Bila Lensa Bicara: Dollar Sepanyol (Spanish Dollar)

Dollar Sepanyol: (depan)
Tertulis: "CAROLUS IIII DEI GRATIA 1801 "/Charles IV by the Grace of God, 1801

Dollar Sepanyol: (belakang)
HISPAN[IARUM] ET IND[IARUM] REX M[EXICANUS] 8 R[EALES] T H"
/King of the Spains and the Indies,

Apa benda ni?
Nak dijadikan cerita, Cikgusir nak kira duit syiling dalam tabung yang ada dalam simpanan untuk dimasukkan ke dalam bank. Macam biasa kadang-kadang ada juga terselit duit luar negara. Yang selalunya adalah seperti duit Indonesia, Thailand atau pun India. Tapi hari ni agak pelik bila Cikgusir tengok matawang ni bertulis dengan bahasa Latin, manakala ada pula tercatat tahun 1801 pada syiling tersebut. Cikgusir syak ini adalah wang lama iaitu Dollar Sepanyol yang mana suatu ketika dulu dijadikan matawang antarabangsa seperti mana matawang Dollar Amerika Syarikat ketika ini. Maka Cikgusir pun menggunakan carian wikipedia untuk mengesahkan rasa syak itu.

Perihal Dollar Sepanyol...
Menurut sumber wikipedia, matawang ini merupakan matawang antarabangsa yang digunakan sebelum Amerika Syarikat melalui United States Mint mengeluarkan U.S Silver Dollar pada tahun 1794. Menurut sumber yang sama juga matawang di atas adalah siri yang terakhir sebelum Dollar Amerika Syarikat mengambil alih peranannya.

Matawang ini adalah matawang logam perak yang tulen. Ianya dikeluarkan dengan nilai pecahan ½, 1, 2, 4 dan 8 reales. Cikgusir juga pernah terbaca di dalam buku-buku sejarah terutama di dalam rentetan sejarah Johor-Riau di mana matawang ini banyak digunakan di dalam urusan perniagaan dan pembayaran pampasan; di dalam pembayaran gaji Sultan Hussein Singapura misalannya ada disebutkan nilainya dibayar dengan matawang Dollar Sepanyol.

Mengetahui akan kisah matawang ini, Cikgusir rasa sangat bertuah memilikinya dengan cara yang tidak disengajakan. Entah macammana boleh ada dalam tabung pun tak tahulah. Bertuah memilikinya kerana ia pernah tercatat penggunaannya di dalam banyak peristiwa-peristiwa sejarah di nusantara ini. Barangkali ia pernah menyimpan banyak rahsia perniagaan, konflik mahupun rasuah...

Ulasan

Catat Ulasan

Ulasan anda adalah tanggungjawab anda sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

Merentas Denai Masa: Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid (Padang Saujana)

Kenapa sambung belajar?

Buku 08: CEMPAKA SARI Sejarah Kesultanan Negeri Perak