiwa Sultan Mahmud II mangkat dibunuh Laksamana B
Ada soalan-soalan yang pernah dilontarkan kepada saya bertanyakan sebab musabab saya menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama. Bukahkah seronok kalau hanya duduk di sekolah mengajar sahaja? Gaji pun dapat penuh. Itu pendapat mereka, bagi saya menuntut ilmu tiada batas dan sempadannya dan tiada juga batasan usia. Selagi saya mampu untuk belajar selagi itu ilmu tetap saya pelajari. Saya merasakan apa yang dipelajari di Maktab Perguruan di peringkat Sijil Asas Perguruan masih belum mencukupi bagi saya untuk menghadapi perubahan-perubahan di dalam alam pendidikan pada masa akan datang. Saya perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri saya dengan pengetahuan-pengetahuan dan trend terkini alam pendidikan. Menyambung pelajaran juga merupakan satu peningkatan di dalam kerjaya, saya tidak boleh hanya berpuashati menjadi seorang guru bertaraf sijil sahaja. Bukanlah hendak memperkecilkan sesiapa, tetapi selagi ada upaya dan tiada halangan saya pasti cuba meningkatkan kedudukan
Kebetulan? Sememangnya perkara kebetulan adalah salah satu dari perkara pelik dan menarik yang sememangnya wujud di dalam dunia yang fana ni..(chewwahhh).. Bukan apa nak cerita la sikit pasal benda kebetulan ni... pagi tadi masa aku memandu ke pekan (town kata orang putih..) terlihatlah aku akan seorang gadis yang tiba-tiba sahaja menarik-narik anak mata aku untuk melihatnya. Pad a awalnya hanya kerlingan tapi kali kedua jadi la pulak renungan (nasib baik tengah berhenti kat traffic light)... cewek tu mengingatkan aku pada sorang bekas awek ku suatu masa dahulu... nak dijadikan cerita tatkala memori silam mula nak masuk jarum, entah macammana bait-bait puitis "SONNET 18-William Shakespeare" yang selama ni tak pernah aku hafal, macam berlegar-legar je kat dalam kepala hotak aku. Lebih kurang macam ni la bunyinya: Shall I compare thee to a summer day? (padahal hari ni hujan renyai)... Thou art more lovely and more temperate, Rough winds do shake the darling buds of May (padahal
Ulasan
Catat Ulasan
Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.