Nak jadi cikgu... nak jadi cikgu....


Di dalam sebuah kelas yang tak ramai murid. Yang murid-muridnya nampak macam santai sahaja walaupun S.P.M. semakin dekat dan semakin dekat. Di hadapan kelas itu kelihatan Cikgusir sedang membebel tentang pentingnya membuat persiapan awal untuk kejayaan selepas S.P.M. Termasuklah pula ke dalam topik kerjaya.

Minah Excited: Cikgu. Dari apa yang cikgu cakap tadi saya dah buat keputusan nak jadi guru lah.

Cikgusir: Aikk... cepatnya buat keputusan.

Minah Excited: Ya cikgu. Confirm. Saya memang nak jadi cikgu.

Cikgusir: Tak payah lah...

Minah Excited: Kenapa cikgu?

Cikgusir: Kesian...

Minah Excited: Apa yang kesiannya cikgu...?

Cikgusir: Keshiannn.... (ko tau tak susah jadi cikgu ni)

Minah Excited: Apa cikgu ni ... saya excited nak jadi cikgu ni...

Cikgusir: Keshiann.. (tak payah la cik oii... ko belum rasa)

Minah Excited: Hishh... cikgu ni ... saja la tu nak bagi saya putus semangat.

(Kringggggggggggggggggggggggggggggggggggg......)

Cikgusir: Baiklah kelas... itu sahaja perbincangan kita pada hari ini. Jumpa lagi minggu depan.

Budak-budak: Terima kasih cikgu!!

Minah Excited: !#@#@$#%

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak