Cuba dipancing... Nice try bro!




Lokasi: Pasaraya Besar Macam Gergasi

Bakal-bakal Mangsa: Cikgusir dan Mem


Pengetahuan Sedia Ada Mangsa:
  1. Pengalaman melihat rakan ditipu
  2. Pernah dihampiri ajen-ajen gores dan menang
  3. Pernah membaca banyak buku psikologi

Kronologi kejadian:

Babak 01: Gurau-gurauan

Cikgusir: (sedang menunggu untuk membayar)
Mat Auta 01: Akak, mari kak ... duduk sekejap saja ... 5 minit, dengar saja la. Sementara abang bayar dikaunter
Mem: (menerima pelawaan sebab malas nak berdiri serta mendengar dengan penuh khusyuk lagi tawadduk)

Babak 02: Masuk Jarum

Mat Auta 01: Abang mari duduk dulu la dengar... tak perlu beli... saja mau kasi free gift... lain kali kalau ada wang dan minat boleh beli..
Cikgusir: (tumpang mendengar sambil memasang perisai anti-auta)
Mem: (tersengih2 sambil mendengar auta)
Mat Auta 01: (bercerita tentang keistimewaan produknya... lepas tu berhenti)
Mat Auta 01: Nah abang buka kupon itu.. kita sama2 tengok apa abang dapat on the spot ni...
Cikgusir: (mengaktifkan perisai anti-auta) Ini bukan gores dan menang ke?
Mat Auta: Haiyyah... itu gores dan menang mana boleh masuk pasaraya ni bang..
Cikgusir: (asik bang bang bang... bila aku jadik abang kau) betul ni? Saya tak nak bayar kalau saya dah buka awak mintak duit..
Mat Auta: Betul... percayalah...

Cikgusir: (membuka kupon itu dan dilihatnya hadiah merupakan sebuah microwave yang dijual pada harga 3600++)

Cikgusir: ... Nah... ini saya punya hadiah...
Mat Auta: Aiseh.. saya rasa ini sudah salah la... sepatutnya 3 produk tadi sahaja... ini ada silap ni...

--- Mat Auta 01 memanggil Mat Lakon Baik ---


Babak 03: Haru biru... saja-saja buat celaru

Mat Lakon Baik: (dengan airmuka yang kelat menelefon bossnya konon..) bla.. bla... Eh.. Bang... ini boss saya mau cakap... --Cikgusir pun bercakap dengan Boss melalui telefon---

Cikgusir: Hello...
Boss:... Hello encik... saya pasti encik memang dapat kupon istimewa yang limited. Jadi saya nak pastikan adakah 2 orang jurujual itu saudara mara encik...
Cikgusir: (bila pulak aku sedara ngan diaorang)... mana ada sedara...
Boss: Kalau macam itu encik layak... tolong paskan telefon ini pada dia...
Mat Lakon Baik: ... ok Boss kata encik dapat ini... encik ambil..tapi kena beli barang dalam list ni on the spot jugak...
Cikgusir: Banyak la kau punya on the spot... (nasib baik ko aku tak pakaikan polkadot bikini... aku marah ni..)
Mat Pandai Lakon: Nanti dulu bang... ada cara punya... boleh pakai kat kredit... ansuran mudah...
Cikgusir: Ok... pakai kat kredit kau boleh?
Mat Pandai Lakon: Ala... abang buat lawak ye... tak pe... boleh beli bang.... rugi kalau tak ambil ni... bukan senang nak dapat produk RM3600 percuma dalam satu pembelian...

Cikgusir: Dah la... nice try bro... babai... have a nice day in Malaysia... (terus berlalu sambil membebel pada mem sebab dia pegi duduk kat situ... kesian mem...)


Ulasan

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak