Bila Lensa Bicara 02: Bukittinggi 02

Gunung Berapi Tandikat
Di dalam penerbangan, mata melilau mencari kalau-kalau ada bentuk awan yang menarik untuk dirakam. Namun cuaca ketika penerbangan bermula tidak mengizinkan. Mata mengantuk namun tidak mahu lelap. Masih lagi melihat-lihat keluar tingkap. 

Ketika pesawat memasuki ruang udara negara Indonesia atau lebih spesifiknya di ruang udara Pulau Sumatera, ditakdirkan Allah S.W.T. beberapa kepulan awan mengundur diri. Lalu tersingkap satu pemandangan indah. Maha Suci Allah. Sebuah gunung berapi diperlihatkan sedang memancutkan sedikit wap panas. Sungguh teruja dengan pemandangan ini. Kamera digapai dan 'shutter'  diketik seberapa banyak untuk merakamkannya. 

Cuma ketika itu Cikgusir tidak pasti nama gunung itu. Ada juga Cikgusir bertanyakan pada seorang warga Indonesia yang duduk di sebelah Cikgusir, namun dia juga tidak pasti akan nama gunung ini. Akhirnya Cikgusir ketemukan namanya dengan menggunakan perisian Google Earth.


Sebuah pulau
Tidak pasti ini pulau apa namun, Sumatera itu sendiri adalah sebuah pulau yang besar. Suatu ketika adalah tempat lahirnya sebuah kerajaan Melayu awal yang kuat iaitu kerajaan Srivijaya. Pulau ini dirakam ketika pesawat sedang berlegar di ruang udara kota Padang.

PANTUN PULAU

Pulau Bentan Pulau Daik,
Mercu bertaut nampak berkilau;
Kalau asal benih yang baik,
Terbuang ke laut menjadi pulau.

(Sumber: Kurik Kundi Merah Saga)

Pemandangan kota Padang dari udara. Kepadatan penduduk agak terserlah di situ.
Di saat pesawat berlegar-legar sebelum mendarat, ianya telah memberi peluang untuk Cikgusir merakamkan pemandangan kota itu dari udara. Kelihatan di dalam gambar menganjur satu sungai yang agak besar dan panjang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak