Gembirakah aku akan berita itu...?
Hmm... lama jugak laman blog ni aku tak update... (eh ... salah... kemaskini) dan dengan itu juga sudah lebih kurang lima hari pengumuman mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris diumumkan oleh Tan Sri Muhyidin.
Semenjak dari pengumuman itu, di mana-mana pun aku ditanya mengenai pendapat ku. Jawapan ku hanyalah mudah..."Sudah diumum, apa guna diulas... keputusannya muktamad" walaupun di dalam hati terbit rasa kesal atas pengumuman itu. Lagipun siapalah aku di dalam dunia pendidikan untuk menentang keputusan muktamad itu.
Akan tetapi, persoalan-persoalan terus aku terima bagai mendesak aku untuk memberi ulasan lebih lanjut daripada apa yang aku perkatakan di atas. Akhirnya terpaksa juga aku terjebak juga dengan memberikan beberapa hujah yang selama ini terpendam di fikiran ku. Perdebatan itu berlaku di dalam laman sosial "FACEBOOK". Aku termakan dengan komen provokasi yang dicatatkan di 'wall' peribadi salah seorang kawan ku di FACEBOOK itu... Di bawah adalah antara timbunan ulasan-ulasan antara aku dan salah seorang pengulas yang tidak aku kenali....
Perdebatan ulasan timbul setelah rakan ku di FACEBOOK meletakkan statusnya ini:
"Subjek Sains dan Matematik kembali diajar ke dalam Bahasa Mulai 2012.... ada masa 2 tahun lagi...so utk sek rendah, dia habiskan budak Tahun 4 sekarang yg ambik UPSR Dwibahasa pada 2011......"
kemudian ada seorang rakannya memberikan ulasan ini:
"bagus.. dibatalkan.. tak perlu nak mendewakan bahasa luar.. Sekolah aliran cina masih mengajar dwibahasa english dan cina.. tapi bangsa melayu nak sangat guna bahasa penjajah ni.. apa kes..
entahnya.. apa dah jadi pada tulisan jawi? Tinggal nama aje.. Banyak lagi bangsa lain bleh maju dengan bahasa ibunda depa.. Jepun, Korea, China, France dll naper nak ikut sgt.. Omputih pun dulu xerox ilmu dari ilmuwan islam.. depa kena belajar bahasa arab tu tapi takdelah nak kena ajar kat sekolah depa bahasa arab. huhu.. yg tak bestnya hanya sek Keb diwajibkan mengajar dalam BI sekolah aliran china? masih dikekalkan dwibahasa siap ujian ada dua kertas dalam bahasa china dan BI.. Apa ini?"
"Nak ilmu? BI memang sudah diajar dalam pendidikan.. so baca je lah.. tak payahla nak kena ajar BI plak utk Sains dan Matematik.."
dan ini....
"entahnya.. apa dah jadi pada tulisan jawi? Tinggal nama aje.. Banyak lagi bangsa lain bleh maju dengan bahasa ibunda depa.. Jepun, Korea, China, France dll naper nak ikut sgt.. Omputih pun dulu xerox ilmu dari ilmuwan islam.. depa kena belajar bahasa arab tu tapi takdelah nak kena ajar kat sekolah depa bahasa arab. huhu.. yg tak bestnya hanya sek Keb diwajibkan mengajar dalam BI sekolah aliran china? masih dikekalkan dwibahasa siap ujian ada dua kertas dalam bahasa china dan BI.. Apa ini?"
Maka aku pun terpanggil memberikan ulasan ini:
"Oo... gitu... kiranya orang Jepun, Perancis, Korea tu cintakan bahasa mereka la ye... mungkin jugak... tapi hakikat sebenarnya ialah mereka semua adalah 'pencetus' teknologi dibandingkan dengan Malaysia yang hanya 'pengguna' teknologi... Jadi tidak ada masalah bagi mereka nak guna bahasa apa pun di dalam status 'pencetus' teknologi.. ada pernah dgr... sesiapa dari Malaysia mencipta 'Ismail Playstation?' atau vaksin 'Faisal TM2020'? ada?...
Kita pulak hanya baru 50+ tahun merdeka. Sebelum merdeka hak kita untuk mendapat ilmu disekat. Perkembangan ilmu terhad. Manakala bangsa2 yg disebut tadi telah lebih maju ketika itu.. jadi kita perlu satu 'lonjakan' yang kuat supaya dapat bersaing dan setaraf.. menterjemah karya saintifik yang sangat banyak hanya melambatkan proses mendapatkan ilmu itu... baru habis terjemah satu buku, berpuluh-puluh teknologi baru terjelma.. terkejarkah kita? Cara yg senang adalah kita belajar bahasa utama sc dan teknologi itu... bukan hanya beremosi cinta bahasa"
.....
Aku tulis lagi...
"Lagi satu, ada sesiapa di sini yang boleh memberi penerangan kenapa Stamford Raffles bertungkus lumus beberapa tahun untuk belajar Bahasa Melayu? (bukan kerana dia cintakan Bahasa Melayu ye...) Yang ketika itu menurut Munsyi Abdullah belum ada usaha untuk mengkaji nahunya (apa tah lagi laras bahasa) dan menghasilkan buku mengenainya."
...
Semakin emosi pulak aku kemudiannya, dan kemudiannya terus menulis...
"Persolan kenapa sekolah vernakular cina menggunakan bahasa mandarin di dalam sains dan matematik adalah kerana mereka masih boleh bersaing dengan adanya permintaan kebolehan berbahasa mandarin di negara China. Tiada bahasa Inggeris bukan masalah besar kepada mereka kerana mereka ada pasaran dan permintaan bahasa Mandarin di tanah besar itu. Akan ... tetapi, bagi masyarakat Melayu, dgn hanya bergantung harap pada bahasa Melayu, dan tiada pengetahuan bahasa Inggeris bolehkah pergi ke persaingan global? PPSMI adalah medium menggapai ilmu sc n tech secara pantas... bukanlah medium bagi pembelajaran bahasa... kena faham berbeza kedua-dua perkara ini..."
....
kemudian ulasan balas darinya adalah ini:
"salah tu bro.. korea jauh tertinggal dgn kita satu masa dulu.. jepun telah di bom dgn atom dan kalah dalam perang namun masih terus maju kerana bangsa yg mahu maju.. takde plak depa nak ajar cucu cicit depa bahsa penjajah.. huhu... Di malaysia amatlah memalukan dimana percakapan dalam negara jugak adalah BI.. suatu waktu nanti.. tidak mustahil '... melayu akan hilang'... namun tidak dinafikan BI adalah penting tetapi telahpun diajar di sekolah2.. cukuplah.. mengapa mesti diajar sains dan matematik dalam BI? bagaimana dengan fizik, kimia dan biologi kenapa tak ajar dalam BI jugak? yg penting semua org paham dan boleh menimbulkan minat org utk belajar dan penguasaan sains tidak terhad kepada mereka yg fasih berbahasa Inggeris shj.. wassalam.."
(tiba-tiba ada satu kawan juga memberi ulasan balas ini.."fizik, kimia, biologi, moder maths, dan add maths mmg diajar dlm bi laa....")
....
kemudian aku balas (sebab baru sedar tak guna dah berbahas... walaupun sebenarnya ada point lagi yang nak diberi berkenaan sejarah Korea dan Jepun tu..)
"Apa pun hujah yang datang, keputusan telah dibuat. Kepada pejuang bahasa, gunakanlah peluang dan kemenangan perjuangan anda ini untuk memartabatkan bangsa mengikut cara anda yang dikatakan akan menjulang Melayu dipersada dunia... Moga-moga anak cucu aku akan mendapat manfaatnya... Selamat berjaya..."

----- TERIMA KASIH KEPADA PEJUANG BAHASA-----
Hmm... memang tiada guna untuk dibahas kerana segalanya telah dimuktamadkan. Apapun aku suka dengan apa yang disebut oleh Datuk Kadir Jasin di blognya sebagai...Walhasil balik asal
Walasal balik hasil
Walhasil cari fasal
Itu fasal tak hasil.
Ada pihak yg gembira...ada pihak yg kecewa...sejujurnya saya sendiri pun tidak setuju dengan 'pemansuhan' ini...apapun keputusan telah dibuat, moga 'semua selamat!'
BalasPadamoouh.
BalasPadamadaa sedikit kurang puas hati.
ye laa,da beljar dalam Bi,paastu dimansuhkan.rasa lain pula.
hmm.ntahla.terima sajala,sebab da muktamad,heee
em....kan ke elok kalau diajar juga Matematik n Sains dalam BI? Orang malaysia harus dibuka luas minda untuk meneroka kemajuan era kini. Sekiranya tidak pandai 'bermain game BI' dalam Math n Science....camana nak berdiri setanding dengan mereka2 kat luar tu. So...agak terkilanlaa akan keputusan pemansuhan PPSMI tu.Malaysia tak boleh disamakan dengan Jepun atau Korea yang tegar mengekalkan identiti bahasa ibunda masing2. Nama lagi negara harmoni, tak semestinya kita harmoni dalam negara, aliran luar negara pun kena harmoni juga kan? Pengekalan jati bahasa melayu bergantung kepada tahap kesedaran rakyat sendiri, walaupun silibus berteraskan bahasa inggeris, tapi kalau rasa2 diri tu masih rakyat Malysia, janganlah pula berlagak konon tak reti bercakap BM. Kan sir, kan??? Aduh...emosionalnya daku kali ni!
BalasPadamThe decision has been made and everybody should align themselves according to the PM's prerogative. WE LIVE in a country in which popularity counts the most. popularity equals to 'vote' (staying in power). The flip flop policy manifests the road taken by the whole country and not just the top brass in KL or Putrajaya.There are problems more severe than this, basic amenities are still lacking, yet we could still finance simple experiments in space.Was it or is it necessary? yet again, please take note the answer should be within the parameters of politics...not logic. the problem with the society is that we tend to argue things using logic, remember the leaders have stopped applying logic. They simply politicize everything, that's why they are called politicians.PRU 13 will eventually force 'them' to use logic again...wait, do (something) and let the river flows naturally.
BalasPadam